Isnin, 29 Oktober 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kastam rampas rokok seludup, tiruan RM31.5 juta

Posted:

Kastam rampas rokok seludup, tiruan RM31.5 juta

29/10/2012 7:26pm

KUALA LUMPUR - Malaysia merupakan negara ketiga di kalangan Asean yang mengenakan cukai tinggi terhadap penjualan rokok sekali gus menjadikannya sasaran pengeluar rokok seludup murah, dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mencatat nilai rampasan bahan itu RM31.5 juta pada tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Matrang Suhaili berkata, jumlah itu hasil rampasan lebih 400 juta batang pelbagai jenis rokok seludup sejak awal tahun ini dengan nilai cukai RM193.34 juta.

Kecuali Singapura dan Brunei, beliau berkata, rokok itu secara purata dijual pada harga RM10 sekotak di negara ini namun lebih murah di negara Asean lain iaitu RM1.02 sekotak di Kemboja, Filipina (RM2.30), Indonesia (RM3.67), Vietnam (RM2.75) dan Thailand (RM4.62).

Selain faktor harga tinggi, Matrang berkata, rokok itu berleluasa di negara ini kerana mudah diseludup melalui pesisir pantai dan dijual di kedai runcit, warung serta pasar mini.— BERNAMA

Wanita dipercayai sakit jiwa ditemui lemas

Posted:

Wanita dipercayai sakit jiwa ditemui lemas

29/10/2012 5:50pm

ALOR SETAR — Mayat seorang wanita ditemui terapung di Sungai Kedah di sini setelah dipercayai terjatuh ke sungai itu kira-kira pukul 11.45 pagi ini.

Wanita berusia 54 tahun itu yang dipercayai mengalami sakit jiwa, ditemui lemas oleh orang awam di sungai tersebut tengah hari ini yang kemudiannya menghubungi pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd. Jan berkata, mangsa yang sudah berkahwin dan tidak mempunyai anak itu tinggal di Taman Laguna Mas, Jalan Alor Mengkudu dekat sini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

"Bapa si mati juga telah datang membuat pengecaman mayat tersebut," katanya.— BERNAMA

Aktiviti perjudian: Polis Pahang tahan 105 individu

Posted:

Aktiviti perjudian: Polis Pahang tahan 105 individu

29/10/2012 4:55pm

KUANTAN — Polis merampas 275 set komputer bernilai RM550,000 dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian di pusat kafe siber dalam Ops Dadu selama empat hari bermula Khamis lepas di daerah Kuantan, Temerloh dan Bera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC T. Narenasagaran berkata, dalam operasi itu, polis turut menahan 105 individu yang terdiri pemilik premis, pengendali perjudian dan pelanggan dan merampas wang tunai berjumlah RM3,743.

Di Kuantan, serbuan dilakukan ke atas 14 kafe siber, lima di Bera dan dua di Temerloh, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, ada antara premis itu pernah diserbu pihak berkuasa sebelum ini.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved