Selasa, 28 Ogos 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Rugi RM30,000 ditipu lelaki menyamar petugas media

Posted:

Memantau kediaman sepanjang 24 jam

LAPORAN berita mengenai kediaman yang dimasuki perompak sudah acapkali didedahkan melalui saluran media cetak dan elektronik. Pada 12 April lalu, sebuah keluarga di Muar, Johor mengalami kerugian hampir RM60,000 apabila rumah mereka dipecah masuk. Lagi...

Kes saman RM1.3b Measat didengar secara timbang tara

Posted:

Kes saman RM1.3b Measat didengar secara timbang tara

28/08/2012 6:54pm

PUTRAJAYA — Kes saman RM1.3 bilion pembekal peralatan sokongan AV Asia Sdn. Bhd. terhadap syarikat perkhidmatan komunikasi satelit Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., akan didengar secara timbang tara.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif membuat keputusan itu selepas menolak permohonan AV Asia untuk kebenaran merayu perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan kes tersebut didengar secara timbang tara.

Bagaimanapun, panel itu membenarkan syarikat tersebut merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan AV Asia untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Measat menggunakan maklumat sulitnya bagi melancarkan produk Berdefinisi Tinggi (HD) Astro B.yond.

Panel itu, yang turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hashim Yusoff, Datuk Zainun Ali dan Datuk Sulong Matjeraie, memberi kebenaran untuk AV Asia merayu berhubung tiga isu undang-undang yang perlu diputuskan mahkamah berkenaan.

AV Asia menyaman Measat kerana mendakwa anak syarikat Astro itu telah mendedahkan maklumat sulit berhubung produk tersebut kepada Tele System Electronic (M) Sdn. Bhd., yang juga defendan kedua.

Pada 27 Okt 2010, AV Asia mengemukakan permohonan untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Measat menggunakan maklumat sulitnya.

Pada 10 Dis 2010, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Measat untuk menangguhkan prosiding berkaitan saman itu dan memerintahkan perkara itu dibawa ke timbang tara.

Mahkamah Tinggi juga menolak permohonan AV Asia untuk perintah injunksi pada 27 Mei 2011.

Mahkamah Rayuan turut menolak rayuan AV Asia terhadap kedua-dua keputusan Mahkamah Tinggi itu.

AV Asia diwakili peguam Malik Imtiaz Sarwar dan R.S. Sodhi manakala Measat oleh Tan Sri Cecil Abraham. — BERNAMA

Unit khas pois siasat kes bunuh peniaga di Marang

Posted:

Unit khas pois siasat kes bunuh peniaga di Marang

28/08/2012 6:51pm

KUALA TERENGGANU — Polis Terengganu menubuhkan satu unit khas bagi menyiasat kes seorang peniaga ditembak mati di Kampung Bukit Cempedak, Marang, Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP, K. Manoharan berkata, pasukan itu akan diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supt. Mohd. Zani Che Din.

"Kes seumpama ini pertama kali berlaku di negeri ini. Kami telah mengambil keterangan daripada ahli keluarga, penduduk kampung serta individu yang berada dalam kedai itu bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 malam itu, Mat Keya Jusoh, 54, ditembak ketika sedang bermain dam dengan seorang rakan yang berusia 51 tahun di depan rumah kedai miliknya.

Seorang dari tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva melepaskan dua das tembakan dari dalam kereta dalam jarak kira-kira lima meter daripada mangsa.

Manoharan berkata, hasil bedah siasat mendapati satu daripada tembakan itu mengenai badan mangsa dan polis percaya pistol yang digunakan adalah daripada jenis automatik.

Menurut beliau, gerakan memburu ketiga-tiga lelaki yang berumur lingkungan 25 hingga 30 tahun itu sedang giat dilakukan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved