Khamis, 27 Disember 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Sekolah dibenar tangguh sesi 2013

Posted:

Sekolah dibenar tangguh sesi 2013

Sekolah dibenar tangguh sesi 2013

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

Muhyiddin bersama isterinya, Norainee, Ahmad (dua dari kiri) dan Ahmad Shabery (kanan) memasak juadah makan malam semasa melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok, Kemaman semalam.


RANTAU PANJANG – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekolah-sekolah yang dilanda banjir diberi kelonggaran untuk menangguhkan sesi persekolahan 2013 yang dijadual bermula minggu hadapan sehingga keadaan kembali pulih.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kelonggaran turut diberikan kepada sekolah-sekolah yang dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir.

"Kalau keadaan memerlukan, walaupun kita telah tetapkan 1 Januari 2013 sekolah di Kelantan dibuka dan di sesetengah negeri ada lewat sikit tetapi ini ikut keadaan, terutama sekolah kalau ditenggelami air tidak boleh digunakan, tidak apa lewat dua tiga hari atau sekolah diguna untuk pusat pemindahan, masih ada lagi mangsa banjir tinggal, maka sekolah boleh melewatkan tarikh persekolahan.

"Arahan ini telah diberikan kepada semua pengarah negeri untuk membuat pertimbangan sendiri apa patut dibuat untuk menangani keadaan tertentu," katanya selepas meninjau pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi di sini semalam.

Turut hadir, isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Pada majlis tersebut, Muhyiddin turut mengumumkan pemberian bantuan wang tunai RM500 kepada setiap keluarga mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan rasmi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Empat lagi lemas di Terengganu akibat banjir

Posted:

Empat lagi lemas di Terengganu akibat banjir

Empat lagi lemas di Terengganu akibat banjir

KUALA LUMPUR - Empat kematian akibat lemas ketika banjir dilaporkan berlaku di sekitar Terengganu kelmarin.

Di Kemaman, kegembiraan 10 sahabat bermain banjir di Kampung Hilir, Pasir Gajah bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, Mohd. Ezani Hakim Mohammad, 15, dan Muhammad Hafiz Mohd. Nasir, 14, bersama lapan rakan ke tempat kejadian untuk bermain air tetapi lima daripada mereka berpatah balik kerana arus semakin kuat.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, lima sahabat itu dihanyutkan arus deras tetapi tiga daripada mereka sempat berpaut pada pokok.

Jelasnya, mayat dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dadong itu ditemui tersangkut pada pokok pada pukul 10.30 malam.

Katanya, mayat mereka dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing.

Di Kuala Terengganu, seorang remaja lemas ketika membasuh motosikal berhampiran sungai di Kampung Kebor Besar, Manir pada pukul 2 petang.

Mohd. Badrul Aman Abdul Rahman, 15, dipercayai tergelincir ke dalam sungai kampung berkenaan dan mayatnya ditemui tiga jam kemudian oleh anggota bomba.

Di Setiu, kanak-kanak yang hilang ketika mengikut bapanya menjala ikan di Kampung Kederang, Permaisuri kelmarin ditemui di dasar tali air kira-kira 200 meter dari tempat mangsa dilaporkan tergelincir.

Mayat Nik Mohd. Al-Fahmi Jailani, 6, ditemui penduduk kampung yang menjalankan usaha mencari pada pukul 1 pagi semalam.

Mangsa baru tiba dari Pasir Puteh, Kelantan bersama keluarga untuk menziarahi neneknya sebelum mengikut bapanya menjalan ikan.

"Bapanya terjun untuk menyelamatkan mangsa tetapi gagal kerana air dalam dan deras," katanya.

7,000 sukarelawan 1M4U bantu mangsa banjir

Posted:

7,000 sukarelawan 1M4U bantu mangsa banjir

7,000 sukarelawan 1M4U bantu mangsa banjir


ENGKU MOHD. AZMI (empat dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada seorang mangsa banjir di Kampung Galing, Kuantan semalam.


KUANTAN – Kira-kira 7,000 sukarelawan belia dari seluruh negara bersedia menghulurkan bantuan selepas bencana kepada mangsa-mangsa banjir.

Pengarah Cawangan Perhubungan Strategik, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Engku Mohd. Azmi Engku Mohd. Basri berkata, para sukarelawan akan menghulurkan bantuan apabila paras air banjir surut.

"Tidak seperti pasukan penyelamat, para sukarelawan ini memberi bantuan kepada mangsa bencana apabila bencana berakhir," katanya pada program Misi Pasca Banjir di Kampung Galing di sini semalam.

Ia melibatkan 70 sukarelawan dari sekitar daerah itu selepas banjir di kawasan tersebut surut.

Pada program tersebut, para sukarelawan membantu mangsa banjir membersihkan rumah dan kawasan kampung serta menghulurkan bantuan barang keperluan.

Engku Mohd. Azmi yang juga Penyelaras Sukarelawan 1M4U KBS menambah, program sukarelawan itu diadakan selaras perubahan sikap sebilangan besar golongan belia di negara ini yang semakin berminat dalam kerja amal.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved