Isnin, 1 Oktober 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Nirmala Bonat: Hukuman penjara suri rumah kekal

Posted:

Nirmala Bonat: Hukuman penjara suri rumah kekal

01/10/2012 7:51pm

PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 12 tahun terhadap suri rumah Yim Pek Ha, yang didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan pembantu rumah Indonesianya, Nirmala Bonat, lapan tahun lepas.

Keputusan sebulat suara itu dicapai panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Clement Allan Skinner, yang berpendapat tidak ada sebab untuk mahkamah tersebut mengganggu dapatan Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, Hakim Skinner berkata, Mahkamah Rayuan mengambil kira fakta perayu sudah menjalani hukuman penjara dua bulan ketika ditahan reman pada 2008.

Oleh itu, Pek Ha hanya perlu menjalani tempoh hukuman penjara selama 11 tahun 10 bulan.

Sejurus selepas keputusan, Pek Ha, 44, kelihatan menangis dan memeluk suami, anggita keluarga serta rakan yang berada di galeri awam.

Dia akan menjalani hukuman di Penjara Kajang mulai hari ini.— BERNAMA

Mayat terbakar ditemui di kawasan semak

Posted:

Mayat terbakar ditemui di kawasan semak

01/10/2012 7:32pm

KUALA LUMPUR — Mayat seorang lelaki dengan kesan terbakar 60 peratus dijumpai di kawasan semak berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Puchong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, mayat itu ditemui seorang lelaki yang terhidu bau busuk ketika melalui kawasan berkenaan kira-kira pukul 6 petang.

"Dia menjejaki bau itu sebelum menemui mayat seorang lelaki yang hampir reput selain kesan pembakaran di kelilingnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Cheras di sini, hari ini.

Mohan Singh berkata, polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain dan mayatnya dicampak di kawasan semak tersebut. Tiada senjata, kesan pergelutan atau kesan darah ditemui di lokasi itu.

Menurutnya, polis bagaimanapun menemui guni plastik yang dipercayai digunakan untuk mengangkat mayat mangsa sebelum dibakar. — BERNAMA

Penipuan Internet akibatkan kerugian lebih RM420,000

Posted:

Penipuan Internet akibatkan kerugian lebih RM420,000

01/10/2012 7:27pm

KUANTAN — Penipuan Internet di Pahang bagi tempoh Januari hingga September lalu melibatkan kerugian RM421,248.80, kata Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pahang, DSP Muhammad Rizal Kamarudin.

Beliau berkata, jumlah berkenaan membabitkan 110 kes yang dilaporkan oleh mangsa.

Katanya, tiga jenis kes paling banyak mendapat aduan adalah penipuan pembelian barangan melalui laman web internet dan 'Macau Scam'.

"Kes penipuan gores dan menang menduduki carta ketiga paling banyak dilaporkan di negeri ini dengan semua mangsa terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat usia," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, bagi kes penipuan pembelian barang melalui laman web di internet, pihaknya menerima 88 aduan daripada mangsa membabitkan kerugian sebanyak RM110, 658.30 sepanjang tempoh berkenaan.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved