Kosmo Online |
- Jalan Kuching, Jalan Duta ditutup
- Lebih 20,000 kad komuter 1Malaysia dikeluarkan
- Deejay Hot FM disamun
Jalan Kuching, Jalan Duta ditutup Posted: Jalan Kuching, Jalan Duta ditutup31/10/2012 6:20pm KUALA LUMPUR — Sebahagian Jalan Kuching dan Jalan Duta ditutup untuk kerja-kerja pembinaan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, lorong laju daripada Jalan Kuching akan ditutup secara berperingkat-peringkat mulai hari ini sehingga 14 Mei tahun depan untuk kerja-kerja pembinaan bebendul jalan tiga tingkat di sepanjang jalan itu. Manakala sebahagian Jalan Duta akan turut ditutup secara berperingkat-peringkat untuk tujuan yang sama mulai esok sehingga 19 Jun tahun depan. Kedua-dua jalan akan ditutup dari pukul 9.30 pagi sehingga 4 petang (peringkat pertama) dan 9 malam sehingga 5 pagi (peringkat kedua). Sehubungan itu, DBKL meminta pengguna kedua-dua jalan itu supaya berhati-hati dan mematuhi papan tanda lalu lintas semasa kerja pembinaan dijalankan. — BERNAMA |
Lebih 20,000 kad komuter 1Malaysia dikeluarkan Posted: |
Posted: Deejay Hot FM disamun31/10/2012 6:16pm KUALA TERENGGANU — Seorang penyampai radio Hot FM Terengganu disamun dua lelaki bersenjatakan pisau lipat di Jalan Pusara, di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian pukul 12.15 pagi tadi, mangsa Mohd. Hermansani Aminudin, 29, yang memandu kereta bersendirian dalam perjalanan untuk minum bersama beberapa rakan di sebuah kedai di Jalan Kamaruddin. Menurut mangsa, ketika kejadian, dia baru pulang dari sebuah bank untuk memasukkan duit hantaran perkahwinannya namun operasi bank ATM telah ditutup. Katanya, ketika melalui kawasan Jalan Pusara, beliau didatangi sebuah motosikal dan penunggang motosikal tersebut menjatuhkan motosikalnya di hadapan kereta mangsa. "Masa tu saya agak panik. Ingatkan saya yang langgar motosikal yang dinaiki dua lelaki itu, saya pun beranikan diri keluar dari kereta. "Apabila saya keluar daripada kereta, seorang daripada mereka bertindak menyerang saya dengan menekan dada dan mengacukan pisau di perut manakala seorang lagi menggeledah kereta," katanya. Beliau berkata, akibat daripada kejadian itu, beliau kerugian kira-kira RM5,000 yang diletakkan di dalam "dashboard" keretanya yang merupakan duit hantaran wang perkahwinan yang dijadualkan 10 November ini. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan