Jumaat, 7 Disember 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Dayah hilang ikut mat rempit

Posted:

Dayah hilang ikut mat rempit

Dayah hilang ikut mat rempit

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my

INILAH laman Facebook milik Khairul yang dipercayai melarikan Dayah baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri kini dalam kesedihan apabila anak gadis mereka lari dari rumah dipercayai mengikut rakan lelaki yang dikenali melalui laman sosial, Facebook sejak seminggu lalu.

Raja Nor Hidayah Raja Roslan atau Dayah, 16, menghilangkan diri pada 1 Disember lalu selepas meminta izin daripada ibunya untuk membeli barangan keperluan di pusat beli-belah Jaya Jusco, Wangsa Maju.

Bapa gadis tersebut, Raja Roslan Raja Ahmad Hadzrawi, 39, berkata, kali terakhir dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Dayah ialah pada pukul 11 malam, hari yang sama.

"Sejak itu, saya sudah cari dia di seluruh Kuala Lumpur tapi tak jumpa," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Penduduk teruja dapat sentuh bahan mentah kilang Lynas

Posted:

Penduduk teruja dapat sentuh bahan mentah kilang Lynas

Penduduk teruja dapat sentuh bahan mentah kilang Lynas


MARSHAL bersama penduduk memegang bahan mentah lanthanide concentrate yang diproses menjadi nadir bumi di Kuantan semalam.


KUANTAN - Kira-kira 50 penduduk dan pengamal media di sini tidak menyangka mereka akhirnya dapat menyentuh sendiri bahan mentah lanthanide concentrate yang diproses untuk dijadikan nadir bumi tanpa sebarang kesan bahaya sebagaimana dihebohkan pembangkang.

Lebih menakjubkan, mereka menyentuh bahan mentah tersebut tanpa sarung tangan ketika pengurusan kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) Gebeng di sini mengadakan demonstrasi risiko radiasi bahan mentah tersebut semalam.

Semasa sesi itu, Penasihat Keselamatan Radiologi Lynas, Profesor Dr. Ismail Bahari menunjukkan aras sinaran dan risiko radiologi bahan mentah tersebut yang rendah berbanding bahan-bahan lain.

Nadir bumi merupakan bahan utama yang digunakan untuk membuat bateri, peralatan aeroangkasa, konduktor bersuhu tinggi, penapis gelombang mikro, kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, lensa kamera dan pelbagai lagi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Suami isteri berpura-pura mati

Posted:

Suami isteri berpura-pura mati

Suami isteri berpura-pura mati

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my


MARINA yang cedera parah bergelut dengan bekas pekerjanya dirawat di Hospital Umum Sarawak semalam.


KUCHING – "Aku tahu bila aku langkah keluar dari rumah ini kau akan panggil polis, jadi nak atau tak nak aku kena bunuh kau."

Demikian kata-kata lelaki berusia 25 tahun yang mengamuk dan menawan pasangan bekas majikannya sebelum nekad mengelar leher kedua-dua mangsa iaitu Saad El-Sir El-Sadiq, 28, dan isterinya Marina Julai, 42, dalam kejadian di sebuah restoran makanan Arab di Jalan Rubber di sini semalam.

Semasa amukan pada pukul 4 pagi, Saad, seorang rakyat Sudan, manakala isterinya Marina yang berwarganegara Malaysia terlebih dulu ditawan oleh suspek yang baru kira-kira dua minggu diberhentikan kerja di restoran tersebut kerana masalah disiplin.

Mengimbas kejadian ngeri itu, Marina berkata, suaminya terjaga daripada tidur pada pukul 4 pagi sebelum dia masuk ke tandas untuk membuang air kecil.

Pasangan itu tidur di ruang hadapan restoran tersebut.

"Selang beberapa minit selepas suami pergi ke tandas, saya terdengar suara suami seolah-olah mengerang dan menjerit dari dapur.

"Saya bangun untuk memastikan apa yang berlaku dan apabila sampai di dapur saya ternampak kelibat seorang lelaki memakai kain pelikat dan menutup muka sambil memegang parang di tangan kanan manakala pisau di tangan kiri," kata wanita itu ketika ditemui di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved