Kosmo Online - Varia |
Posted: Cita rasa kopi premium McCafeMCCAFE menawarkan kopi premium bagi memenuhi cita rasa masyarakat tempatan. BUDAYA minum kopi yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat di negara ini mendorong McDonald's Malaysia memperkenalkan McCafe. Konsep McCafe diilhamkan di Melbourne, Australia dengan McDonald's membuka kafe pertamanya di dalam restoran sedia ada pada tahun 1993. Pada tahun 2006, McDonald's Malaysia berjaya memperkenalkan kopi panggang premium dalam menunya. Kopi premium ini diadun segar dengan gabungan McCafe. Tahun ini, syarikat berkenaan buat julung-julung kalinya memperkenalkan McCafe di Restoran McDonald's di Kota Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini. "Pembukaan McCafe selari dengan permintaan kopi berkualiti tinggi yang semakin meningkat pada harga berpatutan dalam suasana persekitaran yang selesa. Justeru, McCafe menyediakan pengalaman menikmati kopi dan nilai lebih hebat tanpa berkompromi baik dari segi kualiti, kesegaran dan kemudahan. Selera rakyat Malaysia "Konsep McCafe beroperasi dalam restoran sedia ada, ia membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menikmati kopi premium," kata Sarah Casanova, Pengarah Urusan McDonald's Malaysia dan Pengurus Serantau McDonald's Malaysia & Singapura. Menurutnya, McCafe menyasarkan untuk memenuhi selera rakyat Malaysia dengan rangkaian kopi premium yang terdiri daripada kapucino ke latte dan mocha ais ke frappes. Jelasnya, perbezaan kopi di rangkaian restoran berkenaan ialah minuman tersebut diperbuat daripada biji kopi Arabica berkualiti tinggi. "Setiap kopi espreso McCafe diperbuat daripada 100 peratus biji kopi premium Arabica yang ditanam di sekitar bukit-bukau Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Biji kopi itu kemudiannya dipanggang sederhana sehingga sempurna, sebelum dikisar untuk mengekalkan rasa asli, kualiti yang konsisten dan segar. "Diadun oleh barista profesional, campuran espreso McCafe menghasilkan espreso yang halus, harum, pekat dan mewah," katanya ketika ditemui. Barista merupakan panggilan kepada pembuat kopi khusus seperti espreso. Ia berasal daripada bahasa Itali.
Turut ditawarkan di McCafe termasuk macchiato, coklat panas, hidangan pencuci mulut seperti pastri, kek dan mufin. Harga yang ditawarkan bermula daripada RM4.50 untuk secawan kapucino atau latte manakala segelas frappe (RM6.20). Kesemua minuman dan pencuci mulut itu boleh dinikmati setiap hari mulai 7 pagi hingga 12 tengah malam. Sarah berkata, bagi membuka McCafe pertama itu, syarikat tersebut membelanjakan sebanyak RM450,000. Konsep berkenaan akan diperluaskan kepada 10 lagi cawangan dalam tempoh beberapa bulan tahun ini dan 50 cawangan tahun depan. "Ketika ini, McCafe hanya dibuka dalam tempoh tertentu dan tidak ditawarkan untuk pembelian di kaunter pandu lalu atau khidmat penghantaran. Kami yakin McCafe bakal mendapat sambutan ekoran budaya kopi yang semakin meluas di negara ini," katanya yang mampu menjual antara 350 hingga 400 cawan kopi di cawangan berkenaan selepas dua minggu dibuka. – NASRI JAMALUDIN |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan