Isnin, 1 Oktober 2012

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Calon SPM DUN Panti sertai program UTHM

Posted:

Calon SPM DUN Panti sertai program UTHM

SEKUMPULAN 220 pelajar SPM dari DUN Panti yang menjalani Program Selangkah Pelajar SPM ke Menara Gading di UTHM, Batu Pahat baru-baru ini.


PROGRAM. Seramai 220 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Panti menyertai Program Selangkah Pelajar SPM ke Menara Gading di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

Program dua hari melibatkan 83 pelajar lelaki dan 137 pelajar perempuan anjuran Biro Pelajaran Jawatankuasa Penyelaras Mukim-Mukim (JPMM) DUN Panti itu diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan UTHM.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk motivasi bagi menanam minat para pelajar terhadap mata pelajaran serta pendedahan dan teknik menjawab soalan.

Perasmian disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri Panti, Datuk Baderi Dasuki.

Pengerusi Biro Pelajaran JPMM DUN Panti, Md. Aris Omar berkata, program tersebut bertujuan merangsang pelajar agar mempunyai hala tuju selepas menamatkan persekolahan.

Katanya, melalui pengalaman di kampus, para pelajar diberi motivasi dan didedahkan tentang cara hidup di menara gading.

Peserta Eks Angsa berbakti di PDK Paya Keladi

Posted:

Peserta Eks Angsa berbakti di PDK Paya Keladi

Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali (depan sekali) bersama pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia serta peserta Eks Angsa semasa majlis penutup eksasais berkenaan di Butterworth baru-baru ini.


PRIHATIN. Seramai 100 anggota tentera yang terlibat dalam Eksesais Angkasa Samudera 7/2012 (Eks Angsa) mengadakan Projek Jiwa Murni selama tiga hari di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Paya Keladi, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Selain mengecat dan memasang pagar baharu di pusat itu, mereka turut mengindahkan lanskap PDK yang kini dijadikan tempat belajar 38 golongan Orang Kelainan Upaya dari Parlimen Kepala Batas.

Pada program itu juga, Pengarah Eks Angsa, Lt. Jen. Datuk Seri Ackbal Abdul Samad menyampaikan set sistem penapis air untuk kegunaan PDK berkenaan.

Pengerusi PDK Paya Keladi, Mohd. Salleh Abdul Rahman berkata, jasa murni anggota tentera di pusat itu sangat dihargai dan sekali gus mengeratkan hubungan baik antara kedua-dua pihak.

60 sertai Kembara Berbasikal dan Bermotor Hari Malaysia

Posted:

60 sertai Kembara Berbasikal dan Bermotor Hari Malaysia

YUSSOF (enam dari kanan, barisan tengah) bersama peserta program Kembara Berbasikal dan Bermotor anjuran UMS-KAL baru-baru ini.


KEMBAR. Seramai 60 peserta menyertai program Kembara Berbasikal dan Bermotor bagi menyemarakkan sambutan Hari Malaysia ke-49 di Labuan, Sabah baru-baru ini.

Program anjuran Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) itu melibatkan 25 pelajar UMS-KAL yang mengayuh basikal, 15 peserta motosikal kuasa besar dan selebihnya penunggang motosikal kapcai.

Setiap peserta mengelilingi Pulau Labuan sejauh 20 kilometer selain mengedarkan Jalur Gemilang dan risalah Hari Malaysia.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal berkata, program itu mampu meningkatkan rasa cinta terhadap negara termasuk menghormati lambang negara seperti Jalur Gemilang terutama dalam kalangan generasi muda di negara ini.

Majlis pelepasan peserta dilakukan bersama oleh Yussof dan Datuk Yunus Kurus. Majlis yang sama turut dihadiri oleh Pengarah UMS-KAL, Prof Madya Dr. Ismail Ali.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved