Selasa, 28 Ogos 2012

Kosmo Online - Stailo


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Hebat bersukan, kacak bergaya

Posted:

Hebat bersukan, kacak bergaya

Susunan ALIF ABU BAKAR

SELEPAS kehilangan bapa tercinta pada Mei tahun lalu, penerjun muda Britain, Tom Daley bingkas mengubah diri menjadi lebih matang. Dalam usia 18 tahun, Daley terpaksa memikul dua tanggungjawab utama, menjaga keluarga dan menggalas harapan negara.

Menyifatkan ayahnya yang meninggal dunia akibat kanser otak sebagai sahabat baiknya, pemenang dua pingat emas pada Sukan Komanwel 2010 di India itu menjadikan segenap memori bersama ayahnya satu inspirasi untuk berjaya.

"Saya senang diajak berbicara soal ayah kerana setiap kali saya mengingatinya, ia mengembalikan kenangan manis. Tidak dinafikan pemergiannya amat mendukacitakan kami sekeluarga. Tanpa kerja keras ayah, saya tidak akan mencapai kejayaan hari ini," kongsi Daley yang mengukir kejayaan pada Olimpik lalu dengan pingat gangsa bagi acara 10 meter platform.

Berbekalkan wajah comel ibarat ahli boyband fenomena, One Direction, Daley menjadi kegilaan ramai gadis. Paling menawan pada Daley adalah senyumannya yang mempamerkan barisan gigi yang putih dan teratur.


GAYA 'angkuh' Lin Dan dan ketampanan wajahnya dikatakan seiring dengan prestasi persembahannyadi dalam gelanggang.


"Saya tidak merokok dan saya tidak suka minuman beralkohol. Kali pertama saya mencuba champagne adalah pada umur 16 tahun dan saya tidak menggemarinya. Jika ke parti saya hanya memilih jus oren atau kola," dedah Daley yang dikatakan tidak boleh hidup tanpa iPhone.

Pernah menjuarai kejohanan terjun dunia dan Eropah, atlet harapan United Kingdom (UK) pada Olimpik 2012 lalu itu menjadi rebutan label-label fesyen dan jenama kecantikan ternama untuk dijadikan 'wajah pelaris.'

Adidas tanpa ragu-ragu menyambar Daley sebagai duta produk penjagaan badan mereka yang baharu. Keremajaan Daley dan aura tenaganya menjadikan beliau contoh sempurna untuk lelaki aktif lain.

Perlu diketahui, seluar renang (Speedo) yang dipakai Daley pada Olimpik lalu direka khas oleh pereka fesyen prolifik, Stella McCartney. Kenyataan McCartney berhubung kesukaran menghasilkan seluar renang Daley kerana 'ruang' yang kecil untuk berkarya turut mengundang sedikit kontroversi dan kelucuan.

Tuah Daley tidak terhenti di situ sahaja. Selepas tamatnya Olimpik, jejaka itu bakal muncul di kaca televisyen sebagai pengacara untuk rancangan berbentuk dokumentari dan program realiti.

Sumber dari sebuah syarikat penerbitan di UK, Twofour mengesahkan Daley telah menandatangani persetujuan untuk bekerjasama dalam beberapa projek sekali gus menandakan permulaan kepada karier televisyen Daley.

Bukan orang biasa sahaja yang jatuh hati kepada jejaka muda itu malah penyanyi popular UK, Cheryl Cole secara terang menunjukkan 'minatnya' kepada Daley.

Menerusi laman Twitter, Cole memuji aksi Daley dan meminta atlet itu mengajarnya melakukan aksi terjun. Daley yang juga mengagumi Cole membalas tweet tersebut menyatakan persetujuan mengajar dengan syarat Cole menjadi pengikutnya (follower) di Twitter.

Rezeki Lin Dan

Jaguh badminton China, Lin Dan, 28, juga tidak kurang hebat diperkatakan sepanjang Olimpik 2012. Beliau yang dikenali dengan gelaran Super Dan dalam kalangan peminatnya menjadi atlet pertama memenangi pingat emas dua kali berturut-turut dalam acara perseorangan lelaki badminton pada temasya sukan terbesar di dunia itu.

UNIFORM pasukan tuan rumah pada upacara pembukaan dilabelkan sebagai antara pakaian terburuk.


Menewaskan pemain badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei bagi mengekalkan gelaran itu, Lin Dan yang dilihat 'angkuh' setiap kali menumpaskan lawannya sebenarnya seorang individu yang merendah diri.

"Saya sendiri tidak menggemari gelaran Super Dan itu kerana masih ramai atlet China yang berada di peringkat lebih tinggi berbanding saya," jujur pengakuan pemain kidal itu.

Rezeki pemain nombor satu dunia itu juga menyinar dalam dunia rejim penjagaan tubuh dan label pakaian. Baru-baru ini, Lin Dan dilantik sebagai jurucakap produk penjagaan kulit, Gillette. Produk di bawah rangkaian Procter & Gamble (P&G) itu turut menaja Lin Dan dan beberapa atlet pada Olimpik lalu.

Meskipun aktif menjalani latihan dan menyertai pertandingan serata dunia, Lin Dan masih mampu mengekalkan penampilan menariknya sepanjang masa.

Buktinya, setiap kali masuk ke gelanggang, rambutnya ditata kemas dan aksi membuka baju selepas memenangi perlawanan memberi peluang kepada orang ramai menatap abdomen sempurna beliau.


PAKAIAN sukan kontinjen UK untuk Olimpik 2012 direka oleh Stella McCartney dengan kolaborasi Adidas.


"Sebagai ahli sukan, mendapatkan kulit yang sihat tidak sukar. Saya juga banyak menghabiskan masa di dalam rumah namun jika saya keluar ketika cuaca panas, krim pelindung matahari perlu digunakan.

"Musim sejuk juga menuntut saya memakai lebih banyak losen dan pelembap bagi mengelakkan kulit kering. Pelembap yang memberikan kesegaran, mampu membersihkan kulit dan bertindak secara natural menjadi pilihan saya.

"Penampilan bersih dan segak memberikan keyakinan untuk menempuhi hari-hari saya," ujarnya yang menerima dedikasi daripada jenama pakaian sukan Li Ning yang mengeluarkan rangkaian pakaian kasual di bawah nama beliau.

Hi Style konsep K-Pop

Posted:

Hi Style konsep K-Pop

Oleh JULIA ISMAIL


Koleksi pakaian dan aksesori Hi Style mengambil inspirasi daripada gelombang fesyen K-Pop.


KEMASUKAN fesyen Korea ke negara ini menjadi satu fenomena yang menjadi kegilaan anak-anak muda masa kini. Permintaan yang tinggi terhadap pakaian dan aksesori seumpamanya membuatkan banyak butik memilih untuk menawarkan kepelbagaian untuk memenuhi kehendak pengguna muda negara ini.

Namun, bagi penduduk Kota Bharu, Kelantan kesukaran untuk mendapatkan pakaian berfesyen menjadikan pilihan agak terhad.

Menyedari hakikat tersebut, rangkaian butik Hi Style yang memilik 17 cawangan seluruh negara membuat pilihan yang tepat dengan membuka satu cawangan butik di pusat beli-belah utama negeri itu.

Bertempat tingkat satu, KB Mall, butik Hi Style bertepatan dengan permintaan anak muda negeri tersebut yang mahu berfesyen mengikut peredaran terkini.

Menurut Eksekutif Pemasarannya, Wendy Lee Ser Huay, kuasa membeli di negeri itu amat tinggi namun, kekurangan butik yang menawarkan rangkaian pakaian seumpamanya menjadikan pengguna memilih untuk ke Kuala Lumpur atau negeri lain untuk memenuhi membeli-belah.

"Kini pengguna tidak perlu lagi keluar dari Kota Bharu untuk mendapatkan pakaian yang mengikut cita rasa terkini pada harga yang berpatutan. Sasaran pemasaran tertumpu kepada remaja berusia antara 18 tahun hingga 25 tahun.

"Di Kota Bharu tidak banyak butik pakaian yang menawarkan fesyen-fesyen terkini, maka ini adalah peluang kepada golongan muda di Kelantan untuk mendapatkan pakaian yang mereka ingini.


BAJU-T bersama seluar pendek sesuai dipakai sewaktu bersantai bersama teman.


"Produk di butik kami juga dijual pada harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan. Kami menawarkan produk berharga antara RM19 hingga RM119," katanya ketika ditemui Stailo di butik Hi Style yang terletak di KB Mall.

Butik Hi Style menawarkan rangkaian baju, aksesori dan juga kasut lelaki serta wanita berkonsep Pop Korea berasaskan warna-warna terang. Konsep sedemikian bersesuaian buat mereka yang meminati penampilan berani dan funky.

Setakat ini butik Hi Style beroperasi di semua negeri kecuali di Perlis, Terengganu, Pahang dan Sarawak. Justeru, bagi melebarkan sayap dalam industri fesyen tanah air, Hi Style Apparel Sdn. Bhd., menyasarkan untuk membuka 30 cawangan dalam masa dua tahun akan datang.

Busana duta Safi

Posted:

Busana duta Safi

Oleh ALIF ABU BAKAR



KOLABORASI selama lima tahun bersama wajah rasmi produk Safi Rania Gold, Rozita Che Wan menciptakan keserasian luar biasa antara Qudyn dan pelakon wanita jelita itu. Saat namanya dipetik sendiri Rozita bagi mencipta busana kempen Safi Rania Gold, pereka fesyen berusia 32 tahun itu pantas meneroka konsep yang unggul buat jenama itu.

Paduan warna wajib iaitu ungu dan emas mengilhamkan sepasang dres labuh yang elegan dan amat mempesonakan. Busana pertama yang dihasilkan Qudyn bagi menjayakan promosi Safi Rania Gold itu adalah pada Mei tahun lalu.

"Tahun ini merupakan kali kedua saya bekerjasama dengan Rozita untuk Safi. Konsep yang diketengahkan kini tidak banyak beza dengan yang dahulu namun ia lebih terarah pada ambien santai.

"Material sifon dan les bersama pelapik (lining) satin mencipta busana yang kelihatan mewah dan bertepatan dengan Rozita yang intim dengan kecantikan tanpa dibatasi usia," jelas Qudyn yang berguru dengan Datuk Radzuan Radziwill selama lapan tahun sebelum bersedia membentuk jenama sendiri.

Jika sebelum ini beliau tidak perlu mengikuti garis panduan untuk pakaian Rozita ke majlis-majlis anugerah atau acara permaidani merah, berdasarkan kehendak klien (Safi), Qudyn perlu mencipta busana yang tidak memaparkan imej seksi dan condong pada ciri-ciri sopan.

Selepas membentangkan lakaran dan konsep yang dihasilkan, proses pengubahsuaian dijalankan dan hanya dalam jangka masa dua minggu, Qudyn berjaya menyudahkan sepasang busana eksklusif untuk Rozita sebagai duta Safi Rania Gold.

Tambah Qudyn, menghasilkan persalinan buat Rozita tidak sukar memandangkan perkenalan antara mereka telah tercipta lama. Selain itu, kehendak aktres itu juga sudah difahami.

"Rozita mempunyai saiz pinggang yang kecil. Lilit pinggang dia ialah 24 sentimeter (cm) dan ia sama seperti patung-patung yang digunakan di kebanyakan kedai. Jadi jika dia tidak dapat hadir untuk sesi ukuran pun tidak mengapa kerana saiz patung itu sama dengan Rozita," kongsi Qudyn.

Menerapkan potongan kurung moden, mainan perincian yang melata pada bahagian atas busana itu meningkatkan nilai anggun pada Rozita. Flora dan reben ungu yang menghiasi pakaian itu pula memberi impak feminin.

Seperti signatur yang sukar dipisahkan daripada diri Rozita, bahagian bawah dres diperjelaskan menerusi potongan skirt labuh bertingkat. Ia ringkas tanpa sebarang perincian namun pengembangan skirt di hujung yang runcing pada bahagian tengah menambahkan seri si pemakai.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved