Ahad, 2 Disember 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Parah ditembak 4 das

Posted:

Parah ditembak 4 das

Parah ditembak 4 das

WEK SHU yang parah menerima rawatan di Hospital Pakar Johor semalam.


JOHOR BAHRU - Berpantang maut sebelum ajal.
Itu yang berlaku kepada seorang juruwang di sebuah kafe siber, Lew Wek Shu, 37, yang terselamat walaupun terkena empat das tembakan ketika cuba meleraikan pergaduhan dua kumpulan lelaki di Jalan Johar 4, Taman Desa Cemerlang di sini kelmarin.

Menceritakan semula kejadian pukul 10.15 malam itu, Wek Shu berkata, ketika itu dia yang sedang bekerja telah mendengar satu pertengkaran di tepi jalan berdekatan dengan premis tempatnya bekerja.

Tidak tahan mendengar pertengkaran tersebut yang berlarutan hampir setengah jam, dia memberanikan diri untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertikaian tersebut.

Bagaimanapun, niat baik lelaki tersebut tidak disenangi apabila dia dimarahi dan dihamburkan dengan kata-kata yang tidak sedap didengar.

"Disebabkan tak mahu panjangkan cerita, saya terus beredar dan tanpa saya sangka salah seorang ahli kumpulan itu melepaskan tembakan dan terkena di bahagian belakang badan saya.

"Seingat saya, selepas itu beberapa das tembakan dilepaskan lagi dan entah dari mana kekuatan saya dapat, saya berlari dan sempat duduk di kerusi.

"Ketika itu, saya lihat badan saya mula berlumuran darah dan anggota badan saya mula rasa sangat sakit sebelum saya jatuh pengsan," katanya ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar Johor (HPJ) di sini semalam.

Empat tembakan terkena bahu kanan dan kiri, dada selain di bahagian belakang badan Wek Shu sementara lengannya mengalami sedikit kecederaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ditinggal berlumuran darah

Posted:

Ditinggal berlumuran darah

Ditinggal berlumuran darah

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my

Chow Siew ditinggal ah long dalam keadaan berlumuran darah di Jalan Tekun, Taman Maju, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang ahli perniagaan yang keluar bersarapan berdepan dengan detik-detik cemas apabila dia dilarikan oleh sekumpulan tiga ah long dengan sebuah kereta sebelum dibelasah dan ditikam di sebuah lorong di Jalan Tekun, Taman Maju Jaya di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Too Chow Siew, 50, juga ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah.

Bagaimanapun, Chow Siew dapat diselamatkan setelah orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu terdengar jeritannya dan terus membawanya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Dr. Hashim Haron, kejadian yang hampir meragut nyawa mangsa itu berpunca apabila ah long tersebut berang dengan mangsa yang tidak melangsaikan pinjaman yang dibuat.

"Mangsa telah dilarikan oleh tiga orang lelaki dengan sebuah kenderaan di hadapan rumahnya kira-kira pukul 9.30 pagi dan kemudian dia ditinggalkan selepas dipukul oleh ah long berkenaan pada pukul 12 tengah hari di sebuah lorong di Taman Maju Jaya.

"Ah long berkenaan dipercayai memburu mangsa selepas dia dipercayai menimbulkan kemarahan kumpulan itu kerana tidak membayar hutang yang dipinjam," katanya kepada Kosmo!.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sifar masalah hadapi pilihan raya

Posted:

Sifar masalah hadapi pilihan raya

Sifar masalah hadapi pilihan raya

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my


NAJIB (tiga dari kiri) bersama Dr. Mahathir (kiri) dan Kayveas (dua dari kiri) menjulang tangan bersama selepas menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung PPP di PWTC semalam.


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu sifar daripada sebarang masalah dalaman untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, sifar daripada masalah merupakan ramuan penting kepada BN sebagai satu keluarga besar yang terdiri daripada 13 buah parti komponen.

"Kalau 13 buah parti BN ini bergerak sebagai satu formasi yang tersusun dengan objektif yang sama iaitu mempunyai kesepaduan dan kesefahaman yang amat jitu pastinya BN akan menjadi sebuah parti yang kuat dan tidak mungkin dapat ditandingi oleh parti pembangkang.

"Oleh itu, kalau hubungan dalaman kita tidak ada masalah besar, insya-Allah BN akan menang besar dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved