Kosmo Online - Negara |
60 peniaga tidak ikut harga raya Posted: 60 peniaga tidak ikut harga raya
BERA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan sebanyak 60 peniaga dan pemborong melakukan kesalahan sepanjang tempoh penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bermula 12 Ogos lepas sehingga tamat semalam. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 58 daripadanya membabitkan peruncit (pekedai) manakala dua lagi merupakan pemborong. "Sepanjang tempoh dua minggu berkenaan, sebanyak 59,985 premis perniagaan telah diperiksa di seluruh negara dan mereka yang melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan sewajarnya," kata beliau. Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Dataran Kerayong Bera di sini semalam. Beliau berkata, antara kesalahan yang dikesan ialah gagal mempamerkan tanda harga merah jambu pada barang kawalan dan tidak mempamerkan sebarang tanda harga dan menjual barang lebih daripada harga yang ditetapkan. Menurutnya, kerjasama dan aduan orang ramai berkaitan pekedai melakukan kesalahan seperti menaikkan harga barang jualan, tanpa tanda harga dan kesalahan lain membantu pihaknya bertindak tegas ke atas peniaga terbabit. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Sedari realiti kemakmuran negara Posted: Sedari realiti kemakmuran negara![]() NAJIB melayan sebahagian daripada 70,000 pengunjung mengambil juadah pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan semalam. PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat supaya tidak membuat 'perubahan' yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka. Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib, sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya. "Kita mestilah berpegang kepada sesuatu yang kita tahu, insya-Allah kita (kerajaan Barisan Nasional) akan membawa kepada keadaan yang lebih baik pada masa akan datang," kata Najib ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar dekat sini semalam. Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah adalah antara lebih 70,000 tetamu yang menghadiri majlis rumah terbuka Perdana Menteri itu. Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan kepimpinan negeri. Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mudah termakan janji manis pembangkang yang ternyata gagal mentadbir empat buah negeri yang dimenangi selepas Pilihan Raya Umum 2008. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Lelaki mati leher dikelarOleh MALINDA MALIK ![]() ANGGOTA polis menjalankan siasatan di rumah Ghadzali yang ditemui mati dibunuh di Balik Pulau, Pulau Pinang semalam. GEORGE TOWN – Seorang lelaki tergamam apabila kedatangan ke rumah sahabat baiknya dikejutkan dengan penemuan mayat rakannya itu yang menjadi mangsa pembunuhan kejam di Kampung Sungai Pinang, Balik Pulau di sini semalam. Mayat Ghadzali Ahamad, 53, ditemui kira-kira pukul 10 pagi semalam dalam keadaan kedua-dua belah tangan terikat serta kesan kelar di leher bersama tompokan darah. Difahamkan, sebelum ditemui, rakan mangsa berasa curiga apabila mangsa tidak keluar selepas dipanggil berkali-kali. Dia datang ke rumah mangsa untuk membawa lelaki itu ke Hospital Balik Pulau bagi mendapatkan rawatan susulan berhubung penyakit asma yang dihidapinya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, rakan mangsa yang menyangka dia masih tidur menunggu hampir 10 minit sebelum dia mendapati pintu dan tingkap tertutup selepas membuat pemeriksaan di sekeliling rumah. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan