Jumaat, 23 November 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


NUBE piket gesa bank sedia bilik solat

Posted:

NUBE piket gesa bank sedia bilik solat

NUBE piket gesa bank sedia bilik solat

23/11/2012 8:44pm

KUALA LUMPUR — Kira-kira 300 anggota Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) hari ini berpiket secara aman bagi mendesak Alliance Bank Berhad di sini menyediakan bilik solat untuk pekerja Islamnya.

Setiausaha Agong NUBE, J.Solomon berkata, ekoran tiada bilik solat, pekerja-pekerja Islam bank itu menunaikan solat di stor, bawah tangga atau bilik server.

"Jika pihak bank tidak menyelesaikan isu ini, kami akan membuat piket sehingga masalah ini selesai," katanya kepada pemberita semasa piket dua jam itu yang bermula 4.40 petang di hadapan bangunan bank itu di Jalan Munshi Abdullah di sini.— BERNAMA

Letak kereta berkupon di Kangar mulai 1 Dis

Posted:

Letak kereta berkupon di Kangar mulai 1 Dis

Letak kereta berkupon di Kangar mulai 1 Dis

23/11/2012 6:18pm

KANGAR - Majlis Perbandaran Kangar (MPK) akan melaksanakan sistem letak kereta berkupon mulai 1 Disember ini sebagai langkah meningkatkan pengurusan tempat letak kereta di seluruh Perlis.

Yang Dipertua MPK, Rosley Mat berkata pihaknya melantik syarikat Kayangan Parking Sdn Bhd (Kayangan Parking) untuk mengendalikan lebih 3,000 tempat letak kereta bagi tempoh tiga tahun.

Majlis menandatangani perjanjian antara MPK dan Kayangan Parking diadakan di pejabat MPK di sini hari ini dengan MPK diwakili Rosley manakala Kayangan Parking diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Hazery Che Din.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian itu, Rosley berkata syarikat berkenaan akan mula beroperasi mulai 1 Disember selama tiga tahun dan jika perkhidmatannya memuaskan, tempoh perkhidmatan akan dilanjutkan dua tahun lagi.

Katanya mulai tarikh penguatkuasaan sistem itu, setiap pemilik kenderaan perlu membeli kupon letak kereta daripada ejen yang dilantik oleh syarikat terbabit pada kadar harga RM6 untuk sebuah buku kupon. - BERNAMA

Suspek larikan kereta dan kanak-kanak ditahan

Posted:

Suspek larikan kereta dan kanak-kanak ditahan

Suspek larikan kereta dan kanak-kanak ditahan

23/11/2012 5:59pm

SEREMBAN - Tindakan pantas polis telah berjaya menangkap seorang lelaki yang melarikan sebuah kereta dan tiga orang kanak-kanak di dalamnya di Taman Desa Dahlia, Senawang semalam.

Kejadian berlaku di hadapan sebuah pasar mini di taman itu kira-kira 2.20 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Hamdan Majid berkata kejadian berlaku apabila seorang suri rumah berumur 42 tahun pergi ke pasar mini tersebut dengan memandu kereta bersama tiga orang anak lelakinya yang berumur antara 11 bulan dan 12 tahun.

"Dia masuk ke dalam pasar mini itu untuk membeli barang dengan meninggalkan ketiga-tiga anaknya di dalam kereta yang enjinnya masih dihidupkan. Beberapa minit kemudian apabila melihat ke luar dari pasar mini itu, dia mendapati seorang lelaki telah melarikan keretanya.

"Dia lantas meminta bantuan orang ramai untuk menghubungi pihak polis," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata hasil sekatan jalan raya di Batu 3, Jalan Labu di sini kira-kira 3 petang, kereta yang dilarikan lelaki tersebut telah ditahan bersama isteri dan tiga anak lelakinya bersama kanak-kanak yang dilarikan itu. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved