Ahad, 2 Disember 2012

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


YTSP sampaikan sumbangan peralatan kesihatan

Posted:

YTSP sampaikan sumbangan peralatan kesihatan

YTSP sampaikan sumbangan peralatan kesihatan


SYED FAIZUDDIN (tiga dari kanan), Tuanku Lailatul Shahreen (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan YTSP di Arau baru-baru ini.


SUMBANGAN. Sebanyak enam buah institusi keagamaan di Perlis termasuk Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) menerima pelbagai peralatan kesihatan yang disampaikan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) di Galeri Diraja Arau, Arau, Perlis baru-baru ini.

Antara peralatan tersebut ialah 12 buah kerusi roda pelbagai jenama, tongkat dan 100 pasang kasut ortopedik termasuk jersi bola yang merupakan hasil sumbangan peribadi Wakil Konsul Malaysia-Basel, Switzerland, Datuk Jeffery Sandragesan

Bagi peralatan kerusi roda diberikan kepada enam institusi keagamaan membabitkan kaum Melayu, Cina, India dan Siam yang masing-masing menerima dua buah manakala JKN dan HTF menerima kasut ortopedik.

Kesemua peralatan tersebut disampaikan oleh Setiausaha YTSP, Datuk Johari Abu Bakar kepada penerima dan turut hadir Pengarah Kesihatan Perlis, Datuk Ghazali.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenaan menyaksikan majlis penyampaian tersebut bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

OKU gembira dibawa tengok wayang di Segamat

Posted:

OKU gembira dibawa tengok wayang di Segamat

OKU gembira dibawa tengok wayang di Segamat


A. RAHIM (barisan kedua, tiga dari kiri ) bersama sebahagian kanak-kanak OKU semasa program tayangan amal di Segamat baru-baru ini.


TONTON WAYANG. Seramai 156 orang kanak-kanak golongan kurang upaya (OKU) di Segamat, Johor dirai dan diberi peluang merasai pengalaman menonton wayang sempena program tayangan amal anjuran Pejabat Daerah Segamat dengan kerjasama UO Segamat di Pawagam Lotus Five Star baru-baru ini.

Mereka yang terpilih terdiri 104 orang kanak-kanak daripada sembilan cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 52 orang murid Program Pendidikan Khas di Segamat yang ditemani oleh penjaga masing-masing.

Menurut Pegawai Daerah Segamat, A. Rahim Nin, pihaknya berhasrat untuk menjadikan program itu sebagai satu acara tahunan.

"Program ini diharapkan menjadi perintis kepada lebih banyak program seumpama diadakan dengan penglibatan pelbagai badan kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan yang melibatkan golongan OKU," katanya.

Menara KL, UiTM anjur program membaca

Posted:

Menara KL, UiTM anjur program membaca

Menara KL, UiTM anjur program membaca


SEBAHAGIAN pelajar UiTM dan peserta yang menyertai Program Membaca Setinggi Awan
di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.


MARI MEMBACA. PTS Media Group Sdn. Bhd. dengan kerjasama dan Menara Kuala Lumpur buat julung-julung kalinya menganjurkan Program Membaca Setinggi Awan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program itu dianjurkan bersama dengan pelajar Penerbitan, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof. Madya Jamaluddin Abd. Rashid berkata, program itu adalah inspirasi Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

"Program Membaca Setinggi Awan melibatkan peserta seramai 500 orang membaca pada ketinggian 288 meter dari aras bumi dan secara tidak langsung menyokong kempen membaca.

"Program santai ini mengambil masa selama dua jam dan dalam tempoh itu, semua peserta menghabiskan masa dengan membaca buku yang dibawa atau buku yang disediakan sambil melihat panorama menarik sekitar ibu kota," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved