Kosmo Online |
- 2 remaja hilang dibawa arus ketika mandi di pantai
- Mohd. Fauzan rangkul kemenangan berganda
- Mayat bayi lelaki ditemui terapung di pantai
2 remaja hilang dibawa arus ketika mandi di pantai Posted: 2 remaja hilang dibawa arus ketika mandi di pantai30/12/2012 7:24pm JOHOR BHARU — Dua remaja lelaki dikhuatiri mati lemas selepas dilaporkan hilang dibawa arus ketika mandi di pantai Air Papan, dekat Mersing, hari ini. Ketua Polis Daerah Mersing, DSP Mohd. Nor Rasid berkata, Mohamad Hafis Jamuladin dan Muhamad Azhari Suranto, kedua-duanya berumur 17 tahun, yang berasal dari kampung Rahmat 1, Batu Pahat dilaporkan hilang kira-kira pukul 9 pagi. Mereka tiba untuk berkelah di pantai terbabit pagi ini dengan rombongan bas yang disertai 40 anggota Persatuan Kompang Sinar Perkasa, Kampung Rahmat, katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, gerakan mencari dan menyelamat yang dilancarkan sejurus polis dimaklumkan mengenai kejadian terbabit sehingga petang ini masih belum menemui kedua-dua remaja itu.— BERNAMA |
Mohd. Fauzan rangkul kemenangan berganda Posted: Mohd. Fauzan rangkul kemenangan berganda30/12/2012 6:26pm MELAKA — Pelumba berpengalaman negara, Mohd Fauzan Ahmad Lutfi melengkapi kemenangan berganda setelah muncul juara bagi ujian masa perseorangan lelaki elit pada Kejohanan Lumba Basikal Grand Prix Kebangsaan sejauh 41.9 kilometer di Bukit Katil, di sini hari ini. Mohd. Fauzan, 26, yang menyarung jersi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 54 minit 48.612 saat mengatasi pemenang kedua Mohd Saufi Mohd Senan dari pasukan TSG yang ketinggalan 2 minit 54.988s manakala pelumba ATM, Mohd. Nor Rizuan Zainal di tangga ketiga. Pelumba yang berasal dari Johor itu turut memenangi juara keseluruhan ujian masa perseorangan setelah memungut 90 mata keseluruhan mempamerkan prestasi cemerlang dengan memenangi tiga daripada lima sirkit yang berlangsung. Rakan sepasukannya, Nik Mohd. Azwan Zulkifle pula muncul naib johan memungut 45 mata dan Mohd Nor Umardi Rosdi dari TSG di tempat ketiga dengan 43 mata. Semalam, Mohd. Fauzan turut muncul juara bagi acara lepas beramai-ramai lelaki elit sejauh 228 kilometer di venue yang sama.— BERNAMA |
Mayat bayi lelaki ditemui terapung di pantai Posted: Mayat bayi lelaki ditemui terapung di pantai30/12/2012 5:37pm KOTA KINABALU — Mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan ditemui terapung di Pantai Kuala Laut, Taman Teluk Villa di Putatan di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh berkata, bayi malang yang dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam itu ditemui dalam keadaan bogel oleh seorang lelaki yang sedang memancing di pantai itu, pada 11.20 pagi. "Kita percaya bayi itu baru dilahirkan berdasarkan keadaan fizikalnya yang masih sempurna dan kita masih mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan ini," katanya. Ratan berkata, bayi itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. Beliau turut meminta kerjasama semua klinik kesihatan agar menghubungi balai polis berhampiran sekiranya terdapat wanita yang mencurigakan menerima rawatan di tempat mereka.— BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan