Ahad, 30 Disember 2012

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Impian teroka langit seni

Posted:

Impian teroka langit seni

Impian teroka langit seni

DAMAI suasana di Taman Metropolitan, Kepong tempoh hari cukup mengizinkan pertemuan dua aktor, Pekin Ibrahim, 31, dan Syazwan Zulkifly, 25, berlangsung tanpa kerisauan gerimis mengundang. Panas terik saat mentari tepat di atas kepala tidak menjadi halangan namun ironinya, menerbangkan layang-layang tidak semudah menikmati pemandangan berwarna-warni ketika ia membelah langit biru.

Tanpa angin dan kepakaran membaca muslihat anugerah Tuhan yang satu itu, segah mana pun strukturnya fizikal yang dimiliki, ke tanah juga jatuhnya.

Kenapa layang-layang? Sengaja permainan tradisional yang menerjah arus kemodenan itu dijadikan prop melatari fotografi pelakon yang sedang membina jenama itu. Meminjam pemahaman Pekin tentang metafora layang-layang, katanya:

"Kehidupan anak seni itu sendiri seperti layang-layang. Nampak indah, berbagai warna dalam drama atau filem namun jika saya terbang tanpa memegang atau dipegang oleh orang lain, hal itu tidak berlaku. Saya juga bergantung kepada orang di sekeliling untuk naik, yang memberi kerja dan naskhah yang mengangkat nama."

Dalam bahasa yang semakin enak, Pekin menambah, tali layang-layang itu pula ibarat disiplin. Jika tidak kukuh, tidak teguh, tidak berpegang kepada prinsip dan tidak dikendalikan dengan betul, ia boleh putus.

"Macam layang-layang terputus talinya, terbang entah ke mana-mana, saya juga boleh boleh kecundang jika salah percaturan," ujar Pekin sedikit bersastera.

Layang-layang sudah menjadi simbolik kehidupan yang difahami ramai orang, sama seperti Pekin dan Syazwan. Hingga hari ini, mereka sedang membaca rentak. Melodi pencapaian masing-masing sudah berbunyi, sudah terletak cantik atas graf karier masing-masing namun untuk kesinambungan hari esok, mereka berikrar tidak akan berhenti berjuang.

"Saya tengok layang-layang macam sebuah impian. Orang kata secantik mana pun layang-layang, ia tidak akan terbang tanpa angin atau tidak dipegang orang lain. Saya tidak mahu cita-cita saya dipengaruhi oleh faktor sekeliling sahaja, iaitu angin atau keadaan.


FAKTOR sekeliling menjadi pembantu untuk sebuah layang-layang naik tinggi. Itu antara metafora yang difahami dua aktor ini.


"Memang Tuhan yang menentukan, tetapi kalau boleh, saya tidak mahu meletakkan hidup saya di tangan orang lain, tidak mahu dipengaruhi oleh keadaan sebaliknya kena kerja keras dan betul. Saya mahu terbangkan layang-layang saya sendiri," katanya sedikit menyongsang daripada jangkaan.

Mengembalikan emosi yang terlayang-layang tentang harapan dan cita-cita, azam dan buku baharu 2013 yang semakin hampir, dua anak muda itu diajak menoleh ke belakang.

Jika Pekin ditimpa bonus atas impak filem Bunohan, Syazwan pula perlahan-lahan membina reputasi selepas drama Juvana membikin fenomena sekitar pertengahan 2011. Belum sampai ke tahap cemerlang, tetapi hasil kerjanya semakin diperhatikan.

Tidak banyak karya tetapi judul-judul seperti Jangan Ambil Padang Kami, Soffiya, Gemilang, Indera Joned, Mana Hilangnya Juwita dan Darjat cukup kemas menjadi profil kepada Syazwan.

2012 yang berbilang rasa

"Banyak peluang yang datang pada tahun 2012 ini sebenarnya ujian untuk saya. Ujian untuk menduga sama ada saya sudah bersedia atau pun tidak, tetapi saya jenis yang ambil semua peluang itu tanpa peduli saya sudah bersedia ataupun tidak," beritahu Syazwan tentang percaturannya.

Bermula daripada pelakon tambahan tanpa dialog beberapa tahun lalu, pelakon berusia 25 tahun itu menganggap dirinya terselamat kerana berada dalam kalangan orang- yang betul pada permulaan karier.

"Saya bukannya pelakon yang tiba-tiba meletup. Saya cuma bergerak tanpa henti, tapi dalam masa yang sama, saya cuba pastikan gerak saya itu berisi. Saya selamat bila masuk ke dalam kelompok dan berada dalam kalangan orang yang betul. Rasanya sebab itu saya dalam gelombang yang betul.

"Macam saya berlakon bawah arahan Ismail Yaacob dalam filem Laga bersama Eman Manan, Wan Hanafi Su, Nasir Bilal Khan, Zaidi Omar dan Rosyam Nor. Saya cukup takut bila kena berlawan dan menumpaskan Eman dalam filem itu.

"Dua tahun lepas juga, masa saya mula-mula nak berlakon, saya pernah jumpa Pekin dan tanya cara dia bawa diri, bukan sebagai artis tapi sebagai pelakon. Saya kena tahu aset jualan saya, bakat atau diri," katanya yang baru menghabiskan sebuah lagi filem pada hujung 2012 dengan genre seram, Sunti@Facebook.

Pekin dulu suam-suam kuku


PEKIN (kiri) dan Syazwan banyak bertukar informasi dan kadangkala berdebat tentang pemahaman mereka tentang dunia seni.


Imbas zaman digelar artis suam-suam kuku yang pernah menjadi makanannya semasa tidak dikenali seperti hari ini, Pekin menambah huraian kepada soal kroni atau kelompok yang betul.

"Dulu penerbit filem singkir saya sebab saya hanya berlakon drama. Saya mula sedar ruang, kena berada dalam kalangan orang yang betul. Orang yang jadi kawan, mengukuhkan kita dan sama-sama berjuang.

"Dari situ seseorang pelakon itu tahu mana arah dan setidak-tidaknya ada ilmu. Bukan untuk tunjuk pandai tetapi cukuplah untuk berborak dan berkongsi ilmu yang benar bukannya ajaran sesat. Biar masyarakat tahu bahawa buat kerja seni ini susah walaupun nampak senang. Orang luar nampak kita macam gah tapi sebenarnya kita kena betul-betul berjuang. Nasib pelakon macam saya ini tidak menentu," jelas Pekin sambil menyatakan dirinya kini semakin matang dan selektif dalam mencorakkan kerja.

Seperti yang disedari ramai, sahamnya melonjak seiring karya Dain Said (Bunohan) yang dianggap antara filem terbaik sepanjang 2012. Bertahun-tahun dia bergerak dalam bayangan artis suam-suam kuku, tiba-tiba nama Mohd Iznan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Pekin itu menjadi sebutan.

"Saya masih macam dulu juga tapi semuanya berjalan dengan sukses dan masih dalam perancangan. Tahun 2012, tahun Allah bagi rezeki kepada saya. Banyak benda tidak baik dan baik berlaku tetapi semuanya baik untuk saya.

"Kalau tiada tawaran berlakon, saya buat lagu. Orang panggil baca puisi pun saya belasah," katanya yang berkira-kira untuk melancarkan single Perjalananku Ke Langit bersama kumpulannya Seven Words tidak lama lagi.

Bakal muncul dengan filem Rock Ooo Rimba Bara arahan Mamat Khalid menjelang 28 Februari nanti, tahun 2013 juga menyisipkan sebuah lagi harapan untuk Pekin menerusi sebuah filem cinta, Cinta Kita arahan Pierre Andre.

Selain judul berkenaan, naskhah lain seperti Tokan, Legenda Budak Hostel, Apokalips, Rentaz dan Paku antara kerja lakon Pekin yang masih tersimpan menunggu ke panggung.

Syazwan cari haluan


BERADA dalam kelompok yang betul, itu antara resipi menjadi pelakon.


Bersulam debat, tingkah-meningkah kemusykilan dan jawapan, sepanjang pertemuan itu Syazwan sepertinya terlalu banyak yang mahu diserap. Jika dibandingkan dengan pelakon yang berasal dari Kota Bharu yang menjadi regunya, Syazwan ternyata masih hijau berbanding Pekin yang terlebih dahulu makan garam dalam industri.

"Saya tak banyak buat filem, tapi hujung-hujung tahun 2012 ini banyak beri pengalaman bermakna buat saya. Saya kenal dua genre filem yang berbeza sasaran, cara kerja dan naskhah yang jauh berbeza.

"Tapi, sebagai pembuka tirai 2013, saya berdebar-debar untuk Juvana The Movie. Takut pun ada juga sebab filem itu kesinambungan daripada drama. Takut momentum filem tidak sama dengan drama," tutup Syazwan.

Apek romantik - Leuniey

Posted:

Apek romantik - Leuniey

Apek romantik - Leuniey


DENGAN sekali lafaz, Apek sah menjadi suami kepada Leuniey.


SELEPAS mengharungi pelbagai dugaan, kontroversi dan gosip, penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, selamat bergelar suami kepada gadis pilihannya iaitu Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21, dalam satu majlis yang diadakan di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan, Kelantan, Jumaat lalu.

Dengan hanya sekali lafaz, pasangan yang menjadi perhatian media kebelakangan ini selamat diijabkabulkan oleh Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul Mutalib kira-kira pukul 10.25 pagi dengan disaksikan ahli keluarga terdekat termasuk ibu bapa kedua-dua mempelai.

Menyifatkan penyatuan mereka sebagai jodoh selepas 10 bulan mengenali isi hati, Khairul Fahmi atau mesra disapa Apek mengatakan Leuniey menjadi pilihan hatinya kerana gadis itu sangat memahami kariernya sebagai pemain bola sepak Negara dan juga pasukan Red Warriors.

"Masa saya sangat terhad dengan jadual latihan dan juga perlawanan tetapi Leuniey sangat memahami.

"Malah, saya baru sampai semalam (Khamis) ekoran menjalani latihan untuk sama-sama menyiapkan persediaan hari penikahan ini," katanya ketika ditemui.

Khairul Fahmi menyerahkan wang hantaran berserta mas kahwin berjumlah RM19,000 sempena nombor jersey Apek bersama tujuh dulang hantaran berbalas tujuh.

Kedua-dua mempelai mengenakan busana bertemakan warna kuning cair dan persalinan Leuniey direka khas oleh pereka fesyen Ezuwan Ismail.

Menurut Leuniey, sempena persandingannya, dia hanya menggunakan pelamin dan juga khemah daripada butik pengantin miliknya dan selebihnya merupakan tajaan pelbagai pihak.

Apek berkata, dia bersyukur majlis tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan menyifatkan gementar akad nikah berbeza berbanding beraksi di padang bola.

"Saya akui saya sangat gementar tetapi Alhamdulillah segalanya telah berjalan lancar. Syukur ke hadrat Ilahi di atas jodoh yang diperkenankan.

"Saya berharap kami dapat menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri. Selepas ini, kami kembali dengan jadual masing-masing, saya dengan jadual bola dan dia dengan urusan perniagaannya," senyum Apek.


PASANGAN ini berharap dikurniakan sekurang-kurangnya empat orang cahaya mata.


Ujar Apek lagi, perkahwinan bukanlah faktor yang boleh menjejaskan prestasinya sebagai penjaga gawang dan segalanya terletak kepada individu itu sendiri untuk mengharunginya.

Lelaki berusia 23 tahun ini menyerahkan kepada Allah tentang kurniaan dan berharap untuk menimang sekurang-kurangnya empat cahaya mata.

Leuniey menyuarakan harapannya agar Apek sebagai suami akan menjadi kapten yang baik kepada keluarga mereka biarpun sebelum ini pernah dilanda dengan pelbagai kontroversi.

"Saya telah bersedia sepenuhnya daripada awal kami mula-mula rapat untuk berhadapan dengan kontroversi dan juga kerenah peminatnya. Saya amat memahami situasi itu.

"Ini jodoh yang ditentukan dalam perjalanan hidup kami, saya bersyukur kerana kami telah disatukan," katanya sambil menyifatkan suaminya seorang yang romantik dan penuh dengan kejutan.

Mengenai rancangan untuk berbulan madu, mereka masih belum berbincang mengenai perkara itu kerana kesibukan Apek dengan persediaan untuk beraksi dalam Liga Malaysia.

Majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan Ahad ini di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan manakala resepsi pengantin lelaki akan diadakan di rumah keluarga Apek di Cherang, Kelantan pada 5 Januari.

Pasangan itu turut mengadakan satu lagi majlis resepsi di Hotel Royale Bintang, Kuala Lumpur pada 13 Januari nanti.

Lagu Tarantula berhantu

Posted:

Lagu Tarantula berhantu

Lagu Tarantula berhantu


TARANTULA percaya bahawa irama rock 90-an masih lagi diterima pada masa kini.


TARANTULA percaya bahawa irama rock 90-an masih lagi diterima pada masa kini.RESMI grup ini ibarat seekor labah-labah tarantula. Binatang itu nampak lambat melangkah, bahkan banyak yang menjadikannya sebagai binatang peliharaan. Namun, ketenangan yang kelihatan itu tidak menggambarkan dirinya yang sebenar. Sekali sengatannya mengena boleh membuatkan mangsanya lumpuh.

"Begitu juga dengan kami. Kalau boleh kami mahu grup ini memberikan satu sentuhan yang berbisa kepada peminat muzik. Namanya kedengaran sedikit garang, tetapi tetap ada juga kelembutan di sebaliknya. Justeru sebab itu juga nama tersebut dipilih untuk kumpulan kami," ujar Taha selaku pemain drum kumpulan itu.

Tampil bersama menubuhkan grup itu sejak 2002, Tarantula dianggotai oleh Taha serta Joe Bugis selaku vokalis, Keon (basis), Padil (gitar) dan Barai (gitar kedua).

Pada awal kemunculan, grup itu menjadikan majlis-majlis perkahwinan sebagai ruang mencuri perhatian peminat. Namun, mereka mula mengorak langkah untuk mengkomersialkan Tarantula setanding grup lain.

Keputusan tersebut bagaimanapun tidak melenyapkan nama Tarantula yang popular di majlis kenduri kahwin.

"Permintaan untuk kenduri kahwin masih ada. Justeru kami tubuhkan dua versi Tarantula iaitu satu grup untuk kenduri kahwin dan satu lagi yang bergerak secara komersial.

"Jika ada antara kami yang mempunyai kelapangan, akan ada yang turun padang mengisi kekosongan untuk membuat persembahan di majlis kahwin. Cuma Tarantula yang komersial tidak akan terkait dengan persembahan di majlis kahwin," kata Talha.

Berani mempertaruhkan irama rock 90-an, Tarantula kini sudah tampil dengan dua buah single sebelum muncul dengan sebuah album penuh pada awal tahun hadapan.

Jelas Joe, pemilihan irama tersebut masih tinggi berdasarkan pemerhatian mereka terhadap minat dan permintaan lagu-lagu berentak sebegitu di pusat hiburan dan untuk diputarkan di radio.

"Haluan Tarantula sebenarnya ialah lagu-lagu rock. Memang benar, lagu-lagu rock yang mendayu-dayu lebih popular pada zaman dahulu. Tetapi saya yakin pengikutnya masih ramai.

"Penampilan kami di peringkat komersial bukanlah untuk syok sendiri, tetapi mengikut selera pendengar. Kalau perhatikan di pusat karaoke pun, ramai yang lebih gemar menyanyi lagu-lagu 90-an tidak kira golongan yang membesar dalam era itu mahupun generasi muda," kata Joe.

Buat permulaan, Tarantula mempertaruhkan dua buah single iaitu Pusara Cinta dan lagu 'berhantu' berjudul Rumah Puaka.

"Lagu berjudul seram sebegitu sebenarnya sudah popular dalam kalangan penyanyi rock zaman 90-an. Banyak lagu yang judulnya seram sebegitu. Jadi Tarantula tidak mahu lari daripada konsep tersebut.

"Rumah Puaka masih sedap didengar. Ia bukannya sebuah lagu seram biarpun terdapat

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved