Isnin, 3 Disember 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Suka hutang tapi malas bayar

Posted:

Suka hutang tapi malas bayar

Suka hutang tapi malas bayar

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR dan MOHD. HAFIZI AHMAD
berita@kosmo.com.my

SIKAP boros berbelanja menyebabkan ramai lelaki diisytihar bankrap. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Seramai 169,218 individu lelaki di negara ini telah diisytiharkan bankrap sejak tahun 2005 hingga April tahun ini disebabkan sikap buruk mereka sendiri yang liat untuk membayar balik hutang.

Jumlah tersebut meliputi 70 peratus daripada jumlah keseluruhan individu yang telah diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama iaitu seramai 241,740 orang.

Ketua Jabatan Korporat dan Komunikasi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd. Khalil Jamaldin berkata, fakta tertersebut menunjukkan golongan lelaki di negara ini lebih suka berhutang berbanding golongan wanita.

Beliau berkata, jumlah golongan wanita yang diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama adalah seramai 72,522 orang.

Katanya, punca utama golongan Adam menjadi liat untuk membayar hutang adalah disebabkan sikap mereka yang gemar melangsaikan hutang sedia ada dengan membuat pinjaman baharu.

Beliau menegaskan, tindakan tidak berhemah golongan lelaki membuat hutang baharu itu ibarat menutup lubang hutang lama dan kemudian menggali lubang hutang yang baharu.

"Hutang yang baharu itu tidak akan selesai malah semakin bertambah.

"Apabila sudah tidak mampu bayar, tanggungjawab untuk membayar hutang itu turut hilang.

"Jadi akhirnya dia biarkan saja hutang itu macam orang malas nak bayar hutang," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dr. Hasan diturun pangkat ke gred lebih rendah

Posted:

Dr. Hasan diturun pangkat ke gred lebih rendah

Dr. Hasan diturun pangkat ke gred lebih rendah

Oleh NOR IDAYU BOSRO
idayu.bosro@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memutuskan Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang digantung tugas ekoran kes khalwat baru-baru ini kini tidak lagi memangku jawatan Ketua Pengarah Kesihatan.

Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II selebihnya telah diturunkan pangkat ke satu gred lebih rendah daripada jawatan sedia ada.

Kosmo! difahamkan, Kementerian Kesihatan akan menentukan jawatan baharu Hasan tidak lama lagi tetapi dia tidak akan memegang mana-mana jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pathmanabhan ada masa bunuh

Posted:

Pathmanabhan ada masa bunuh

Pathmanabhan ada masa bunuh

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my


PATHMANABHAN dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di Mahkamah Tinggi di sini semalam memasuki episod baharu apabila salah seorang tertuduh mengesahkan bahawa bekas peguam, N. Pathmanabhan berada di Ladang Gadong, Banting pada malam kejadian bunuh pada 30 Ogos 2010.

Ladang Gadong yang dimiliki Pathmanabhan merupakan ladang ternakan haiwan dan buah-buahan, tempat kejadian bunuh itu berlaku.

Keterangan tertuduh keempat itu, R. Kathavarayan bagaimanapun menyebabkan peguamnya, Ravi Nekoo menarik diri daripada mewakili tertuduh atas alasan keterangan anak guam bertentangan dengan arahan diberikan sebelum ini.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan penarikan diri Ravi dan mengarahkan Khatavarayan berbincang dengan ahli keluarga sama ada hendak melantik peguam lain atau sebaliknya.

"Itu merupakan hak yang ada pada Khatavarayan. Kalau paksa peguam pun tidak elok," kata Akhtar yang turut memerintahkan supaya Khatavarayan diasing daripada ketiga-tiga tertuduh lain sehingga dia selesai memberi keterangan.

Terdahulu, Khatavarayan ketika disoal Ravi, mengesahkan bahawa Pathmanabhan datang ke Ladang Gadong pada pukul 7 malam, 30 Ogos 2010 bersama beberapa orang rakan bekas peguam itu yang antara mereka dikenalinya tetapi mendakwa tidak tahu nama mereka.

"Pathmanabhan ada dan seingat saya ada lima orang berketurunan Melayu, seorang Cina dan seorang lagi India yang datang ke ladang itu pada pukul 7 petang," kata Khatavarayan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved