Khamis, 27 Disember 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Banjir di Terengganu, Kelantan bertukar buruk

Posted:

Banjir di Terengganu, Kelantan bertukar buruk

Banjir di Terengganu, Kelantan bertukar buruk

27/12/2012 8:06pm

KUALA LUMPUR — Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan bertukar buruk petang ini apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di dua negeri Pantai Timur itu meningkat kepada 21,800 orang berbanding 14,930 pagi ini.

Pagi tadi keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang dilihat semakin pulih apabila lebih 4,000 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Banjir di Terengganu setakat petang ini telah meragut enam nyawa iaitu tiga di Kemaman, dua di Setiu dan seorang di Kuala Terengganu.

Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Terengganu telah melebihi paras bahaya setakat pukul 5 petang ini.

Mangsa banjir di Pahang petang ini pula berkurangan kepada 435 orang berbanding 994 orang pagi tadi. Mangsa banjir di Johor kini seramai 13 orang di mana tiada mangsa banjir dicatatkan pagi tadi di negeri itu.

Di Terengganu, keseluruhan mangsa banjir yang berada di pusat penempatan banjir sehingga pukul 5 petang ini meningkat kepada 14,894 orang berbanding 8,173 orang pagi tadi.

Menurut portal banjir negeri, sebanyak lima pusat pemindahan baharu dibuka petang ini menjadikan keseluruhan 76 pusat pemindahan telah dibuka di negeri itu.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir mencatatkan peningkatan walaupun pusat pemindahan di tiga jajahan iaitu di Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai ditutup tengah hari tadi.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah yang ditempatkan di 28 buah pusat pemindahan di empat jajahan ketika ini adalah seramai 7,000 orang berbanding 6,757 orang pada sebelah pagi tadi.

Peningkatan ketara jumlah mangsa yang berpindah itu adalah di Tumpat berikutan limpahan air Sungai Golok yang kini masih berada di paras bahaya.

Di Pahang, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, keadaan banjir beransur pulih dengan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Kuantan dan Pekan semakin berkurangan.— BERNAMA

Banjir: 13 pekerja balak terkandas di hutan diselamatkan

Posted:

Banjir: 13 pekerja balak terkandas di hutan diselamatkan

Banjir: 13 pekerja balak terkandas di hutan diselamatkan

27/12/2012 8:03pm

DUNGUN — Seramai 13 pekerja balak di Pasir Raja, Hulu Kelamin, di sini berjaya diselamatkan sejak terperangkap hampir seminggu di tengah hutan belantara berikutan laluan keluar dari tempat kerja mereka ditenggelami air.

Kesemua 12 pekerja lelaki dan seorang wanita itu berjaya diselamatkan kira-kira 1.30 petang tadi menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Menurut mangsa, Roslan Hamid, 52, mereka terperangkap hampir seminggu dan mereka telah memaklumkan kejadian berkenaan kepada pihak pengurusan dan pihak pengurusan meminta mereka bersabar dan akan menghantar bantuan.

Katanya, ada di antara rakan mereka terpaksa memberanikan diri menggunakan rakit, pelampung dan juga tayar untuk keluar dari tempat terbabit kerana bimbang bekalan makanan terputus.

"Kami mula terperangkap pada hari Jumaat lepas dan kami tidak berani untuk keluar berikutan air yang naik mendadak.

"Kami hanya mampu bersabar dan berdoa sementara menunggu bantuan tiba dan akhirnya bantuan itu tiba juga hari ini," katanya ketika ditemui.— BERNAMA

Pekerja am didakwa rompak 5 wanita

Posted:

Pekerja am didakwa rompak 5 wanita

Pekerja am didakwa rompak 5 wanita

27/12/2012 8:00pm

PETALING JAYA — Seorang pekerja am mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan merompak berkumpulan bersenjatakan sebilah pisau terhadap lima orang wanita termasuk seorang akauntan, tujuh hari lepas.

K.Santokh Singh, 31, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Khoo Sui Cheng, 31, akauntan dan empat pelajar iaitu Lydia Eu Chia Pang, Julia Khaw Wei Ai, Yee Jet Mei dan Doris Hii King Han dengan merompak pelbagai jenis barangan milik mereka antaranya pelbagai mata wang asing, wang tunai berjumlah RM1,800 dan beberapa buah komputer riba, yang berjumlah RM10,000.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan PJS 9/8, Bandar Sunway, pada 5 pagi, 20 Dis lepas, dan didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved