Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Kanak-kanak berkhatan, bertindik beramai-ramai
- Maxis rai 80 tetamu rumah kebajikan
- Sumbang cek kepada balu SRS, RT Taman Arked
Kanak-kanak berkhatan, bertindik beramai-ramai Posted: Kanak-kanak berkhatan, bertindik beramai-ramaiADNAN (tengah) merenjis air mawar kepada kanak-kanak yang akan berkhatan sebagai gimik pelancaran Majlis Berkhatan,Bertindik Dan Kenduri Rakyat 2012 di Kuantan baru-baru ini. INJAK DEWASA. Seramai 459 kanak-kanak lelaki berusia 10 sehingga 13 tahun telah diraikan dalam Majlis Berkhatan, Bertindik dan Kenduri Rakyat di Padang Kemunting, Kuantan, Pahang baru-baru ini. Majlis anjuran UMNO Bahagian Kuantan dan Kelab Putra 1Malaysia itu turut meraikan seramai 132 kanak-kanak perempuan yang bertindik. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, program tersebut diadakan bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka tanpa mengira usia dan pegangan agama. "Kalau kita lihat, berkhatan merupakan satu tuntutan dalam Islam tetapi turut mula diamalkan oleh kaum-kaum lain," katanya ketika merasmikan majlis itu baru-baru ini. Sebelum itu, kesemua kanak-kanak yang berkhatan dimandikan beramai-ramai oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuantan menggunakan pili bomba. |
Maxis rai 80 tetamu rumah kebajikan Posted: Maxis rai 80 tetamu rumah kebajikanBARISAN pengurusan kanan Maxis Sarawak (berdiri, barisan belakang) bersama penghuni rumah-rumah kebajikan di Kuching baru-baru ini. AMAL. Maxis Berhad (Maxis) berkongsi kegembiraan sempena sambutan Hari Krismas tidak lama lagi dengan meraikan 80 penghuni dari tiga rumah kebajikan iaitu Cheshire Home, Persatuan Ibu bapa Kanak-Kanak Cacat Sarawak dan Persatuan Kanak-Kanak Kanser Sarawak di Kuching, Sarawak baru-baru ini. Pada majlis yang sama, Maxis turut menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM30,000 kepada rumah-rumah kebajikan tersebut. Acara itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, Mark Dioguardi, Ketua Wilayah Sarawak Maxis, Alexius Bong dan ahli-ahli pengurusan kanan dan sukarelawan Maxis. |
Sumbang cek kepada balu SRS, RT Taman Arked Posted: Sumbang cek kepada balu SRS, RT Taman ArkedMOHD SAIDI (tengah) bersama dengan tiga penerima cek insurans di Pusat Komuniti RT Taman Arked, Sungai Petani, baru-baru ini. SUMBANG. Pusat Komuniti Kawasan Rukun Tetangga (RT) Taman Arked menyampaikan cek tuntutan insurans kepada tiga balu di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. Ketiga-tiga balu itu ialah isteri kepada seorang ahli Jawatankuasa RT dan dua lagi isteri kepada ahli Peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang meninggal dunia. Cek disampaikan oleh Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Kedah, Mohd. Saidi Midin yang membuat lawatan ke pusat komuniti itu. Pengerusi Jiran Wanita RT Taman Arked, Rokiah Hasan berkata, selain sumbangan, lawatan yang sama juga membolehkan banyak perkara dibincangkan dengan Mohd. Saidi termasuk merancang untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan di kawasan berkenaan pada masa depan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan