Isnin, 3 Disember 2012

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Sumbangan amal IFF untuk Palestin

Posted:

Sumbangan amal IFF untuk Palestin

Sumbangan amal IFF untuk Palestin

SUZANNA (empat dari kiri) dan Shah Rezza (lima dari kiri) menyerahkan replika cek kepada Abdelaziz (kanan) di pejabat Kedutaan Palestin di Kuala Lumpur.


FESTIVAL Fesyen Islam (IFF) yang dianjurkan pada 5 hingga 9 November lalu tidak hanya memberi kesan positif kepada peningkatan fesyen berteras Islamik tempatan. Ia juga menjadi medan kepada penganjur dan organisasi yang terlibat menjalankan kutipan amal untuk disumbangkan kepada tabung kemanusiaan Palestin.

Kira-kira RM150,000 berjaya dikumpul IFF bersama beberapa organisasi dan badan bukan kerajaan pada IFF Charity Brunch yang diadakan pada 7 November lepas. Acara itu merupakan slot istimewa minggu fesyen tersebut dalam mengumpul dana demi memberi sedikit keceriaan kepada rakyat Palestin.

Penaung dan Pengerusi IFF, Datuk Seri Raja Rezza Shah mewakili IFF menyerahkan sumbangan tersebut dalam bentuk replika cek kepada duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughosh di Kedutaan Palestin di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Beramal merupakan antara elemen asas dalam IFF dan kami telah menjalankan tanggungjawab ini sejak dahulu. Tahun ini, IFF telah menetapkan Palestin sebagai penerima kutipan amal, sebelum krisis di Gaza tercetus.

"Kami percaya menerusi sumbangan ini dapat membantu mengurangkan penderitaan yang sedang dialami rakyat Palestin," ujar beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Shah Rezza.

Rakan kerjasama IFF juga tidak ketinggalan menghulurkan bantuan seperti Persatuan Bencana Alam Kedah yang menyumbangkan RM20,000. Ia disampaikan oleh Toh Puan Bendahara Kedah, Datuk Noor Suzanna Abdullah.

YTL Corporation Berhad, The Zon Duty Free and The Zon Hotels dan Kelab Sukan Artis Malaysia pula masing-masing menyumbangkan RM10,000 manakala Kelab Mutiara Putrajaya memberikan sumbangan bernilai RM5,000.

Cetus semangat usahawan kanak-kanak

Posted:

Cetus semangat usahawan kanak-kanak

Cetus semangat usahawan kanak-kanak


PROGRAM Kids Marketplace mendapat sambutan dan sokongan daripada ibu bapa dan kanak-kanak berumur antara lapan hingga 18 tahun.


KEBERANIAN dan kreativiti kanak-kanak lingkungan usia lapan tahun dan ke atas dalam bidang perniagaan teruji ketika menyertai program Kids Marketplace yang diadakan pusat beli-belah Hartamas Shopping Centre (HSC).

Kepakaran mereka menyamai karakter sebenar seorang ahli perniagaan walaupun tidak pernah terlibat dalam industri itu.

Program yang dianjurkan bersama HSC dan konsultan latihan belia, Yuber itu memberi peluang kepada peserta seawal usia lapan tahun sehingga 18 tahun untuk menunjukkan kemahiran mereka dalam lapangan keusahawanan.

Sepanjang aktiviti dua hari itu, peserta berusaha tanpa penat dan lelah dalam menjual barangan rekaan dan ciptaan mereka sendiri seperti kek cawan dan gelang buatan tangan kepada ibubapa, pengunjung program tersebut dan orang awam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Make A Different (MAD), Patrick Wee berkata, tujuan utama program tersebut diadakan adalah untuk memberi galakan dan memberi inspirasi kepada golongan kanak-kanak dalam melihat kebolehan mereka dalam bidang keusahawanan.

"Di samping itu, mereka dapat mengasah bakat dalam aktiviti yang santai dan selamat selain memupuk semangat persaingan yang sihat," ujarnya dalam kenyataan kepada media.

Selain daripada memberi sokongan dan galakan kepada usahawan muda, Kids Marketplace juga diadakan bersempena dengan projek "MAD About Learning". Ia merupakan kempen inovatif untuk meningkatkan sistem pembelajaran di Malaysia dan Singapura.

Walaupun bersaing antara satu sama lain, setiap peserta masih merasai keseronokan ketika program tersebut malah kesungguhan mereka turut diberi penghargaan melalui beberapa anugerah yang menjadi rebutan iaitu Usahawan Muda Kreatif, Usahawan Muda Harapan dan Pertunjukkan Terbaik.

Ternyata inisiatif melalui program itu mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada peserta dan para ibubapa.

"Saya berpendapat program Kids Marketplace ini sangat menyeronokkan dan memberi banyak pengalaman kepada golongan kanak-kanak.

"Anak perempuan saya memperolehi pengalaman berharga dalam menjalankan perniagaan kelak," ujar Yvonne yang menghantar anaknya, Nicole dari Sekolah Antarabangsa Sri Emas.

Keputusan keseluruhan bagi Anugerah Usahawan Muda Harapan diberikan kepada peserta junior, Jade Wong Wenn Li dan Wong Jo-Hann yang mengusahakan 'syarikat' E.Co. Usia muda tidak menghalang mereka untuk menewaskan peserta yang lebih berumur dengan menjual produk-produk seperti gelang untuk bekas minuman.

Turut menerima penghargaan bagi beberapa kategori lain adalah seperti Anugerah Pertunjukan Terbaik, Illyanaqah Fathonah Ismail dan Iqmilhaqeem Fakhrurazi Ismail (junior), Ng Jun Yang dan Lionel Ong Sue Beng (senior); Anugerah Usahawan Muda Kreatif, Amir Syafiq Azman Shah dan Keisan Artin Vaqari (junior), Ng Jun Yang dan Lionel Ong Sue Beng (senior); Anugerah Usahawan Muda Harapan, Jade Wong Wenn Li and Wong Jo-Hann (junior), Chan Rudii dan Kok Cheng Keith (senior).

Beberapa program sampingan turut diadakan selain pertandingan Kids Marketplace dan projek "MAD About Learning." Antaranya aktiviti hiburan kreatif, persembahan tarian, Bengkel Topeng, Permainan Pembelajaran Yuber dan lain-lain.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved