Isnin, 24 Disember 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pengawal keselamatan samun warga Mynmar

Posted:

Pengawal keselamatan samun warga Mynmar

Pengawal keselamatan samun warga Mynmar

24/12/2012 5:59pm

PETALING JAYA — Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mencederakan seorang warga Myanmar dengan pisau ketika menyamun wang tunai berjumlah RM1,500 milik mangsa, 10 hari lepas.

K.Sinatambi, 19, dari Sentul didakwa bersama seorang lelaki yang masih bebas melakukan perbuatan itu terhadap Nay Kyaw, 25, di sebuah kafe siber di Jalan Puteri 5/7, Bandar Puteri, Puchong pada kira-kira pukul 6.50 petang, 14 Disember.

Dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh didenda atau disebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membenarkan Sinatambi diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Januari depan untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir manakala Sinatambi tidak diwakili peguam. — BERNAMA

Bandar Kuantan dilanda banjir kilat

Posted:

Bandar Kuantan dilanda banjir kilat

Bandar Kuantan dilanda banjir kilat

24/12/2012 5:55pm

KUANTAN — Beberapa kawasan di sekitar bandar Kuantan hari ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak malam semalam.

Kejadian itu juga menyebabkan beberapa jalan utama di pusat bandar mengalami kesesakan lalu lintas setelah jalan raya dinaiki air sedalam 1.5 meter.

Antara jalan yang ditenggelami air setakat pukul 3 petang ini ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.

Di beberapa kawasan sekitar pusat bandar mendapati banyak kenderaan yang terkandas di jalan raya dan beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu.

Di kawasan Air Putih dan Semambu, orang ramai mula meninggalkan rumah masing-masing seawal pukul 10 pagi dan menyelamatkan barangan keperluan utama setelah paras air sebatang anak sungai di sini melimpah dan naik sehingga 1 meter.

Tinjauan juga mendapati beberapa taman perumahan iaitu di Sungai Isap, Taman LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters dan Taman Teratai turut ditenggelami air antara 0.1 meter dan satu meter.

Sementara itu di Jerantut, polis menasihati 10,000 penduduk yang tinggal di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang di daerah itu supaya berpindah segera jika paras air kedua-dua sungai naik.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supritendan Azid Ismail berkata, keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan setiap petang sejak tiga hari lalu boleh menyebabkan air Sungai Tembeling dan Sungai Pahang naik bila-bila masa.

Beliau turut menasihati 50 pengusaha bot pelancong ke Taman Negara supaya menghentikan segera perkhidmatan jika paras air Sungai Tembeling naik. — BERNAMA

Penerbit perlu hasilkan filem boleh eksport

Posted:

Penerbit perlu hasilkan filem boleh eksport

Penerbit perlu hasilkan filem boleh eksport

24/12/2012 5:32pm

KUALA LUMPUR — Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mahu penerbit filem Melayu menghasilkan produk yang boleh dipasarkan ke luar negara menerusi kerjasama dengan penerbit filem bukan Bumiputera.

Beliau berkata, kandungan sesebuah filem juga harus diubah agar menepati cita rasa semua bangsa selain meminimumkan kisah hantu dan khayalan.

"Orang Melayu tidak boleh lagi hanya mengeluarkan filem untuk orang Melayu, begitu juga orang Cina dan orang India. Mari bekerjasama supaya industri filem kita keluarkan produk sebagai satu industri dan bukan untuk satu kaum.

"Orang Melayu mesti boleh berkawan dengan orang bukan Melayu dan sebaliknya. Bikin filem yang boleh dijual di luar seperti China, Taiwan dan Hong Kong," katanya di sini hari ini.

Rais juga berkata, sesebuah filem perlu memiliki jalan cerita yang menarik serta memenuhi selera semua pihak, terutama orang muda.

Beliau berkata, bagi mewujudkan paparan baharu berhubung filem tempatan, penglibatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan diperluas terutama dalam aspek komunikasi serta pembangunan peralatan. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved