Jumaat, 21 September 2012

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Jamuan hari raya SK Putrajaya Presint 16 (1) meriah

Posted:

Jamuan hari raya SK Putrajaya Presint 16 (1) meriah

SEBAHAGIAN daripada murid ceria ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri di SK Putrajaya Presint 16 (1) di Putrajaya baru-baru ini.


GEMBIRA. Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 16 (1) mengadakan jamuan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di dataran sekolah itu baru-baru ini.

Pelbagai jenis makanan seperti rendang, nasi himpit, sate dan kuih-muih disajikan pada majlis tersebut.

Program tahunan itu turut diserikan dengan persembahan tarian tradisional oleh murid-murid.

Selain meraikan Aidilfitri, majlis seperti ini dapat mengukuhkan hubungan silaturahim dan persaudaraan dalam kalangan murid dan guru.

Bina logo 1Malaysia guna penutup botol

Posted:

Bina logo 1Malaysia guna penutup botol

SEBAHAGIAN daripada warga SK Permatang bergambar bersama logo 1Malaysia yang dihasilkan daripada penutup botol minuman sempena sambutan Hari Malaysia di Pulau Pinang baru-baru ini.


KREATIF. Guru dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Kandu di Permatang Pauh melakar sejarah tersendiri baru-baru ini apabila berjaya menyiapkan kolaj logo 1Malaysia yang dihasilkan daripada 20,675 penutup botol minuman.

Guru Besar sekolah tersebut, Mohd. Shukri Abd. Rahman berkata, pihaknya mengambil masa selama 13 hari untuk menyiapkan logo 1Malaysia yang berukuran 5.09 meter lebar dan 7.83 meter panjang itu.

"Proses pengumpulan penutup botol minuman dilakukan selama sebulan iaitu sepanjang Ogos lalu dengan kerjasama daripada pihak guru, ibu bapa dan murid-murid, manakala kerja-kerja menyiapkan logo melibatkan 480 murid serta guru," katanya.

Mohd. Shukri berkata, aktiviti itu juga selari dengan projek Sifar Buangan dan projek kitar semula yang dilancarkan pada 28 Februari lalu.

200 hadir majlis Aidilfitri Palapes

Posted:

200 hadir majlis Aidilfitri Palapes

WARGA Palapes bergambar kenangan pada majlis sambutan Aidilfitri di USM, Pulau Pinang baru-baru ini.


MERIAH. Kehadiran kira-kira 200 pegawai, jurulatih dan pegawai kadet memeriahkan Majlis Aidilfitri Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang baru-baru.

Majlis diceriakan lagi dengan kehadiran Komandan yang juga Naib Canselor USM, Prof. Datuk Omar Osman dan isteri, Datin Noraizan Jamaludin yang turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Ketua Jurulatih Palapes Darat USM, Mejar Mustafa Ibrahim berkata, majlis tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin antara para pegawai dan kadet Palapes Darat, Laut dan juga Udara USM.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved