Selasa, 25 September 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Wanita cedera parah ”disembelih” perompak

Posted:

Wanita cedera parah "disembelih" perompak

25/09/2012 9:19pm

YAN – Seorang wanita cedera parah akibat dikelar di leher oleh lelaki yang disyaki cuba merompak mangsa di rumahnya di kampung Teroi, di sini hari ini.

Selain kecederaan sepanjang lapan sentimeter di leher, Jamaliah Ali, 55, yang ketika itu berseorangan di rumah, turut mengalami kecederaan di kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Ismail Abu berkata, Jamaliah adalah ibu tunggal dan tinggal di rumah itu bersama adiknya.

"Ketika kejadian pada pukul 7.10 pagi itu, adiknya keluar menghantar anak-anak saudaranya ke sekolah. Terdapat kesan geledah dalam rumah itu dan mangsa dipercayai dicederakan ketika berada di ruang tamu tingkat bawah.

"Mangsa yang berlumuran darah pergi ke rumah jiran untuk meminta bantuan dan dihantar ke Hospital Yan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (Sungai Petani) kerana kecederaan yang parah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada barang berharga yang hilang dan polis percaya suspek melarikan diri selepas mencederakan mangsa dengan senjata tajam. – BERNAMA

Ahli perniagaan kerugian RM50,000 disamun

Posted:

Ahli perniagaan kerugian RM50,000 disamun

25/09/2012 9:11pm

BUTTERWORTH – Seorang ahli perniagaan kerugian lebih RM50,000 selepas disamun sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang berhampiran plaza tol Jalan Siram di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata, kejadian samun oleh lapan lelaki itu berlaku pada pukul 3.45 petang.

Katanya, ketika kejadian, mangsa (lelaki) bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengeluarkan wang dari sebuah bank di Seberang Jaya, di sini.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 46 tahun dan memandu kereta jenis Mercedes Benz berhenti di tepi jalan selepas plaza tol berkenaan kerana mendapati sesuatu tidak kena pada tayar keretanya.

"Mangsa keluar dari keretanya dan mendapati satu daripada tayar kenderaannya pancit dan cuba menukarnya dengan bantuan rakan-rakannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, secara tiba-tiba mangsa didatangi lapan lelaki yang menaiki dua buah kenderaan yang kemudiannya mengarahkan mangsa menyerahkan wang jika tidak mahu dicederakan.

Katanya, mangsa menyerahkan wang berkenaan kepada lapan lelaki bersenjatakan parang yang dipercayai berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun kerana bimbang dicederakan. – BERNAMA

2 sahabat lemas ketika mandi bersama 7 rakan

Posted:

2 sahabat lemas ketika mandi bersama 7 rakan

25/09/2012 9:03pm

KUALA LUMPUR – Kegembiraan sembilan sahabat semasa mandi-manda di sungai tidak berpanjangan apabila dua daripadanya mati lemas di Sungai Kedongdong, Ulu Yam Baru, Selangor hari ini.

Mangsa, Aliff Anwar Amiruddin, 20, dan Muhammad Syawal Kamarulzaman, 18, masing-masing dari Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor dan Brickfields di sini ditemui lemas oleh pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Kuala Kubu Baharu dan Balai Rawang yang melancarkan gerakan mencari dan menyelamat.

Tujuh rakannya yang terselamat gagal menyelamatkan mangsa, yang dikatakan tenggelam, ketika asyik mandi kira-kira 11.30 pagi.

Rakan mangsa Khairul Anwar Md Asri, 16, berkata, kejadian terlalu pantas dan dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Beliau berkata, ketika kejadian mereka mereka cuba mencari kawasan cetek kerana Muhammad Syawal tidak tahu berenang, tetapi mangsa dikatakan terus turun ke sungai.

"Saya nampak Aliff cuba selamatkan Muhammad Syawal tapi dengan dia sekali lemas dan rakan lain cuba menyelamatkan mereka dengan menghulurkan sebatang kayu namun dalam seketika saja mereka sempat berpaut sebelum tenggelam semula," katanya ketika dihubungi.

Mangsa dan rakannya merupakan pekerja di sebuah pasar raya dan kesemua mereka tinggal di Pantai Dalam di sini. – BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved