Khamis, 8 Disember 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Perebutan kuasa raja dadah

Posted:

Perebutan kuasa raja dadah

Perebutan kuasa raja dadah

TANGAN sekumpulan mangsa bunuh masih berikat dan jasad mereka dilonggokkan di dalam dua buah van dan sebuah trak. Di tepi sebatang jalan dekat mercu tanda terkenal bandar raya Mexico, Milennium Arches di Guadalajara, mayat-mayat dalam kenderaan itu telah ditinggalkan.

Menurut pakar analisis jenayah, kejadian itu menandakan perang besar-besaran antara dua kartel dadah terbesar negara berkenaan iaitu Kartel Sinaloa dan Kartel Zetas. Perebutan kuasa mereka telah mengorbankan seramai 26 mangsa pada akhir bulan lalu.

Kebanyakan mangsa dalam kenderaan tersebut telah mati akibat kekurangan oksigen, walaupun laporan menunjukkan bahawa sebahagian daripada mereka maut ditembak.

Mangsa-mangsa yang dikenal pasti berumur lingkungan 25 hingga 35 tahun itu mempunyai tulisan Milenio Zetas atau Milenium di dada mereka. Itu adalah simbol pembunuhan oleh kumpulan kartel dadah Los Zetas dan kumpulan bersekutunya, Kartel Milenio.

Menurut laporan, sebuah banting turut ditemui di dalam kenderaan berkenaan. Ia mengandungi tandatangan oleh ahli Kartel Zetas. Kartel dadah Mexico kini cenderung meninggalkan mesej berbaur ugutan di atas tubuh mangsa sebagai satu cara menakut-nakutkan seterunya.

Modus operandi pembunuhan yang dipercayai dilakukan sebelum subuh itu hampir sama dengan kes pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan sebelumnya.

Pada September lalu, sebanyak 35 mayat disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan kartel dadah, dibuang di tepi jalan raya di Veracrus.

Kesemua mayat itu ditemui bertimbun di dalam dua lori yang ditinggalkan di bawah jambatan lebuh raya di Boca del Rio, kira-kira 5 kilometer dari pusat bandar.

Mangsa di Veracrus itu kononnya ialah konco-konco Los Zetas manakala pembunuhnya dikaitkan dengan Kartel Sinaloa. Kedua-dua kartel dadah berkenaan sering bersaing untuk meluaskan kuasa dan wilayah mereka di Mexico.


SEKUMPULAN suspek Caballeros Templarios. sebuah kartel dadah baharu di negeri Michoacan yang mempunyai hubungan dengan Kartel Gulf dipamerkan kepada media di Morelia, November lalu.


Profesor di National Autonomous University yang mengkaji isu keselamatan, Raul Benitez, memberitahu, pembunuhan di Guadalajara mungkin disebabkan pembalasan dendam selepas pembunuhan di Veracruz.

Datuk Bandar Guadalajara, Jorge Aristoteles Sandoval pula memberitahu bahawa kebiadaban itu menunjukkan peperangan antara kartel dadah dan jenayah di Mexico kini semakin mengganas dan di luar kawalan.

Keganasan kartel dadah Mexico telah menjadi ketakutan penduduk negara berkenaan sejak berdekad-dekad lamanya. Laporan menyatakan seramai 28,000 orang telah mati ketika kerajaan sekarang berusaha memerangi kartel dadah.

Laporan lain dan media pula menyatakan lebih daripada 40,000 kematian sejak tahun 2006 adalah berpunca daripada keganasan dadah.

Kartel merujuk kepada kumpulan atau gabungan syarikat mahupun negara yang secara kolektif melakukan sesuatu (lazimnya di luar batas undang-undang) untuk mengawal harga pasaran melalui kawalan pengeluaran dan pemasaran.

Di Mexico, kartel yang menyokong industri dadah mempunyai pengaruh yang besar dan menggerunkan dalam masyarakat. Kewujudannya mampu mengawal harga pasaran dadah antarabangsa, ekonomi bawah tanah, jaringan kongsi gelap dan ketenteraman sosial.

Pembunuhan wartawan

Mereka yang membuat laporan jenayah rangkaian sosial September lalu juga disasar sebagai mangsa.

Kematian wartawan Maria Elizabeth Macias, 39, berlaku dua minggu selepas mayat separuh bogel seorang lelaki dan seorang wanita ditemui tergantung di jambatan di sempadan bandar Timur Laut Nuevo Laredo. Mayat mereka ditemui bersama mesej yang mengugut orang ramai agar tidak melaporkan keganasan dadah di Internet.

"Kira-kira sepuluh orang wartawan daripada pelbagai media telah dibunuh tahun ini di Mexico," jelas satu kenyataan.

Kumpulan kebebasan media menyelar pembunuhan Macias, yang mana mayatnya ditemui bersama satu mesej yang memetik laporan yang ditulisnya untuk satu laman web antijenayah iaitu Nuevo Laredo en Vivo.

Mesej berkenaan ditandatangani dengan 'ZZZZ', dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan dadah Los Zetas. Dua mayat sebelum itu yang ditemui pada 13 September turut mempunyai mesej yang ditandatangani dengan 'Z'.

Mike O'Connor, wakil ahli jawatan kuasa perlindungan wartawan (CPJ) di New York berkata, masih tidak jelas sama ada pembunuhan Macias berhubung terus dengan laporannya di Internet.

"Tidak ada lagi penulisan yang boleh dipercayai di Tamaulipas sejak kebelakangan ini. Wartawan memberitahu, sekiranya mereka menulis kebenaran, mereka akan dibunuh," katanya.


MAYAT tanpa kepala moderator sebuah laman web yang mengutuk keganasan kartel dadah.


Selain itu, artikel mengejutkan di muka depan sebuah akhbar negara itu September lalu, yang memberi gambaran menyerah kalah kepada sindiket dadah, mencetuskan perdebatan hangat dari Istana Presiden hingga ke pekan-pekan kecil di seluruh Mexico.

"Apa yang kamu mahu daripada kami?" demikian persoalan yang ditimbulkan oleh akhbar El Diario de Juarez kepada kartel-kartel dadah yang saling berperang untuk menguasai bandar sempadan ke seberang dari El Paso, Texas, yang mengorbankan hampir 5,000 orang termasuk dua wartawan El Diario dalam tempoh tidak sampai dua tahun.

"Sekarang ini kamu adalah pihak berkuasa di bandar ini. Beritahu kami apa yang kamu mahu daripada kami sebagai sebuah akhbar?" Demikian sebahagian lagi petikan artikel tersebut.

Pengarah El Diario, Pedro Torres berkata, mesej itu tidak disampaikan secara langsung kepada kumpulan pengedar dadah tetapi merupakan pesanan terbuka.

Cadangan gila

Ogos tahun lalu, perdebatan hebat tercetus di Mexico dan mendapat tentangan Washington apabila bekas presiden Mexico memberi cadangan agar membenarkan dadah di sisi undang-undang sebagai kaedah untuk memecahkan kuasa ekonomi kartel dadah.

Satu perkara yang paling dipersetujui pakar ialah idea itu tidak mungkin akan berjaya tanpa langkah mengawal jualan dadah di Amerika Syarikat (AS), yang merupakan pengguna utama dadah dari Mexico.

Cadangan Vincente Fox yang ditulis di blognya menyebut: "Kita patut mempertimbangkan untuk membenarkan pengeluaran, pengedaran dan jualan dadah."

Ia dianggap sokongan paling menyeluruh terhadap isu membenarkan dadah di sisi undang-undang di Mexico .

Fox merupakan ahli konservatif, Parti Tindakan Kebangsaan, bersama-sama Presiden sekarang, Felipe Calderon. Minggu lalu, beliau telah memulakan perdebatan berhubung membenarkan dadah di sisi undang-undang, walaupun dia sendiri menentang idea tersebut.

Cadangan berkenaan dibangkitkan oleh ahli politik konservatif ekoran kekecewaan mereka terhadap cara kerajaan menggunakan tentera dan kekerasan untuk memerangi kartel dadah.


SEORANG pekerja sedang menguruskan sebuah trak pikap yang mengandungi 16 mayat terbakar di Culiacan, kawasan yang diduduki ketua kartel dadah paling berkuasa, Joaquin 'Shorty' Guzman.


Jabatan Negara AS semalam berkata, ia terserah kepada Mexico untuk memutuskan mengenai perkara itu. Namun. AS berpendirian bahawa mereka tidak percaya membenarkan dadah di sisi undang-undang adalah penyelesaiannya.

Pandangan sama turut diutarakan oleh kumpulan antijenayah Mexico, Majlis Rakyat Untuk Keselamatan Awam.

"Cadangan itu satu kesilapan kerana ia memperlihatkan kurangnya kefahaman mengenai masalah di Mexico. Punca utamanya ialah kekuatan senjata tidak lagi terletak ditangan kerajaan semata-mata," kata kumpulan tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Terpaksa meminta ubat luar

Posted:

Terpaksa meminta ubat luar

Terpaksa meminta ubat luar

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my

ORANG ramai menunggu giliran untuk mendapatkan bekalan ubat di kaunter farmasi Hospital Melaka semalam.


MELAKA - Jarang kedengaran tetapi ia benar-benar berlaku apabila Hospital Melaka (HM) menghadapi masalah kekurangan bekalan ubat-ubatan bagi keperluan pesakit sejak September lalu.

Akibatnya, pengurusan HM terpaksa menggunakan ubat alternatif selain terpaksa mendapatkan ubat dari Hospital Muar di Johor, hospital di Negeri Sembilan dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk memenuhi keperluan harian.

Bagaimanapun media tidak dimaklumkan mengenai jenis-jenis ubat yang mengalami kekurangan bekalan tersebut atas alasan maklumat adalah sulit.

Namun difahamkan ubat-ubatan yang kurang itu kebanyakannya bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Naik KD Tun Abdul Razak hari ini

Posted:

Naik KD Tun Abdul Razak hari ini

Naik KD Tun Abdul Razak hari ini

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my


KAPAL selam KD Tun Abdul Razak yang kini berlabuh di Langkawi sempena LIMA 2011 akan membawa tujuh pemimpin pembangkang belayar hari ini.


LANGKAWI - Tujuh pemimpin pembangkang akan dibawa menaiki kapal selam KD Tun Abdul Razak di perairan Langkawi hari ini bagi merasai serta melihat sendiri keupayaan aset pertahanan negara itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, KD Tun Abdul Razak akan melakukan demonstrasi dan ujian menyelam dari Jeti Awana Porto Malai di sini pada pukul 3 petang.

Kata beliau, pemimpin berkenaan ialah Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu, Timbalan Ketua Menteri I dan II Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan P. Ramasamy serta tiga Ahli Parlimen dari DAP, Pas dan Pakatan Rakyat.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Langkawi pulau terkemuka dunia

Posted:

Langkawi pulau terkemuka dunia

Langkawi pulau terkemuka dunia


NAJIB melihat model pembangunan Langkawi selepas melancarkan program Blueprint Pelancongan Langkawi di Langkawi semalam. Turut serta (dari kanan) Yen Yen, Nor Mohd. dan Husni.


LANGKAWI - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan Blueprint Pelancongan Langkawi bagi meletakkan nama pulau lagenda itu sebaris dengan pulau-pulau terkemuka dunia seperti Seychelles, Mauritius, Bali, Hawaii dan Maldives.

Sejajar dengan pelan terperinci membabitkan pelaksanaan program pembangunan Langkawi bagi tempoh 2011-2015 itu, Perdana Menteri berkata, Langkawi perlu melaksanakan penjenamaan yang kuat dalam tempoh terdekat terutama memperkenalkan alam semula jadinya yang hebat.

Menurut beliau, pelaksanaan blueprint itu dijangka menggandakan pendapatan sektor pelancongan kepada RM3.8 bilion melalui kehadiran tiga juta pelancong pada 2015 di samping mewujudkan 4,200 peluang pekerjaan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Mencari ilham di Australia

Posted:

Mencari ilham di Australia

Mencari ilham di Australia

PELUANG 'berguru' di Australia selama 12 hari bermula esok akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengendali skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee bagi meneliti kelebihan individu setiap pemain selain memberi penekanan terhadap keserasian dalam pasukan.

Selain mengharungi saingan Liga Singapura (Liga-S) musim depan, persiapan menentang tiga kelab elit itu juga disifatkan Kim Swee sebagai medan terbaik menguji pemain baharu dan yang jarang diturunkan sebelum ini sebagai persiapan mengharungi baki aksi kelayakan Sukan Olimpik 2012 peringkat kumpulan Zon Asia serta perancangan jangka panjang menjelang temasya Sukan SEA di Myanmar (2013) dan Sukan Asia di Korea Selatan pada 2014.

Menurut beliau, tempoh latihan selama lima hari di Wisma FAM, Kelana Jaya sejak Isnin lepas masih belum cukup buatnya meneliti setiap aspek secara keseluruhan, justeru peluang menentang tiga buah kelab elit di Australia nanti sememangnya sangat dinanti-nantikan.

"Tempoh latihan selama lima hari sebelum ini memang tidak cukup, jadi saya akan meneruskan penilaian pemain sepanjang berada di Australia nanti terutamanya pemain-pemain baharu dan yang jarang diturunkan sebelum ini," katanya kepada Kosmo!

Selain 30 pemain yang dipanggil sebelum ini, Kim Swee turut memanggil enam pemain baharu iaitu S. Sivanesan dari Felda United, Nazirul Naim Che Hashim dan Mohd. Ferris Danial Mat Nasir (Harimau Muda A), Nur Areff Kamaruddin dan Mohd. Farhan Abu Bakar (Harimau Muda B).

Kim Swee memberitahu, hanya 23 pemain sahaja daripada 36 pemain yang dipanggil menjalani latihan setakat ini bakal 'terbang' menyambung latihan di Australia kelak, dan senarai pemain itu katanya dijangka diumumkan hari ini.

"Malah, laporan mengatakan Wan Zack Haikal (Wan Nor) dan Khairul Fahmi (Che Mat) yang dikatakan akan tersisih ke Australia sebelum ini juga kurang tepat, kedua-dua pemain itu masih mendapat kepercayaan saya untuk menimba pengalaman di sana," katanya.

Skuad emas Kim Swee yang berjaya mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA di Jakarta baru-baru ini dijangka bertolak ke Australia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang esok.

Ketika di bumi Australia nanti, skuad negara dijadual menentang kelab Sydney FC pada 13 Disember, Central South Mariner (15 Disember) sebelum menutup aksi menentang Newcastle Jets (19 Disember).

Bagi kelayakan Olimpik 2012 pula, anak-anak buah Kim Swee akan kembali menentang Syria, Bahrain dan Jepun pada awal tahun depan selepas mereka kecundang dalam tiga perlawanan sebelum ini.

Full content generated by Get Full RSS.

KAFA mula resah

Posted:

KAFA mula resah

KAFA mula resah

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


TAHAP pencahayaan serta papan markah elektronik di Stadium Sultan Muhammed IV tidak memenuhi piawaian AFC.


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menaruh harapan tinggi agar perlawanan pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dapat dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu pada Mac tahun depan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, meskipun peluang untuk beraksi di tempat sendiri agak tipis berikutan beberapa kemudahan di stadium yang telah berusia 44 tahun itu gagal memenuhi syarat AFC bagi melangsungkan kejohanan berkenaan, namun beliau masih menaruh harapan impian tersebut tercapai.

"Seboleh-bolehnya saya mahu Kejohanan AFC berlangsung di Kota Bharu. Tetapi persoalannya bolehkah kita bermain di sini memandangkan kita masih tidak dapat memenuhi pelbagai syarat yang diletakkan oleh pihak AFC.

"Saya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim, banyak soalan yang perlu kita isi pada borang AFC, namun sukar untuk kita jawab. Misalnya bolehkah tahap pencahayaan stadium kita mencapai 1,200 lux sedangkan ketika ini hanya sekitar 800 lux sahaja.

"Begitu juga dengan scoreboard (papan markah elektronik) yang sampai sekarang tidak dibuat sejak setahun lalu.

"Memang kita dukacita, bukannya isu besar pun soal scoreboard tetapi sampai sekarang gagal dipasang. Saya akan minta Setiausaha Agung kemukakan rayuan kepada pihak AFC," katanya.

Dalam majlis undian Kejohanan AFC yang berlangsung di ibu negara tiga hari lalu, Kelantan selaku juara Liga Super musim ini diundi dalam Kumpulan H bersama dengan tiga lagi pasukan iaitu Navibank Saigon (Vietnam), Arema Malang FC (Indonesia) serta Ayeyawady United FC dari Myanmar.

Menjawab maklum balas pihak kerajaan negeri mengenai perkara tersebut, Annuar enggan mengulas lanjut, sebaliknya meminta pihak media menanyakan sendiri perkara tersebut kepada pihak berkenaan.

"Saya tidak mahu komen lebih lanjut. Yang saya tahu kita kena ada stadium kerana orang Kelantan hendak tengok bola. Kalau tidak ada pilihan, mungkin kita terpaksa cari stadium lain seperti Stadium Nasional di Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam," jelasnya.

Sementara itu mengulas mengenai kontroversi yang melanda penjaga gol No. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat, Annuar menganggap itu sebahagian daripada proses biasa yang terpaksa dilalui oleh seseorang yang mula mendapat populariti ketika ini.

"Saya fikir itu merupakan satu proses yang biasa, apatah lagi dengan kewujudan pelbagai ruang alam maya seperti Facebook dan Twitter ini. Beliau perlu bijak menangani sendiri setiap isu yang melandanya.

"Dia ada keluarga, ada majikan, ada negeri. Yang pasti dia perlu jaga nama baik ketiga-tiga itu. Saya memang bercadang untuk berjumpa dengan beliau sekeluarga selepas ini," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

T-Team ikat pemain import dari Bosnia

Posted:

T-Team ikat pemain import dari Bosnia

T-Team ikat pemain import dari Bosnia


SIMIKOUNDA sudah sah menyertai T-Team musim depan.


PASUKAN T-Team mengikat seorang lagi pemain import bagi menghadapi persaingan Liga Malaysia tahun depan.

Pengurus pasukan, Rozi Mamat berkata, dia berharap Bojan Petrit, 24, berasal dari Bosnia-Herzegovina akan dapat membantu T-Team dalam mengharungi saingan liga pada musim depan.

Sebelum ini T-Team telah mengambil bekas pemain pasukan Perlis yang berasal dari Zambia, Zacharia Simikounda.

Pasukan terakhir Bojan sebelum datang ke Terengganu adalah FC Navy Bazar, Bosnia.

Rozi berkata, beliau yakin pasukan T-Team akan lebih menyerlah lagi pada tahun depan dengan adanya kedua-dua pemain import berkenaan.

Beliau berkata, buat masa ini pasukan T-Team mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan bagi memantapkan pemain import dengan pemain tempatan.

"Apabila selesai semuanya nanti, kita akan baiki mana-mana yang tidak betul sebelum menghadapi kejohanan sebenar," katanya.

Rozi berkata, mutu permainan pemain-pemain tempatan telah meningkat dari semasa ke semasa.

"Sasaran kita sekurang-kurangnya juara liga tahun depan," katanya.

Pencapaian terbaik T-Team dalam Liga Malaysia adalah melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia tahun lepas.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pandu Puteri dua rantau

Posted:

Pandu Puteri dua rantau

Pandu Puteri dua rantau

PANDU Puteri yang sudah berusia 94 tahun di negara ini menjadi antara persatuan yang banyak membentuk dan mendidik wanita untuk bergelar sukarelawan.


TAHUN 2011 membawa sejarah yang besar dan bermakna buat Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) sejak ditubuhkan di negara ini 94 tahun yang lepas.

Buat julung-julung kalinya Rantau Asia Pasifik dan rantau Arab menganjurkan program kerjasama antara dua rantau dengan Malaysia diberi penghormatan sebagai tuan rumah bagi acara berkenaan.

Joint Asia Pacific-Arab Regional Training Of Trainers Workshop yang berlangsung dari 29 November hingga 2 Disember lalu diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor mengumpulkan lebih 100 jurulatih atau renjer dari 34 buah negara anggota rantau Asia Pasifik dan rantau Arab.

Menurut Pesuruhjaya Latihan PPPM, Tek Mohamad Nor, bengkel bertemakan perubahan itu memberi fokus dan tumpuan kepada latihan serta kaedah yang terkini supaya ahli-ahli yang terdiri daripada gadis remaja serta wanita dapat memanfaatkannya dalam abad ke-21 ini.

"PPPM berasa bertuah terpilih sebagai tuan rumah apabila pihak penganjur bersama dari rantau Arab memilih Malaysia sebagai destinasi bersejarah berikutan suasana dan persekitaran harmoni di negara ini," jelas Tek.

"Ia bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan dua rantau tetapi hasil daripada latihan dan perbincangan dalam bengkel jurulatih itu akan dibukukan untuk dijadikan panduan kepada semua jurulatih di rantau yang terlibat."

Dalam program bertaraf antarabangsa itu, isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua Persatuan PPPM, Datin Seri Rosmah Mansor memberi ucap utama dan merasmikan program empat hari berkenaan.

Majlis penutupan pula disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua PPPM Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Haji Shahar Shah.

Bagi ahli Pandu Puteri, program sebegini tentu sahaja menerbitkan perasaan bangga dan puas setelah bertahun-tahun memberikan khidmat sukarela mereka kepada masyarakat.

Khidmat masyarakat

Sebagai antara persatuan yang terawal ditubuhkan di negara ini, sewajarnya PPPM menjadi perintis dalam perkembangan serta pertumbuhan potensi anak gadis remaja di negara ini.

Ia selaras dengan misinya melahirkan golongan wanita dan remaja yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai pandu puteri untuk kepentingan bangsa dan antarabangsa.

Bagi Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer, Habibah Abdul Rahman yang telah menyertai PPPM selama 36 tahun, setiap didikan dan latihan dalam Pandu Puteri bertujuan melahirkan individu yang boleh dicontohi.

Seawal sekolah rendah, murid perempuan mula diperkenalkan dengan Persatuan Pandu Puteri Tunas. Mereka dilatih melakukan kerja-kerja sukarela yang dekat dengan diri mereka selain kemahiran kelangsungan hidup yang patut diketahui dalam proses meningkat dewasa.

"Misalnya mencatat setiap perkara baik yang mereka lakukan seperti membantu nenek mengangkat kain, membantu guru atau rakan mengangkat buku dan bermacam amalan positif dan sukarela yang nampak kecil tetapi sebenarnya telah memberikan kesan yang baik dalam perkembangan diri mereka," jelas beliau.

Di peringkat sekolah menengah, mereka mula diperkenalkan dengan Persatuan Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Kadet. Selain didikan dan kemahiran yang diberi, ada lencana-lencana kecekapan tertentu yang boleh dipilih untuk melengkapkan kerja-kerja sukarela mereka.

Seterusnya di peringkat intitusi pengajian tinggi (IPT) ke atas, mereka digelar Pandu Puteri Renjer dan layak menjadi jurulatih. Mereka berpeluang meneruskan kerja-kerja sukarela dan khidmat masyarakat sehingga ke peringkat lencana tertinggi iaitu Lencana Kecekapan Kepimpinan.

Terkini terdapat satu lagi lencana yang membolehkan mereka menerima Diploma Jurulatih PPPM yang diiktiraf dalam dan luar negara.


ROSMAH dalam satu program kemasyarakatan Pandu Puteri yang mendekati pelbagai lapisan masyarakat.


Terus relevan

Menurut Habibah yang juga seorang bekas guru, beliau melihat PPPM masih dan akan terus relevan dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dalam mendidik anak gadis berkenaan isu sosial dan remaja yang terlalu banyak mengupas cerita negatif terhadap golongan seusia mereka.

Seperti yang dikatakan oleh Ketua Pesuruhjaya PPPM, Datin Seri Zalilah Mohd Taib, di bahu mereka juga letaknya beban amanah yang besar dalam usaha membangun dan mencipta generasi wanita akan datang.

PPPM membantu anak gadis remaja dan wanita membangunkan potensi mereka sepenuhnya sebagai warganegara yang berdisiplin dan bertanggungjawab.

Sepanjang tahun lepas, pelbagai bantuan sukarela disumbangkan kepada masyarakat seperti program Reaching Out yang menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, bantuan untuk mangsa banjir di Kemboja dan menghadiri program seperti Persidangan Serantau Asia Pasifik ke-10 2010 di Maldives.

Tidak ketinggalan Forum Wanita Remaja Dunia di Oxford, England, Kem Seratus Tahun UK, Yorkshire dan pelbagai lagi program di peringkat nasional.

Ahli PPPM kini telahpun mencecah ke angka 80,000 dan bagi mereka yang aktif dan bersungguh-sungguh pelbagai ilmu dan pengalaman dapat dihimpun sepanjang penyertaan bersama PPPM. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Program murni Hospital Pantai Klang

Posted:

Program murni Hospital Pantai Klang

Program murni Hospital Pantai Klang


MAZLYNOOR (tiga dari kanan) dan Stanley (dua dari kanan) bergambar bersama 15 orang kanak-kanak yang berkhatan secara percuma atas inisiatif murni PHK.


SEJAJAR dengan agenda kerajaan untuk memberikan lebih banyak penjagaan kesihatan kepada orang awam, Hospital Pantai Klang (PHK) memperkenalkan Inisiatif Capaian Luar Bandar kepada penduduk yang kurang bernasib baik di Kampung Sungai Kembung Pulau Lumut, Selangor baru-baru ini.

Program sehari itu menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma kepada 100 penduduk kampung termasuk berkhatan untuk 15 kanak-kanak lelaki selain kaunseling diet daripada pakar pemakanan PHK.

Ketua Pegawai Eksekutif PHK, Stanley Lam memberitahu, PHK yang beroperasi lebih dari dua dekad di Klang sentiasa komited dan bertanggungjawab ke atas kesihatan komuniti.

"Sejajar dengan janji kami Caring from the Heart, kami telah melanjutkan perkhidmatan perubatan ke kawasan luar bandar bagi membantu mereka yang memerlukan perhatian kerana mereka tidak dapat berbuat demikian atas faktor kewangan dan masalah geografi.

"Berkhatan adalah satu yang wajib dalam Islam. Ia juga merupakan satu cara untuk meningkatkan kebersihan dan memberikan perlindungan daripada penyakit-penyakit termasuk kanser prostat, HIV, AIDS, jangkitan saluran kencing dan lain-lain," katanya.

Tambah Stanley lagi, berkhatan ketika bayi mampu memberikan hampir 100 peratus perlindungan dan berkhatan remaja pula dapat memberikan tahap perlindungan daripada kanser prostat dan jangkitan pundi kencing.

Hadir sama pada program tersebut ialah Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Mazlynoor Abdul Latiff yang menyampaikan alat tulis sekolah kepada 15 kanak-kanak lelaki yang berkhatan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


India tangguh buka pasar raya asing

Posted:

India tangguh buka pasar raya asing

India tangguh buka pasar raya asing

SEORANG wanita berjalan dekat sebuah kedai runcit di New Delhi semalam. - AFP


NEW DELHI - India semalam menggantung rancangan untuk membuka sektor peruncitan kepada pasar raya asing seperti Wal-Mart.

Perubahan keputusan itu disebabkan oleh bantahan pemilik kedai kecil dan anggota-anggota parlimen pembangkang.

Penukaran itu juga mengaibkan pentadbiran Perdana Menteri, Manmohan Singh yang mengumumkan pembaharuan dalam sektor peruncitan dua minggu lalu.

Kehadiran rangkaian antarabangsa seperti Wal-Mart, Carrefour dan Tesco di India dijangkakan akan menunjukkan satu revolusi pengguna India.

Kemarahan mengenai rancangan pembukaan pasar raya besar itu telah menyatukan pemilik kedai, kesatuan sekerja, pemimpin negeri yang berpengaruh dan ahli-ahli parlimen.

"Keputusan untuk memberikan 51 peratus (pelaburan langsung asing) dalam peruncitan pelbagai jenama akan ditangguhkan sehingga konsensus dicapai melalui perundingan," kata Menteri Kewangan, Pranad Mukherjee di Parlimen.

Sektor pasar raya asing itu dianggarkan bernilai AS$470 bilion (RM1.49 trilion) dalam bentuk jualan tahunan semasa penduduk India berjumlah 1.2 bilion beralih kepada ekonomi pengguna gaya Barat.

Setiausaha Agung Persatuan Peniaga Kecil, Kishore Kharawal yang membantu mengatur tunjuk perasaan selama satu hari bagi menentang pembaharuan sektor pasar raya mengalu-alukan penangguhan rancangan tersebut.

"Sebarang keputusan untuk menuju ke arah perlindungan kepentingan kebangsaan adalah dialu-alukan," katanya.

Seorang anggota parlimen yang menjadi pembangkang Sushma Swaraj berkata: "Tunduk kepada sentimen popular bukannya satu kekalahan kepada kerajaan."

Menurutnya, ia adalah satu kemenangan besar buat demokrasi. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Misteri huruf V di kota Nabi Daud

Posted:

Misteri huruf V di kota Nabi Daud

Misteri huruf V di kota Nabi Daud


SEORANG ahli arkeologi Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Eli Shukron melihat huruf V di Kota Nabi Daud dekat Bandar Lama, Baitulmuqaddis.


BAITULMUQADDIS - Beberapa ukiran batu berusia beribu-ribu tahun lalu dan dibongkar di sebuah tapak ekskavasi di bawah bandar ini menyebabkan ahli-ahli arkeologi keliru.

Kumpulan penggali Israel menemui beberapa buah bilik yang diukir di dalam batu di kawasan tertua di bandar ini baru-baru ini.

Pada masa yang sama mereka menemui tanda tiga bentuk V yang diukir sebaris di lantai sebuah bilik berkenaan. Ukiran tersebut sedalam sekitar 5 sentimeter (sm) dan panjang 50 sm.

Tiada sebarang penemuan lain yang boleh dijadikan petunjuk untuk mengetahui identiti pihak yang membuat ukiran tersebut atau tujuan ia dibuat.

Seorang pengarah ekskavasi berkenaan, Eli Shukron berkata, ahli-ahli arkeologi terbabit dengan penggalian tersebut gagal mengutarakan sebarang teori kerana kurang berpengetahuan mengenainya.

"Saya tidak pernah melihat benda seperti ini," kata Shukron.

Ukiran-ukiran V itu ditemui di kawasan penggalian dikenali sebagai Kota Nabi Daud.

Penggalian itu dibiayai sebuah kumpulan nasionalis Zionis di kawasan penduduk Palestin di Silwan, Baitulmuqaddis Timur.

Bilik-bilik berkenaan ditemui semasa prosedur ekskavasi dilakukan bagi mengukuhkan satu-satunya sumber air semula jadi di sini, mata air Gihon.

Beberapa pakar arkeologi berkata, ukiran-ukiran tersebut dibuat sekurang-kurangnya 2,800 tahun lalu dengan bentuknya mungkin dijadikan tempat pasak struktur kayu atau ia mempunyai tujuannya sendiri.

Ukiran-ukiran itu mungkin memiliki fungsi upcara keagamaan atau ia sekadar ukiran.

Lokasi ukiran-ukiran itu ditemui di Kota Nabi Daud yang merupakan kawasan ekskavasi paling kontroversi di sini.

Kota tersebut dinamakan sempena nama Nabi Daud yang dipercayai memerintah kota berkenaan 3,000 tahun dahulu.

Ia terletak di Baitulmuqaddis Timur yang dituntut pentadbiran Palestin sebagai ibu kota Palestin merdeka. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Aktor Korea Selatan jadi Duta Kehormat

Posted:

Aktor Korea Selatan jadi Duta Kehormat

Aktor Korea Selatan jadi Duta Kehormat


JANG KEUN-suk (kiri) berjabat tangan dengan Kim Sung-hwan di Kementerian Luar, Seoul semalam. - AP


SEOUL - Pelakon terkenal Korea Selatan, Jang Keun-suk secara rasmi dilantik menjadi Duta Kehormat Sidang Keselamatan Nuklear bagi tahun 2012.

Majlis pelantikan itu diadakan di Kementerian Luar di sini semalam.

Pada majlis itu, Menteri Luar, Kim Sung-hwan berjabat tangan dengan Keun-suk yang juga merupakan seorang penyanyi terkenal.

Keun-suk yang berusia 24 tahun yang juga seorang model dikenali dengan peranannya sebagai ketua band dalam drama You're Beautiful bersama dengan Lee Hong Ki. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Wanita parah terjun dari tingkat tujuh elak polis

Posted:

Wanita parah terjun dari tingkat tujuh elak polis

Wanita parah terjun dari tingkat tujuh elak polis

08/12/2011 6:19pm

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Seorang wanita cedera parah selepas terjun dari sebuah unit di tingkat tujuh Projek Perumahan Rakyat Permai, Cheras di sini semalam, ketika mengelak serbuan polis.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, wanita berusia 25 tahun itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan keadaannya dilapor stabil.

"Sebelum itu, satu pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras mendapat maklumat mengenai jenayah dadah di rumah tersebut dan terus menyerbu rumah mereka kira-kira pukul 11.30 malam.

"Kita mengesan dua lelaki dan seorang wanita di dalam rumah itu, namun selepas pintu dipecahkan kita hanya menemui dua lelaki berumur 20-an dan kelibat wanita itu gagal dikesan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata polis kemudian menemui wanita itu terbaring di bahagian bawah blok bangunan.

Siasatan lanjut mendapati kesemua suspek merupakan penagih dadah dan difahamkan suspek wanita itu mempunyai empat rekod jenayah lampau. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

KP Terengganu kesal laporan akhbar tabloid

Posted:

KP Terengganu kesal laporan akhbar tabloid

KP Terengganu kesal laporan akhbar tabloid

08/12/2011 6:18pm

KUALA TERENGGANU – Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa menafikan laporan sebuah akhbar tabloid tempatan kononnya pistol yang digunakan dalam rompakan kedai emas di Wakaf Tapai 28 Nov lepas adalah senjata yang dilupuskan.

Kesal dengan dakwaan itu, beliau berkata siasatan mendapati pistol berkenaan adalah yang dilaporkan hilang oleh seorang anggota polis semasa penugasan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang, tiga tahun lalu.

Menurutnya tidak berlaku kegiatan penyewaan senjata api yang akan dilupuskan dan disewakan kepada anggota bagi tujuan jenayah sebagaimana dilaporkan tabloid itu.

Menurut akhbar itu, tiga anggota polis antara empat yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan menyewakan senjata api jenis revolver .38 kepada pihak tertentu yang kemudian digunakan untuk melakukan jenayah seperti rompakan.

Ia mendakwa senjata berkenaan disewakan antara RM2,000 hingga RM5,000 dan bayaran dilakukan secara komisyen menggunakan wang hasil rompakan.

Beliau berkata jika pihak media mengetahui sesuatu maklumat berhubung sesuatu kes mereka harus merujuk kepada pihak tertentu dan bukan terus melaporkan di akhbar tanpa pengesahan daripada pihak polis terlebih dahulu. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Tebang pokok: Syarikat diarah bayar pampasan

Posted:

Tebang pokok: Syarikat diarah bayar pampasan

Tebang pokok: Syarikat diarah bayar pampasan

08/12/2011 6:16pm

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah meminta syarikat yang membina papan tanda iklan di hadapan pusat membeli-belah Ampang Point membayar pampasan kerana telah menebang pokok berusia lebih 30 tahun bagi mendirikan papan tanda itu.

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata syarikat itu didapati menebang pokok berkenaan kira-kira 11 pagi tadi tanpa pengetahuan MPAJ.

Menurutnya, syarikat iklan itu memohon permit untuk membuat papan tanda iklan pada September lepas tetapi MPAJ tidak pula memberi kebenaran untuk menebang pokok.

"Kita terima panggilan dari kejiranan kawasan itu tentang mengapa MPAJ menebang pokok di tepi jalan begitu sahaja. Selepas itu baru kita sedar bahawa syarikat itu melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya," katanya kepada Bernama.

Norhayati bekata MPAJ kemudiannya meminta syarikat terbabit supaya menghentikan kerja-kerja pembinaan papan tanda itu dan memberi notis untuk menuntut ganti rugi.

Beliau berkata syarikat itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen Akta Kerajaan Tempatan 1976 - Undang-undang Kecil Taman MPAJ 2005. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Energi luar biasa 2PM

Posted:

Energi luar biasa 2PM

Energi luar biasa 2PM

HANYA dengan tiga buah album studio iaitu The First Album 1:59PM (2009), Hands Up (2011) dan sebuah album versi Jepun berjudul Republic Of 2PM (2011) nama band asal Korea Selatan, 2PM kini berada di puncak.

Nama enam anak muda, Junho, Taecyeon, Wooyoung, Nichkhun, Junsu dan Chansung yang menjadi pelengkap band 2PM dengan pantas meraih populariti yang luar biasa.

Bermula dengan lagu hits mereka Again & Again, kemaraan band 2PM tidak dapat disekat apabila mereka terus muncul dengan lagu-lagu segar dan sentiasa berada di puncak carta muzik di Korea Selatan seperti Heartbeat, I'll Be Back dan terbaru Hands Up.

Meluaskan lagi empayar 2PM, selepas tiga tahun bersatu sebagai sebuah band bermula tahun 2008, 2PM akhirnya menjejakkan kaki mereka buat pertama kalinya di bumi Malaysia.

Kunjungan mereka ke Malaysia demi bertemu peminat menerusi konsert jelajah Asia pertama mereka yang dinamakan 2PM Hands Up Asia Tour yang berlangsung pada 25 November lalu di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Malaysia menjadi destinasi terakhir dalam senarai konsert jelajah Asia 2PM selepas Taiwan, Indonesia dan Singapura, manakala konsert di dua destinasi konsert iaitu Filipina dan China ditangguhkan buat sementara waktu.

Bersua mata dengan enam anak muda 2PM pada majlis sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur sehari sebelum konsert mereka berlangsung, mereka mengakui, Malaysia menjadi salah satu destinasi idaman mereka sejak bergelar artis.

"Ini merupakan kunjungan pertama kami ke Malaysia, sudah pasti kami semua sangat gembira berada di sini kerana Malaysia antara negara yang ingin kami lawati selepas melahirkan album.

"Memang agak letih kerana jadual kami yang padat tetapi apabila tiba sahaja di lapangan terbang, kami disambut oleh ramai peminat. Sokongan yang diberikan peminat membuatkan kami bertenaga," ujar Nichkhun sambil tersenyum.

Pada majlis sidang media itu, Taecyeon dan Nichkhun lebih banyak bertutur berbanding anggota 2PM yang lain kerana mereka fasih berbahasa Inggeris.

Nichkhun yang berasal dari Thailand menyambung: "Ini kunjungan pertama saya bersama 2PM, tetapi sebelum ini saya sudah beberapa kali berkunjung ke Malaysia.

"Saya orang Thailand, negara saya dan Malaysia berjiran. Budaya dan cuaca antara Thailand dan Malaysia hampir sama, jadi mungkin kerana itu saya amat selesa berada di sini. Satu penghormatan buat saya kerana dapat mengadakan persembahan di sini."

Terlanjur bercakap mengenai Thailand, Nichkhun juga melahirkan kebimbangannya terhadap banjir besar yang berlaku di negaranya terutama terhadap keluarganya dan juga peminat 2PM.

"Saya akui risau dengan keadaan di Thailand tetapi saya dimaklumkan keadaannya kini bertambah baik. Sebelum ini kami menerima sokongan daripada peminat di Thailand, jadi sekarang tiba giliran kami pula memberikan sokongan kepada mereka.

"Bantuan kewangan dan juga bot keselamatan yang kami berikan terhadap mangsa banjir di sana mungkin tidak sebesar mana tetapi bantuan itu sangat besar maknanya kepada mereka yang memerlukan.

"Saya dan pihak 2PM mengharapkan mangsa banjir serta peminat 2PM di Thailand mengharungi dugaan tersebut dengan tabah," tutur Nichkhun sedikit emosi.

Jangka hayat

Sungguhpun pada awal kemunculan 2PM terdapat tujuh orang anggota termasuk ketua mereka Jaebeom, namun, disebabkan kontroversi Jaebeom menulis tidak sukakan Korea dalam akaun laman sosial My Space tersebar di Internet, dia akhirnya menarik diri daripada band 2PM.

Tidak lagi mahu bercakap mengenai perkara itu, setiap anggota 2PM mengakui tertekan dengan kontroversi dan pemergian ketua mereka.

"Memang kami pernah bersedih mengenainya tetapi kami berjanji antara satu sama lain, kami akan melakukan yang terbaik agar kami dapat senyum semula pada masa hadapan.

"Akhirnya usaha kami berbaloi dan kami berterima kasih kepada peminat yang tidak henti-henti menyokong kami selama ini," kata Junho.

Bercerita lebih lanjut mengenai keserasian dan jangka hayat band 2PM, mereka memberitahu hubungan yang terjalin seperti adik-beradik menyatukan mereka meskipun terdapat masalah.

"Hubungan kami seperti adik-beradik mungkin kerana kami sudah tinggal bersama sejak zaman menjadi pelatih lagi menyebabkan kami memahami antara satu sama lain.

"Kami amat berharap agar band 2PM dapat bertahan untuk jangka hayat yang lama kerana kami semua sukakan muzik dan sayangkan peminat kami. Dapat memberi inspirasi kepada orang lain menerusi muzik kami, merupakan satu kepuasan yang tidak terhingga," jawab Chansung.

Sedia takluk Jepun

Selepas menamatkan konsert jelajah Asia mereka di Malaysia, mereka terus terbang ke Jepun untuk aktiviti promosi dan meluaskan lagi sayap seni mereka di sana.

Nampaknya, peminat di Jepun menyambut baik kehadiran band 2PM di sana dan sebagai bukti album mereka laris.

Bagaimanapun, Junho merasakan masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari oleh 2PM sebelum mereka benar-benar berjaya.


ENAM anak muda yang dikenali sebagai 2PM ini kini menjadi kegilaan ramai.


"Saya tidak rasa 2PM sudah berjaya di Jepun. Sebenarnya, ini hanya permulaan buat kami untuk memasuki pasaran Jepun. Jika ada yang mengatakan kami berjaya, saya terimanya dengan hati yang terbuka dan berharap kejayaan yang sama berlaku di Malaysia," tegas Junho.

Anggota 2PM juga memiliki bakat lain seperti pengacaraan, berlakon dan juga mencipta lagu. Selepas Taecyeon dan Wooyoung popular menerusi drama bersiri Dream High di Korea, Chansung pula akan terlibat dalam produksi drama Jepun pertamanya dalam drama berjudul Phantom Thief Royal.

Memegang watak sebagai pencuri bernama Jack, kata Chansung pula, satu penghormatan buatnya dapat berlakon bersama aktor dan aktres Jepun yang lain seperti Matsuzaka Tori, Omasa Aya dan Fukushi Seiji.

"Pertuturan bahasa Jepun saya masih banyak perlu diperbaiki. Oleh itu, saya meletakkan usaha sepenuhnya untuk memberikan yang terbaik. Saya harap peminat akan melihat saya sebagai pelakon bukannya seorang penyanyi dalam drama ini," luah Chansung.

Selain Chansung, Taecyeon juga terlibat dalam sebuah produksi drama Jepun berjudul Boku to Star no 99 Nichi bersama aktres ternama Korea Kim Tae Hee dan aktor Jepun, Nishijima Hidetoshi.

Sesi tayang badan

Konsert Jelajah Asia 2PM Hands Up berlangsung dengan cukup meriah pada 25 November lalu apabila kira-kira seramai 5,000 orang penonton memenuhi stadium.

Rata-rata peminat yang hadir terdiri daripada gadis remaja. Tidak perlu persembahan pembukaan daripada mana-mana penyanyi tempatan, cukup hanya dengan video muzik yang dipaparkan di skrin gergasi di kiri dan kanan stadium, peminat sudah cukup teruja.

Tepat pada pukul 8.30 malam. 2PM muncul di atas pentas dan yang kedengaran hanyalah jeritan peminat mereka yang tidak sabar untuk menyaksikan penyanyi pujaan beraksi.

Menyanyikan sebanyak 25 lagu malam itu, energi 2PM memang cukup hebat. Memulakan persembahan dengan lagu rancak Hot, Electricity dan Hands Up konsert 2PM wajar dipuji.

Selain tiket laris dengan populariti 2PM, konsert itu juga diserikan dengan permainan lampu-lampu laser yang mengubah wajah pentas dengan kadar segera sesuai dengan mood lagu yang didendangkan.

Meskipun menyanyi dalam bahasa Korea, itu tidak menghalang peminat daripada menyanyi bersama-sama mereka seperti lagu balada yang berjudul I Can't.

Penganjur juga bijak dengan meletakkan lirik lagu untuk lagu-lagu hit mereka supaya peminat yang tidak menghafal lagu boleh menyanyi bersama.

Sesekali kedengaran Taecyeon dan Nichkhun menyapa peminat dengan berkata apa khabar dan mengucapkan terima kasih kepada peminat.

Persembahan juga dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti lagu My Valentine dipersembahkan oleh Nichkhun dan Taecyeon, lagu Besides You dinyanyikan oleh Junho dan Wooyoung.

Elemen drama turut diselitkan dalam konsert ini apabila Chansung melakonkan aksi ala-ala samurai di atas pentas yang ingin membalas dendam kerana kematian kekasih.

Bermula dengan lakonan di atas skrin dibawa ke atas pentas dengan latar muzik lagu Revenger. Ternyata persembahan Chansung menjadi kerana hakikat sebenarnya dia seorang artis seni mempertahankan diri yang terlatih.

Suasana paling gamat apabila 2PM mendendangkan lagu Back To You bersama enam penari wanita yang cukup seksi.

Bahkan, peminat bagai tidak dapat dikawal apabila kesemua anggota 2PM membuka butang baju mendedahkan tubuh sasa masing-masing dalam persembahan tersebut.

Ternyata semua peminat pulang dengan senyuman puas dan kata Junho dalam bahasa Melayu sebelum mengakhiri persembahan mereka: "Kami akan balik ke sini lagi."

Lagu lain yang turut dipersembahan 2PM adalah Crazy For You, Wait & Tired, Give To Me, Dance Tonight, I'll Be Back, I Hate You, Alive, Only You, Again & Again, I'm Your Man, Heartbeat, 10 Out Of 10, Thank You dan diakhiri dengan lagu rancak Hands Up.

Full content generated by Get Full RSS.

Terbaik atau popular

Posted:

Terbaik atau popular

Terbaik atau popular

Oleh HARYATI KARIM


BARISAN karyawan lagu-lagu popular dendangan masing-masing yang bakal berentap pada final AJL 26.


SELEPAS tiga minggu 30 buah lagu berentap dalam separuh akhir Muzik Muzik ke-26, akhirnya hanya 12 buah lagu yang mara ke final Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL 26). Minggu lalu menyaksikan pengumuman senarai peserta yang mara ke final dan keputusannya bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sudah dapat diramal daripada awal.

Semua lagu yang layak ke peringkat final merupakan lagu yang popular dan sering diputarkan di corong radio terdiri daripada Kisah Hati (Alyah), Awan Nano (Hafiz), Beribu Sesalan (3 Suara), Kekanda Adinda (Atilia/Monoloque), Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Sungai Lui (Aizat), Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol),

Tidak ketinggalan Kalau Berpacaran (Sohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/ Altimet), Sedetik Lebih (Jaclyn Victor), Karma (Faizal Tahir) dan Yuna dengan dua buah lagu ciptaannya sendiri iaitu Gadis Semasa dan Penakut.

Menurut ketua juri, Azhar Borhan, kesemua lagu yang dipilih layak bertanding ke peringkat final kerana memiliki kelebihan yang tersendiri. Lagu-lagu untuk AJL 26 juga katanya tidak banyak beza dengan beberapa tahun kebelakangan ini.

""Dua, tiga tahun kebelakangan ini sudah menjadi trend angkatan muda yang banyak masuk bertanding, bagi saya itu satu trend yang bagus. Tetapi tidak ketinggalan komposer berpengalaman seperti Datuk M. Nasir dan Audi Mok dilihat masih relevan untuk muzik hari ini," ujarnya.

Persoalan timbul bagaimana setiap lagu dinilai memandangkan kesemua lagu yang dipilih merupakan lagu popular dan adakah mungkin pihak TV3 mempunyai agenda untuk menaikkan rating program lantas memilih hanya lagu-lagu yang popular di radio termasuk lagu Cinta Muka Buku yang disifatkan terlalu ringkas.

"Secara jujurnya, kesemua lagu dinilai malam sebelum pertandingan dan kebanyakan juri termasuk saya mendengar kebanyakan lagu yang bertanding buat pertama kalinya. Jadi, kami tidak tahu sama ada lagu itu popular di radio atau tidak.

"Kami menilai daripada segi kualiti sesebuah lagu bukannya populariti. Lagu Cinta Muka Buku, saya dengar pertama kali ketika sesi penjurian, ia sebuah lagu yang ringkas dan rancak dan lagu tersebut layak bertanding," jawabnya lagi.

Penyanyi Yuna merupakan fokus utama pada malam keputusan final AJL 26 selepas kontroversi pemulangan semula trofi Anugerah Industri Muzik ke-18 untuk Anugerah Lagu Terbaik yang sebelum ini dimenangi lagu Penakut kepada lagu dendangan Anuar Zain, Sedetik Lebih kerana kesalahan pengiraan markah oleh pihak audit AIM 18.

Ternyata tuah mengiringi penyanyi dan komposer berbakat ini apabila bukan sahaja Penakut tetapi Gadis Semasa turut layak ke peringkat final AJL 26.

"Saya bersyukur, dua buah lagu saya layak ke final. Memang saya menaruh harapan tetapi saya tidak jangka langsung kedua-dua lagu saya layak ke final. Saya meletakkan sepenuh hati saya ketika separuh akhir dan gembira dengan penerimaan juri dan orang ramai terhadap muzik saya.

"Seperti yang katakan sebelum ini, Penakut merupakan lagu eksperimen dan tidak jangka orang ramai menerimanya. Apapun saya cukup gembira dengan keputusan ini dan akan melakukan yang terbaik pada final," jawabnya.

Tambah Yuna, meskipun kontroversi terpalit untuk lagu Penakut, namun dia tetap bersyukur kerana kontroversi yang melanda lagu itu, kini dia memperoleh lebih ramai peminat baru.

Kontroversi Cinta Muka Buku

Lagu Cinta Muka Buku juga menjadi perhatian disebabkan ia ringkas dan komposernya yang juga penyanyi lagu tersebut Najwa Latif yang baru berusia 16 tahun. Lagu itu diakui cukup popular, namun ramai yang mempersoalkan bagaimana lagu itu layak ke final AJL 26 mengalahkan lagu-lagu lain yang dirasakan lebih kuat auranya.


NAJWA LATIFF pertama kali masuk ke medan pertarungan final Anugerah Juara Lagu.


Najwa mengatakan dia cukup terkejut ketika lagu ciptaannya dan lirik ditulis oleh kakaknya Ika Latif diumum layak final. Sebelum itu, dia tidak terfikir langsung untuk masuk bertanding ke AJL 26.

"Saya sangat bersyukur dan terkejut. Saya sedar diri saya masih muda dan banyak yang perlu dipelajari. Walaupun ramai yang seakan-akan menentang keputusan juri untuk lagu Cinta Muka Buku saya reda dan akan cuba melakukan yang terbaik.

"Saya ada keluarga yang sentiasa menyokong kerjaya saya dan saya hanya mengambil perkara yang positif mengenai keputusan ini. Saya tahu AJL sebuah pertandingan yang besar dan saya bertuah kerana dapat berada di pentas AJL dalam usia yang cukup muda," katanya yang berulang-alik antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan pentas.

Tepati ramalan

Penyanyi Jaclyn Victor yang layak ke final untuk dua buah lagu iaitu lagu Beribu Sesalan bersama Shila Amzah dan Ning Baizura serta lagu 'berhantu' Sedetik Lebih dendangan asal Anuar Zain.

"Kedua-dua buah lagu mempunyai keistimewaan dan cabaran yang tersendiri. Antara dua buah lagu saya akui saya lebih tertekan ketika mendendangkan lagu Sedetik Lebih nyanyian asal Anuar Zain. Semua orang tahu betapa bagusnya Anuar Zain dan dia memang cukup sinonim dengan lagu itu.

"Dalam fikiran saya, bolehkah orang terima dan mampukah saya bawa lagu tersebut dengan baik. Saat ditawarkan untuk menggantikan Anuar, saya rasa ia satu penghormatan kerana lagu itu memang sukar.

"Saya juga gementar ketika menyanyikan lagu itu di atas pentas kerana inilah kali pertama saya menyanyikan secara langsung lagu Sedetik Lebih dihadapan orang ramai," tutur Jaclyn.

Tidak sah jika setiap tahun kelibat penyanyi Faizal Tahir tidak muncul di AJL sejak AJL 23.

Menepati ramalan, menerusi sebuah lagu berjudul Karma, Faizal layak dengan mudah. Faizal yang sibuk menyiapkan album terbaharunya memberitahu, tahun ini dia tidak akan membikin sebarang gimik 'gila' seperti terjun ke dalam air seperti tahun lalu.

"Saya gembira kerana lagu Karma layak bertanding, bagi saya dapat masuk ke final merupakan satu bonus. Saya tidak tahu bagaimana persembahan saya nanti tetapi apa yang pasti saya tidak akan membikin sebarang gimik gila kerana saya tidak mahu anak saya menonton ayahnya melakukan sesuatu yang gila di televisyen," ujarnya.

Persaingan sengit

Sementara Aizat yang merupakan juara AJL 24, tahun ini merupakan tahun ketiganya layak ke final AJL. Layak menerusi lagu Sungai Lui ciptaannya bersama abangnya Anas, Aizat bersyukur dan berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik.

"Menang kalah itu adat pertandingan. Walaupun pernah jadi juara tetapi persaingan tetap sengit, ada lagu yang saya jangka akan ke final tetapi tidak layak. Jadi, saya tidak dapat ramalkan apa yang juri fikir dan nilai. Apa sahaja boleh terjadi dan saya akan memberi persembahan yang baik untuk peminat dan penonton," katanya.

Penyanyi veteran, Sohaimi Moir Hassan yang layak ke final menerusi lagu kolaborasinya, Kalau Berpacaran menyambut keputusan juri dengan gembira kerana sepanjang bergelar penyanyi inilah pertama kali dia melangkah kaki ke pentas AJL.


MAMPUKAH lagu Penakut Yuna menguasai kemenangan dalam AJL 26 nanti selepas kontroversi yang melandanya pada AIM 18 baru-baru ini?


"Ketika zaman saya aktif menyanyi AJL tidak wujud lagi, selepas saya tidak menyanyi lagi, baru program ini muncul. Sekarang, selepas beberapa dekad, saya merupakan penyanyi paling tua dalam AJL 26. Apa pun saya memang cukup gembira kerana terlibat dalam AJL," kata Sohaimi.

Kemaraan penyanyi Alyah menerusi lagu Kisah Hati ciptaan Manusia Putih turut menepati ramalan. Meskipun masih dalam proses pemulihan daripada pembedahan penyakit apendiks yang dijalaninya tidak lama dahulu, vokal Alyah masih lagi bagus seperti sedia kala.

"Saya tidak boleh terlalu aktif menyanyi, banyak persembahan pentas saya tidak ambil buat masa ini kerana doktor menasihatkan saya untuk banyak berehat.

"Menyanyi menggunakan kekuatan daripada perut dan saya baru lepas membuat pembedahan apendiks, memang kadangkala menahan sakit ketika menyanyi. Alhamdulillah, saya dapat mara ke final dan kini saya akan fokus untuk persembahan final AJL 26," tutur Alyah.

Siapa yang akan memenangi lagu terbaik pada AJL 26 hanya akan diketahui pada malam final yang akan berlangsung pada 29 Januari tahun depan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Full content generated by Get Full RSS.

Saingan getir Masterchef

Posted:

Saingan getir Masterchef

Saingan getir Masterchef

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


MOHAMMAD Danial Firdaus menganggap dirinya bertuah kerana masih bertahan dalam Masterchef Malaysia.


PERNAH beberapa kali tersenarai dalam peserta penyingkiran dan pernah juga diangkat peserta terbaik dan bersaing seorang diri bersama chef selebriti profesional, Mohammad Danial Firdaus Shaharuddin, 18, masih tidak percaya dirinya masih bertahan dalam program Masterchef Malaysia.

Dia tahu pengalamannya begitu cetek berbanding peserta lain namun semangat dan sikap ingin sentiasa belajar menyebabkan peserta kelahiran Gelugor, Pulau Pinang itu masih bertahan dalam pertandingan masakan realiti pertama di Malaysia itu.

"Memang saya tak sangka dapat bertahan lama dalam Masterchef Malaysia. Kadang-kadang saya fikir sukar untuk bertanding bersama-sama dengan peserta yang lebih tua daripada umur saya. Malah, memiliki pengalaman yang lebih banyak.

"Untuk itu, saya sentiasa bersemangat dan memberikan yang terbaik. Memang saya ingin menang dalam pertandingan ini. Jadi, kritikan-kritikan yang juri-juri berikan menjadi platform kepada saya untuk terus belajar dan memperbaiki masakan saya," katanya yang merupakan peserta paling muda dalam program Masterchef Malaysia.

Berkongsi pengalaman manis dan pahit sepanjang dalam program ini, luah Danial, dia pernah dikritik hebat oleh juri-juri ketika menyediakan hidangan burger. Ketika itu, dia bersama dua peserta lain terpaksa menyediakan hidangan yang enak dan menarik dalam cabaran penyingkiran.

"Bayangkan kami adalah peserta yang tersenarai dalam cabaran penyingkiran. Jadi, kami perlu bersaing untuk menyediakan hidangan enak dan menarik supaya tidak disingkirkan.

"Ketika mempersembahkan hidangan saya, juri-juri mengkritik hidangan burger saya dan mengatakan esen vanila yang saya letak tidak sesuai dimasukkan dalam hidangan itu. Memang saya rasa akan tersingkir pada masa itu tetapi alhamdulillah saya terselamat," ungkapnya yang turut menceritakan pengalaman bertanding bersama chef selebriti merupakan pengalaman manis buat dirinya.

Beza antara peserta

Mengenai perbezaan antara peserta lelaki dan perempuan dalam Masterchef Malaysia, kata Danial, peserta lelaki lebih ramai pandai memasak berbanding wanita yang ketara hanya beberapa sahaja yang menonjol.

Tidak lokek berkongsi pandangannya, Danial menganggap Wahidan Ag Supain, 42, dan Arshad Zamir Mohd Azmi, 19, merupakan peserta yang tidak menyerlah tetapi mampu memberikan saingan hebat kepadanya.

"Secara keseluruhan, walaupun Zamir dan Wahidan merupakan peserta yang tidak menyerlah tetapi prestasi mereka sentiasa meningkat dan mereka merupakan antara peserta terbaik.

"Bagi wanita pula, saya melihat Ezani Farhana Md. Monoto dan Amita Tan See Yin memberi saingan kepada saya dan juga peserta-peserta lain," ujarnya yang bercita-cita untuk sambung belajar dalam bidang masakan atau bekerja di restoran dan hotel terkemuka untuk menimba pengalaman dalam bidang masakan.

Bagi seorang lagi peserta Masterchef Malaysia, Azlina Shah Shaharuddin, 29, dia mengaku menimba pengalaman yang banyak dalam pertandingan itu.

Jika sebelum ini dia memasak dengan teknik yang salah tetapi selepas menyertai Masterchef Malaysia dia mula belajar teknik-teknik yang betul dalam masakan.

"Saya banyak belajar daripada chef-chef. Mereka tidak segan dan jemu memberi ilmu kepada kami. Baru saya tahu sebelum menyertai pertandingan ini saya banyak memasak dengan teknik yang salah. Disebabkan itu hidangan saya rasa lain," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Turut meminta padangan serupa dengan Danial mengenai peserta-peserta wanita dan lelaki yang masih bertahan, kata Azlina, setiap peserta mempunyai kelebihan dan kelemahan.

Apa yang penting, ujar Azlina, mereka sentiasa belajar antara satu sama lain dan berkongsi tip-tip masakan. Namun, dia juga tidak menidakkan saingan getir yang semakin terasa apabila seorang demi seorang peserta tersingkir dalam pertandingan itu.


HIDANGAN berasaskan buah-buahan daripada Danial.


"Jika dilihat dari segi perbezaan peserta lelaki dan wanita. Bagi saya, wanita memasak daripada hati. Kami memang enjoy memasak. Lelaki pula lebih kepada mindset dan mengikut teknik. Namun, semuanya berusaha untuk memberi yang terbaik dalam setiap cabaran," katanya jujur dan menganggap Ezani dan Felix Tan Pitt Yinn, 24, merupakan peserta Masterchef Malaysia yang paling konsisten.

Tidak mengetahui nasib yang bakal menimpa, Azlina sudah mempersiapkan diri dan merancang untuk mengusahakan katering selepas sahaja Masterchef tamat.

"Rancangan masa depan saya mahu buat katering. Ia lebih kepada katering untuk jamuan-jamuan kecil," katanya lagi.

Menangis, berpelukan

Menurut salah seorang juri Masterchef Malaysia, Chef Zubir Md. Zain, 45, sejak dari awal pertandingan itu berlangsung sehingga kini, dia tidak menduga bahawa peserta-peserta yang terdiri daripada golongan profesional mampu memasak dengan baik dan menarik.

"Apa yang saya lihat, ramai peserta daripada golongan profesional sangat passionate dalam bidang masakan. Mereka ada inovasi dan kreativiti untuk menghasilkan masakan yang baik. Contoh macam Ezani dan Amita.

"Bagi peserta lelaki pula, saya tak sangka Zamir yang baru berusia 19 tahun yang kini masih belajar dalam bidang kejuruteraan mampu konsisten dan memasak dengan bagus. Brian juga seorang yang kreatif dan minat dalam masakan Perancis. Namun, dia juga mampu memasak masakan Malaysia dengan baik," katanya yang berkongsi pandangan mengenai peserta-peserta Masterchef Malaysia.

Jelas Chef Zubir, walaupun peserta-peserta Masterchef Malaysia tidak mempunyai asas yang kukuh dalam bidang masakan dan tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang masakan, mereka mampu memasak dengan baik. Walaupun tidak mencapai tahap 100 peratus baik tetapi ia menepati kriteria yang diinginkan.

Ditanya mengenai peserta-peserta yang masih berada dalam Masterchef Malaysia, kata Chef Zubir, masa ramai-ramai dahulu semangat setia kawan peserta dilihat begitu kuat.

"Jika salah seorang keluar mereka akan menangis dan saling berpelukan namun bila peserta semakin sikit semangat berkawan itu agak kurang. Masing-masing bersemangat untuk bersaing dan memberikan yang terbaik untuk mendapatkan wang RM100,000 dan menerbitkan buku masakan sendiri malah gelaran juara sudah diimpikan mereka," ujarnya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved