Isnin, 1 Oktober 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Lelaki curah racun dalam loji, 3,000 terputus bekalan air

Posted:

Lelaki curah racun dalam loji, 3,000 terputus bekalan air

LOJI rawatan air di Simunjan, Sarawak terpaksa ditutup untuk sementara waktu bagi memastikan air yang disalurkan kepada pengguna bebas daripada dicemari racun rumpai.


SIMUNJAN – Lebih 3,000 penduduk di empat buah kampung, sebuah taman perumahan serta pekan Simunjan disini terputus bekalan air akibat tindakan seorang lelaki berusia 30-an yang bertindak mencurah racun rumpai ke dalam air di loji rawatan air Jabatan Kerja Raya (JKR) Simunjan semalam.

Pekan Simunjan terletak kira-kira 120 kilometer di tenggara Kuching.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, seorang lelaki bertindak di luar batasan dengan mencurahkan kira-kira lima liter racun rumpai ke dalam saluran paip utama di loji tersebut di Jalan Nanas, Sekendu di sini.

Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Simunjan, Mohd. Zaini Morshidi berkata, lelaki yang berasal dari Kampung Sageng itu dipercayai melakukan perbuatan khianat itu selepas tidak tahan menghadapi krisis air yang melanda kampungnya sejak Jun lalu.

"Ketika kejadian, kebetulan beberapa penduduk kampung melalui kawasan tersebut dan ternampak tindak-tanduk lelaki itu yang mencurigakan.

"Akibat disergah oleh penduduk kampung, lelaki tersebut kemudian melarikan diri dan berjaya mengelak daripada ditangkap penduduk," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

JAIP jalin kerjasama dengan Yala

Posted:

JAIP jalin kerjasama dengan Yala

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@k osmo.com.my

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) perlu menjalin kerjasama dengan Majlis Agama Islam Yala dalam usaha untuk mengekang masyarakat Islam dari negara ini daripada berterusan mengunjungi Betong iaitu sebuah pekan di selatan Thailand untuk tujuan maksiat.

Penasihat Agama Islam kepada Menteri Besar Perak, Datuk Kapten (B) Mohd. Najmuddin Elias berkata, melalui kerjasama itu, kedua-dua pihak berkuasa agama terbabit boleh memantau dan bertindak terhadap individu yang didapati melakukan maksiat di pekan tersebut.

"Bagi jangka masa panjang, usaha merealisasikan kerjasama ini amat penting untuk mengekang gejala maksiat rakyat Malaysia yang beragama Islam daripada melanggan pelacur di Betong.

"Kita akan jalin kerjasama dengan Majlis Agama Islam Yala," katanya ketika mengulas usaha untuk menyekat tindakan segelintir rakyat Malaysia yang beragama Islam mengunjungi Betong untuk melakukan maksiat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pelajar IPT tidak dapat BR1M

Posted:

Pelajar IPT tidak dapat BR1M

Oleh FAHAMI AHMAD
fahami.ahmad@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.

Mereka bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua.

Pemberian baucar buku itu bakal memberi manfaat kepada seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara.

Dalam satu kenyataan semalam, kementerian tersebut memberitahu, program Baucar Buku 1Malaysia yang dulunya bernilai RM200 adalah kesinambungan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos membeli buku kepada para pelajar dan ia melibatkan peruntukan sebanyak RM325 juta.

Penjelasan itu dibuat susulan beberapa laporan akhbar semalam berhubung pemberian BR1M 2.0 yang menyebut bahawa golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas layak menerima bantuan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2013 pada Jumaat lepas memaklumkan bahawa di bawah projek BR1M 2.0 hanya isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM500.

Bantuan kali ini turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan dan mereka layak menerima bantuan sebanyak RM250.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai dalam satu majlis di sini mengesahkan pelajar IPT tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku bernilai RM250.

"Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-dua insentif berkenaan. Mereka dapat satu sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian Sidang Kemuncak Insurans Malaysia 2012 di sini semalam.

Mengulas lanjut, Siang Chai berkata, borang permohonan BR1M 2.0 dijangka diedarkan dalam bulan ini kepada kumpulan sasarannya.

"Pengumuman berhubung pengedaran borang BR1M 2.0 akan dimaklumkan dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi," katanya.

Tambah beliau, angka penerima bantuan berkenaan kali ini dijangka meningkat lebih tinggi berbanding 4.3 juta orang sebelum ini yang menyaksikan 2.7 juta yang bujang turut mendapat manfaat.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved