Jumaat, 21 September 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


TKI perlu lulus ujian bertulis dan ujian psikologi

Posted:

TKI perlu lulus ujian bertulis dan ujian psikologi

21/09/2012 7:32pm

JAKARTA – Indonesia akan mengetatkan lagi peraturan berhubung penghantaran tenaga kerja Indonesia (TKI) ke luar negeri dengan memperkenalkan ujian bertulis dan ujian psikologi tidak lama lagi.

Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Jumhur Hidayat berkata, kerajaan Indonesia dalam masa terdekat akan mengeluarkan peraturan ujian bertulis dan ujian psikologi kepada calon tenaga kerja yang berkenaan.

"Kalau tidak lulus tidak boleh pergi. Dengan cara ini kes-kes pelanggaran peraturan yang berlaku sekarang boleh dikurangkan dengan banyak.

"Calon tenaga kerja kita pilih dengan ketat termasuk oleh pegawai Jabatan Tenaga Kerja peringkat daerah dan perbandaran, melalui Sistem Komputerisasi Tenaga Kerja Luar Negeri atau Sisko-TKLN," katanya dalam siaran di laman web BNP2TKI.

Jumhur berkata, di bawah peraturan baru itu nanti, hanya mereka yang lulus ujian bertulis dan ujian psikologi yang akan diberi Kad Tenaga Kerja Luar Negeri (KTKLN). – BERNAMA

Pusat jantung kanak-kanak IJN siap 3 tahun lagi

Posted:

Pusat jantung kanak-kanak IJN siap 3 tahun lagi

21/09/2012 7:18pm

KUALA LUMPUR – Pusat Jantung Kanak-Kanak dan Kongenital (PCHC), Institut Jantung Negara (IJN) yang sedang dibina dijangka siap sepenuhnya menjelang 2015, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr Mohd Azhari Yakub.

Beliau berkata, pusat itu, yang dibina bersebelahan bangunan IJN, bakal menjadi salah satu pusat pediatrik terbesar di Asia, selain daripada di China dan India.

Pusat itu sekali gus akan menjadi nadi utama kepada IJN untuk muncul sebagai sebuah pusat kecemerlangan global dalam bidang kardiovaskular dan torasik, katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pusat itu oleh isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di sini hari ini.

Dr Mohd Azhari berkata, buat masa ini, pusat itu beroperasi sementara di wad kanak-kanak IJN yang dinaik taraf dengan meningkatkan bilangan katil daripada 30 kepada 52 dan menambah jumlah bilik rundingan dari enam ke 10 selain makmal "non-invasif" untuk prosedur diagnostik.

"Selain itu tiga dewan bedah khusus turut diubah suai serta dinaik taraf dan dijangka beroperasi pada Disember ini," katanya. – BERNAMA

Bertindak ke atas syarikat skim pelaburan emas

Posted:

Bertindak ke atas syarikat skim pelaburan emas

21/09/2012 6:43pm

KUALA LUMPUR – Sejumlah 37 syarikat skim pelaburan emas didapati tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pengarah Sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr Izham Nayan semasa membuat gesaan itu mendakwa sindiket pelaburan emas hendaklah dipantau lebih rapi serta diambil tindakan segera agar tidak lagi mengambil wang pelaburan secara haram.

"Demi memastikan pengguna tidak menjadi mangsa kerakusan sindiket penipuan ini, PPIM menggesa BNM mengambil tindakan segera ke atas syarikat pelaburan emas yang tidak berlesen ini.

"Kami berharap sindiket penipuan ini dapat dibendung dan wang pelaburan para pendeposit dapat diselamatkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Kerja PPIM, Mohd Mustaffa Hamzah berkata, perkara ini boleh mencetuskan pelbagai masalah ekonomi dan sosial yang teruk kepada orang ramai jika tidak dipantau dengan rapi.

"Pihak BNM perlu mengambil tindakan segera kerana ia bukan sahaja akan menyebabkan pelabur kerugian besar bahkan masalah kepada sistem ekonomi dan sosial negara," katanya. – BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved