Kosmo Online - Negara |
Posted: Korban tragedi Gunung TabaiOleh MULLER ASEN
KUCHING – Keghairahan seorang peniaga yang ingin meraih pendapatan lumayan dengan melombong emas secara haram di kaki Gunung Tabai, Bau dekat sini, bertukar tragedi apabila mangsa maut dihempap dua bongkah batu sebesar kereta Perodua Kancil awal pagi semalam. Mangsa Lee Sze Chun, 37, dikatakan pergi melombong emas di kawasan tersebut kerana mahu memperoleh wang segera bagi memenuhi impiannya memiliki sebuah premis perniagaan sendiri. Bagaimanapun, Sze Chun yang menjalankan perniagaan mi kolok meninggal dunia dalam keadaan mengerikan dengan perutnya terburai akibat hentaman kuat ketulan batu yang tiba-tiba menggelongsor lalu menghempapnya di dalam terowong sedalam kira-kira 12 meter dalam kejadian pada pukul 3 pagi. Pak cik mangsa, Chin Jun Chong, 47, berkata, mangsa pernah menyuarakan impiannya untuk memiliki kedai mi kolok sendiri bagi mengembangkan perniagaan bersama isterinya, namun mereka kekurangan modal. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Kerjaya Shila ke peringkat Asia Posted: Kerjaya Shila ke peringkat AsiaOleh HARYATI KARIM
SEPANG – Juara pertandingan Asian Wave 2012, Shila Amzah bakal menandatangani kontrak dana pembangunan untuk mengembangkan kerjayanya di peringkat Asia bernilai RM5 juta tidak lama lagi. Dana tersebut akan dikongsi bersama pemenang tempat kedua pertandingan tersebut iaitu Chang Shilei dan ketiga, Huo Jun yang kedua-duanya artis dari China. Menurut Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 22, yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, jumlah sebenar habuan itu belum dapat dipastikan kerana pihaknya masih meneliti kontrak yang disediakan oleh Shanghai Media Group, sebuah syarikat media terbesar di China. "Setakat ini belum tahu jumlah sebenarnya kerana hadiahnya bukan berupa wang ringgit sebaliknya dana pembangunan kerjaya sebagai persediaan melahirkan bintang Asia yang seterusnya. "Apa yang diberitahu, jumlah RM5 juta itu akan dikongsi bersama pemenang tempat kedua dan ketiga. Pihak saya akan meneliti kontrak selama seminggu, kemudian kami akan terbang ke Shanghai semula untuk majlis menandatangani kontrak," ujarnya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Badan peguam jadi rakan penting Posted: Badan peguam jadi rakan penting![]() NAJIB (dua dari kiri) melawat tapak pameran sempena Persidangan Antarabangsa KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Badan Peguam Malaysia tetap menjadi rakan penting dalam kedaulatan undang-undang dan pentadbiran keadilan negara walaupun kerajaan tidak semestinya sentiasa bersetuju dengan pandangan dan beberapa aktiviti yang dijalankan badan itu. Beliau berkata, walaupun sesekali ada perbalahan atau pertelingkahan dalam politik dan profesion undang-undang, kerajaan masih mendengar apa yang diperkatakan badan itu dan memberi perhatian kepada perkara yang mereka lakukan. "Kita mungkin ada kalanya membuat lawak mengenai peguam tapi mereka bagaimanapun mempunyai peranan yang unik dan penting di negara ini," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan