Khamis, 27 Disember 2012

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rodgers akui kecewa

Posted:

Rodgers akui kecewa

Rodgers akui kecewa

GERRARD (kanan) menendang bola ketika mengambil sepakan penalti di Stadium Britannia awal pagi semalam.


STOKE – Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mendesak para pemain menampilkan aksi yang lebih konsisten dalam kempen Liga Perdana England.

Rodgers berkata, situasi itu penting sekiranya mereka berhasrat untuk memberi cabaran dalam perebutan tempat di kelompok empat pasukan terbaik.

Rodgers melaungkan amaran itu selepas skuad The Reds tewas 1-3 kepada Stoke City di Stadium Britannia awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, Jonathan Walters menjaringkan dua gol masing-masing pada minit kelima dan 49 manakala satu lagi gol diperoleh menerusi Kenwyne Jones pada minit ke-12.

Pemain tengah, Steven Gerrard menjaringkan gol sagu hati Liverpool menerusi satu sepakan penalti selepas Luis Suarez dikasari pada minit kedua.

Bagi Stoke, kemenangan itu melebarkan rekod tanpa kalah mereka sebanyak sembilan perlawanan, pencapaian terbaik dalam kempen Liga Perdana England manakala Liverpool gagal mengekalkan konsistensi selepas membelasah Fulham 4-0, Sabtu lalu.

"Kami melepaskan gol mudah selepas melakukan permulaan yang hebat. Suarez melakukan keajaiban apabila memperoleh sepakan penalti pertama kami musim ini seawal minit kedua," kata Rodgers.

"Kami mendahului 1-0 di lokasi yang sukar untuk menjaringkan gol. Kami perlu meningkatkan inisiatif tetapi ia merupakan satu tugas yang sukar.

"Konsistensi adalah satu perkara penting, kami sangat hebat ketika menentang Fulham tetapi sebaliknya pada perlawanan menentang Stoke. Kami perlu memiliki kedua-dua aspek ini iaitu konsistensi dan kehebatan.

"Kami perlu mengetahui cara yang terbaik untuk bermain terutamanya di Stoke. Kami sedar bahawa kami akan menerima tekanan. Kami perlu mendapatkan semula konsistensi itu kerana jika tidak, kami sukar untuk maju ke depan. Namun, ia bukan sesuatu yang mudah." – AFP

Janji Ahmad Fakri

Posted:

Janji Ahmad Fakri

Janji Ahmad Fakri

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


AHMAD FAKRI (kiri) berlepas ke Portugal untuk menyertai kelab Divisyen Tiga, Atletico S.C malam tadi.


KEMBARA penyerang muda negara, Ahmad Fakri Saarani bersama kelab Divisyen Tiga Portugal, Atletico S. C. sudah bermula.

Bekas penyerang Felda United dan Negeri Sembilan itu berlepas ke Evora, Portugal pukul 10 malam tadi dan dijangka memulakan aksi sulung bersama kelab itu pada 6 Januari depan.

Muncul sebagai pemain kedua negara berkelana ke bumi Portugal selepas Nazmi Faiz Mansor (S.C Beira Mar), Ahmad Fakri, 23, berjanji memberikan yang terbaik sepanjang enam bulan bersama Atletico S.C. selepas ini.

Pada masa sama, pemain kelahiran Kelantan itu juga berjanji menjaga diri dan tidak melupakan asal-usul sepanjang berada di sana kelak.

"Insya-Allah saya akan buktikan. Jangan risau, semua itu (asal-usul dan adab sebagai rakyat Malaysia) tidak akan saya lupa.

"Saya masih berpijak di bumi yang nyata. Insya-Allah," kata Ahmad Fakri kepada Kosmo! semalam.

Semalam, pengurus peribadi Ahmad Fakri, Faisal Zakariah dilaporkan berkata, penyerang itu akan menandatangani kontrak selama enam bulan sebaik tiba di Evora bagi mendapatkan sijil perpindahan antarabangsa secepat mungkin.

Faisal berkata, Ahmad Fakri terlebih dahulu akan singgah di England untuk beberapa hari sebelum berangkat ke Portugal beberapa hari kemudian.

"Berdasarkan maklumat yang saya terima, Atletico memiliki perlawanan pertama pada 6 Januari.

"Jadi, Ahmad Fakri berpeluang cerah untuk diturunkan dalam aksi pertama jika ITC dapat diperoleh segera," kata Faisal.

Untuk rekod, Ahmad Fakri sebelum ini pernah ditawarkan kontrak yang sama oleh Atletico S.C. melalui ejennya, Marco Guimares pada Ogos lalu tetapi terpaksa ditolak kerana terlibat dengan komitmen Piala Malaysia dan kempen Piala Suzuki AFF.

Dia juga difahamkan pernah mendapat tawaran daripada sebuah kelab divisyen satu di Portugal namun lebih cenderung menyertai Atletico S.C. yang beraksi di divisyen tiga, sekali gus dikatakan memiliki peluang lebih cerah untuk diturunkan pengendali kelab, Paolo Simao.

Selangor sedia mencabar

Posted:

Selangor sedia mencabar

Selangor sedia mencabar

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

ATAS KERTAS, Selangor tidak berbelanja mewah untuk mendapatkan pemain baharu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Namun, kualiti yang dimiliki barisan Gergasi Merah ketika ini jelas terbukti sebaik menewaskan Sabah 3-0 dalam satu aksi persahabatan di Stadium Shah Alam kelmarin.

Sudah tentu perkembangan positif itu mengundang kegembiraan buat jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim yang optimis mampu mendakap sekurang-kurangnya satu trofi musim depan.

Menurut Irfan Bakti, beliau percaya anak-anak buahnya kini bersedia ketika melayan kunjungan Negeri Sembilan dalam aksi pembuka tirai Liga Super di Stadium Shah Alam, 8 Januari depan.

"Ketika ini, persefahaman yang dibentuk pemain dilihat semakin serasi namun masih ada yang perlu diperbaiki terutamanya di bahagian tengah.

"Saya juga gembira dapat menurunkan beberapa pemain utama seperti Bunyamin Omar, Amri Yahyah, S. Kunanlan dan Mahalli Jasuli buat pertama kali dalam perlawanan itu," katanya kepada pemberita kelmarin.

Begitupun Irfan Bakti berkata, penyerang import baharu, Francis Forkey Doe tidak dapat diturunkan kelmarin gara-gara cirit-birit.

Difahamkan, bekas penyerang Terengganu itu dijangka kembali pulih ketika berdepan Perlis dalam satu lagi aksi persahabatan di Stadium Utama, Kangar hari ini.

Satu lagi aksi persahabatan Selangor dijadualkan berdepan Kedah di Stadium Darul Aman dua hari kemudian.

Menurut Irfan Bakti, baki dua lagi aksi persahabatan itu bakal menjadi medan terbaik bagi mengenal pasti kesebelasan utama ketika menentang Negeri Sembilan nanti.

Selepas berdepan Sang Rusa dalam saingan Liga Super nanti, Selangor bakal berkunjung ke Stadium Jalan Besar, Singapura berdepan Lions XII (12 Januari) sebelum berdepan Terengganu di tempat lawan tiga hari kemudian.

Dalam pada itu, tonggak pertahanan Selangor, Asraruddin Putra Omar juga bersedia menggalas tugas selaku kapten musim depan sebaik penghijrahan Safiq Rahim ke Johor Darul Takzim.

"Ia satu penghormatan buat saya (jika dilantik menjadi kapten), impian saya mahu membantu Selangor menamatkan kemarau trofi sejak dua musim berturut-turut.

"Saya optimis kami mampu mencapai sesuatu musim ini kerana kami tampak kuat berbanding musim lalu," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved