Ahad, 2 Disember 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Nenek, cucu maut dirempuh kereta dipandu remaja

Posted:

Nenek, cucu maut dirempuh kereta dipandu remaja

Nenek, cucu maut dirempuh kereta dipandu remaja

02/12/2012 6:13pm

PENDANG — Seorang nenek dan cucu lelakinya maut akibat dirempuh kereta yang terbabas di Batu 13 3/4 Kampung Kobah dekat sini pagi tadi.

Nenek tersebut Munah Ismail, 64, serta cucunya itu Syahrul Fitri Shahrul Anuar, 5, serta seorang lagi cucu perempuannya Nurul Fitrah dikatakan sedang berjalan ke sebuah warung yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah mereka untuk bersarapan pagi kira-kira 8.00 pagi.

Ketiga-tiga mereka yang berpimpinan tangan dirempuh sebuah kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu seorang remaja berumur 17 tahun yang datang dari arah Kota Sarang Semut menuju ke sini, kata Pemangku Ketua Polis Daerah Pendang, ASP L. Pubadi.

Munah yang tercampak kira-kira 10 meter serta cedera parah di kepala meninggal di tempat kejadian manakala Syahrul Fitri yang juga cedera di kepala dan badan meninggal di Klinik Kesihatan Kota Sarang Semut ketika menerima rawatan.

Sementara Nurul Fitrah hanya cedera ringan di kepala mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sebelum dibenar pulang.

Pubadi berkata, seorang penunggang motosikal Mohd Jailani Abd Rahman, 43, dari Kampung Alor Besar, Bukit Raya dekat sini patah kaki kiri setelah dirempuh kereta yang sama.

Beliau berkata, pemandu kereta itu dikatakan cuba mengelak objek di tengah jalan sebelum hilang kawalan dan merempuh ketiga-tiga mangsa serta penunggang motosikal tersebut.

Katanya, pemandu kereta berkenaan bersama teman wanitanya yang juga berusia 17 tahun turut mengheret sebuah lagi motosikal sebelum terbabas ke tepi jalan di arah bertentangan.— BERNAMA

Cuba lerai pergaduhan: Pekerja kafe siber terkena tembakan

Posted:

Cuba lerai pergaduhan: Pekerja kafe siber terkena tembakan

Cuba lerai pergaduhan: Pekerja kafe siber terkena tembakan

02/12/2012 6:01pm

JOHOR BHARU — Seorang pekerja kafe siber cedera terkena empat das tembakan selepas cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan lelaki di Jalan Johar 4, Taman Desa Cemerlang di sini, semalam. Mangsa, Lew Wek Shu, 37, cedera di bahagian belakang, bahu, perut dan lengan dalam kejadian yang berlaku kira-kira 10.15 malam itu.

Wek Shu, yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Johor berkata, beliau sedang bekerja ketika terdengar pertelingkahan yang berlarutan kira-kira setengah jam.

"Saya cuba meleraikan pergaduhan tersebut tetapi dimaki hamun oleh mereka.

Bila mahu balik ke tempat kerja, saya dengar bunyi tembakan dan empat das terkena saya," katanya sambil menambah beliau sempat duduk di kerusi kafe siber sebelum pengsan tidak lama selepas itu.— BERNAMA

Kereta terbabas: 3 penuntut UniKL maut

Posted:

Kereta terbabas: 3 penuntut UniKL maut

Kereta terbabas: 3 penuntut UniKL maut

02/12/2012 5:16pm

PUTRAJAYA — Tiga penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang dalam perjalanan ke Port Dickson maut apabila kereta yang dinaiki terbabas lalu bertembung dengan kereta dari arah bertentangan di Jalan Salak-Sepang dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supt. Imran Abdul Rahman berkata, dalam kejadian pada 5 pagi itu, mangsa yang maut ialah penumpang kereta iaitu Ahmad Fikri Mohd Salihudin, 21, dan Muhammad Hilman Syafiq Kamaruzaman, 19, yang masing-masing maut di tempat kejadian.

Katanya, seorang lagi mangsa Muhammad Izuanuddin Mohd. Ashari, 21, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Sungai Pelek, Sepang, manakala pemandu kenderaan Mohammad Faizullah Malik, 21, masih dirawat di Hospital Serdang dan dalam keadaan stabil.

Difahamkan kesemua mangsa berkonvoi bersama rakan-rakan lain yang menaiki kereta berasingan untuk bercuti ke Port Dickson.

"Kemalangan itu melibatkan kereta yang kedua-duanya jenis Perodua Kancil, dipercayai berlaku akibat keadaan jalan yang berselekoh serta suasana gelap," katanya ketika dihubungi.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved