Khamis, 20 Oktober 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Fenomena Law Kana Bainana

Posted:

Fenomena Law Kana Bainana

Fenomena Law Kana Bainana

SEBIJI buah epal yang masak ranum dilihat berada di atas lantai sebuah pasar raya di Bandar Jeddah, Arab Saudi. Beberapa orang yang lalu lalang berhampiran tempat jualan buah-buahan dan sayur segar itu langsung tidak mengendahkannya.

Kemudian, apabila seorang wanita muda berjubah hitam lengkap berpurdah melalui kawasan tersebut, dia pantas mengangkat buah epal yang berada di lantai lalu diletakkan semula di tempat asalnya.

Tindakan wanita itu ternyata mengundang sekuntum senyuman buat seorang lelaki yang bersembunyi sambil memerhatikan situasi tersebut melalui kamera tersembunyi di satu sudut pasar raya itu.

Tanpa menunggu lebih lama, lelaki yang mempunyai lesung pipit di pipi itu bergerak untuk menemui wanita tersebut. Ucapan tahniah tidak lekang diucapkan kerana kelakuan baik yang ditunjukkan wanita berkenaan.

"Terima kasih saudari kerana mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW yang sudah pasti tidak akan suka seandainya nikmat atau rezeki dibiarkan terjatuh di lantai begitu sahaja.

"Soalan saya, seandainya Rasulullah SAW ada di hadapan saudari selama seminit, apakah yang mahu saudari ucapkan kepada Baginda?" demikian pertanyaan yang dilontar pengacara berkenaan sekali gus menusuk hingga ke lubuk hati paling dalam bagi sesiapa yang mendengarnya.

Tiada jawapan yang keluar dari bibir wanita itu melainkan mutiara jernih yang mengalir dari kelopak matanya. Sejurus menghela nafas, dia pantas mengungkapkan: "Ia satu soalan yang sukar. Duduk bersama Baginda adalah impian semua orang. Andainya ia berlaku, saya ingin meminta kepadanya agar membawa saya jauh dari dunia ini."

Itu antara pengisian rancangan televisyen bertajuk Law Kana Bainana (Andai Rasulullah SAW Bersama Kita) yang dicetuskan oleh Ahmad Al Shugairi, 38, merangkap pengacara untuk program yang menjadi fenomena di Semenanjung Tanah Arab dan di serata dunia.

Program berbentuk dakwah itu bertujuan mengajak umat manusia untuk mengenali keperibadian mulia Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan sebagai pembawa rahmat bagi sekalian alam.

Terbahagi kepada beberapa segmen, ternyata program itu mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan terutama bagi golongan muda yang semakin melupakan keagungan insan bernama Muhammad bin Abdullah itu.

Bagaimanapun, inisiatif yang diambil Ahmad bagi menerbitkan rancangan sedemikian membuktikan bahawa sebenarnya segala amalan dan sunnah Nabi SAW masih menjadi ikutan serta pegangan sebahagian umat Islam di dunia ini.

Antara segmen yang terdapat dalam rancangan itu seperti rakaman kamera tersembunyi untuk mengetahui tindakan seseorang individu dalam pelbagai situasi, temu bual dengan pelbagai tokoh dalam bidang tertentu termasuk yang bukan Islam mengenai pandangan mereka terhadap Nabi SAW dan penceritaan sirah-sirah Nabawiyah secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam kepada penonton.


POPULARITI Ahmad menyebabkan dia sentiasa menjadi tumpuan lensa wartawan.


Pintu hati terbuka

Ironinya, Ahmad sendiri mengakui bahawa dia bukanlah seorang sheikh atau pendakwah yang memiliki ilmu agama yang luas dalam mengajak manusia mengenali Rasulullah SAW. Namun, rasa cinta yang menggunung tinggi terhadap Baginda SAW merupakan faktor utama dia berbuat demikian.

"Saya bukan seorang sheikh. Tetapi, apabila mula belajar untuk mengenali ketokohan Rasul Junjungan, saya terus jatuh cinta kepada Baginda dan berusaha mempelajari sirah-sirah yang menceritakan tentang keistimewaan Nabi Muhammad SAW," ujar Ahmad ketika ditemu bual oleh akhbar The New York Times pada tahun 2009.

Menyingkap latar belakang Ahmad yang berasal dari Arab Saudi, dia pernah melalui zaman gelap sebagai seorang anak muda yang lalai daripada melakukan tuntutan agama.

Dilahirkan pada tahun 1973 dalam sebuah keluarga kosmopolitan yang kaya, Ahmad kemudian melanjutkan pengajian di sebuah kolej di Long Beach, California pada usia 17 tahun.

Bertitik tolak dari situlah, dia mula mengabaikan suruhan agama seperti tidak bersolat dan tidak berpuasa. Sama seperti anak muda lain, Ahmad lebih gemar menghabiskan masa dengan acara hiburan dan keseronokan. Merokok, berseronok dengan wanita dan meminum arak antara perilaku negatif yang pernah dilakukan pemuda itu.


AHMAD turun ke padang sendiri untuk rakaman dengan orang ramai.


Cuma, apabila mengambil keputusan untuk berkahwin pada usia 22 tahun, Ahmad berusaha menjalani kehidupan menurut ajaran Islam yang sebenar. Dia turut menyesali kehidupan bebas yang dilalui ketika remaja.

Rentetan itu, Ahmad bertindak kembali ke Arab Saudi di samping mahu menguruskan perniagaan milik bapanya. Namun, isterinya tidak mahu mengikut corak hidup Ahmad yang mula berubah ke arah lebih Islamik dan ia membuatkan pasangan itu mengakhiri perkahwinan mereka dengan perceraian.

Di sana, Ahmad mula belajar dengan seorang ulama bernama, Adnan al-Zahrani yang mendedahkan kepadanya tentang idea bahawa kekuatan Islam datang daripada kepelbagaian dan keterbukaan dengan cara-cara pemikiran yang baharu.

Buat kali pertama, Ahmad menemui satu cara untuk mengimbangi gelodak jiwanya yang berperang dengan kehidupan sendiri di Amerika Syarikat dan Arab Saudi.

Di Jeddah, Ahmad kemudian membuka sebuah kafe yang dinamakan Al-Andalusia untuk golongan muda mempelajari lebih lanjut tentang Islam menerusi koleksi buku-buku Islamik yang disediakan di kafe tersebut.

Sebelum menerbitkan rancangan Law Kana Bainana, Ahmad telah berjaya menarik perhatian dan menjadi inspirasi kepada ribuan pemuda pemudi di tanah Arab melalui program televisyen bertajuk Khawater (Pemikiran) sejak tahun 2004 hingga 2010.

Rancangan tersebut memberi tumpuan tentang bagaimana kehidupan Muslim pada masa dahulu dan zaman sekarang. Ia kemudian diiktiraf sebagai program paling berjaya di dunia Arab yang disiarkan sepanjang bulan Ramadan pada setiap tahun.


LOGO rancangan Law Kana Bainana yang menjadi fenomena di Tanah Arab.


"Orang Islam dahulu kala merupakan cendiakawan dalam pelbagai bidang termasuk sains, perubatan, astronomi dan matematik. Justeru, kita harus bangkit kembali untuk memastikan kegemilangan Islam akan terus berkekalan pada masa akan datang," tutur Ahmad kepada Rahima al-Balushi, wartawan akhbar Times of Oman.

Bagi wartawan The New York Times, Robert F. Worth yang pernah menemu bual Ahmad, dia menganggap lelaki itu seorang bintang generasi baharu yang dikenali sebagai sheikh satelit.

"Menerusi beberapa rancangan televisyen yang diterbitkannya, Ahmad banyak membantu masyarakat dunia dalam meningkatkan pemahaman sebenar terhadap Islam yang sering dipandang serong.

"Pendekatan dakwah yang digunakan Ahmad sangat berhemah dan mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang didekatinya," kata Robert.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mangsa simbah asid bedah mata

Posted:

Mangsa simbah asid bedah mata

Mangsa simbah asid bedah mata

Oleh NOR IDAYU BOSRO
idayu.bosro@kosmo.com.my

Shafiq Aiman selepas selamat menjalani pembedahan mata di HKL, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Dua beradik yang mengalami kecederaan parah selepas menjadi mangsa simbahan asid oleh seorang lelaki di Felda Ketumbar Jengka 9, Maran pada 19 Julai lalu selamat menjalani pembedahan mata di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.

Kedua-dua beradik itu, Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, dan Shafiq Aiman, 10, menjalani pembedahan tersebut yang bermula pada pukul 9 pagi dan memakan masa selama tujuh jam.

Ibu kepada dua beradik itu, Norhashimah Julaili Mansur, 44, memberitahu, tujuan pembedahan tersebut bagi membolehkan mata kedua-dua anaknya dapat dipejam secara normal.

"Sebelum dibedah, mereka tidak boleh memejam mata kerana kelopak mata mereka mengalami kerosakan.

"Jadi, melalui pembedahan tersebut, doktor ambil kulit pada bahagian belakang cuping telinga untuk dijadikan kelopak mata baharu bagi memudahkan mata mereka ditutup dan dibuka," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam kejadian pada 19 Julai lalu, dua beradik itu mengalami kecederaan parah apabila disimbah cuka getah oleh seorang pekerja ladang yang juga jiran mangsa ketika dalam perjalanan ke rumah kawan mereka di Felda Ketumbar Jengka 9, Maran, Pahang.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Aziz Bari digantung tugas

Posted:

Aziz Bari digantung tugas

Aziz Bari digantung tugas

Oleh HISHAM IDRIS dan LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Pakar perlembagaan, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari (gambar kecil) digantung tugas sebagai pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkuat kuasa kelmarin.

Beliau digantung tugas berikutan sepucuk surat yang diterimanya daripada Sekretariat Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan, Unit Perundangan UIAM tengah hari kelmarin.

Ketika dihubungi Kosmo! semalam, Abdul Aziz berkata, beliau menerima surat tersebut secara serahan tangan.

"Ya, memang saya ada terima surat itu kelmarin tetapi tak perlulah untuk saya luahkan sama ada mahu katakan suka atau marah," katanya.

Beberapa portal berita melaporkan berikutan surat tersebut, Abdul Aziz masih mendapat gaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Bagaimanapun beliau dilapor tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus UIAM di Gombak.

Beliau juga diberi masa sehingga 25 Oktober ini untuk menjawabnya.

Ditanya mengenai reaksi para pelajarnya terhadap situasi terkini dirinya, beliau amat terharu dan tersentuh hati dengan pelbagai respons yang diterimanya.

Sementara itu, Pengarah Perhubungan Awam UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, surat tunjuk sebab tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepadanya menjelaskan mengenai isu-isu yang dikaitkan dengannya.

Beliau berkata, sekretariat itu sedang mengumpul maklumat lengkap mengenai isu yang dikaitkan dengan Abdul Aziz.

"Sekretariat itu akan menilai secara terperinci sama ada kenyataan beliau yang merupakan seorang ahli akademik dan pensyarah bercanggah dengan mana-mana peraturan universiti," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Amah Indonesia kembali ke Malaysia 1 Disember

Posted:

Amah Indonesia kembali ke Malaysia 1 Disember

Amah Indonesia kembali ke Malaysia 1 Disember


NAJIB bersalaman dengan Susilo selepas sidang akhbar bersama pada majlis Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia kali ke-8 di Mataram, Indonesia semalam.


MATARAM (Lombok) – Pembantu rumah Indonesia dibenarkan dihantar semula ke Malaysia mulai 1 Disember ini, sekali gus menamatkan moratorium lebih dua tahun untuk penghantaran tenaga kerja sektor informal ke Malaysia.

Keputusan mengenai perkara itu diumumkan pada sidang akhbar bersama oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada akhir mesyuarat delegasi dua hala acara Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia di sini semalam.

"Kita ketahui banyak saudara Indonesia yang bekerja di Malaysia. Oleh itu, kita sepakat memberi perlindungan dan bantuan sebaiknya kepada tenaga kerja Indonesia.

"Kita juga telah bersepakat bahawa dengan diadakan perubahan tentang pengambilan dan penempatan tenaga kerja Indonesia yang ditandatangani pada 2006, mendatangkan perubahan positif kepada Indonesia. Insya-Allah pada 1 Disember kita akan menormalisasikan hal ini," kata Susilo ketika mengumumkan hasil pertemuan itu.

Indonesia melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia.

Berikutan itu, kedua-dua negara telah berunding sehingga satu kata sepakat dicapai dengan menandatangani protokol meminda beberapa peruntukan dalam memorandum persefahaman 2006 itu, yang diadakan di Bandung pada 30 Mei lalu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Photomarathon membidik foto terbaik

Posted:

Photomarathon membidik foto terbaik

Photomarathon membidik foto terbaik

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my

SEMANGAT para peserta Fotomarathon dapat dilihat dalam rakaman gambar ini.


SUASANA pada pagi Sabtu lalu di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur sangat berbeza daripada hari-hari biasa. Lautan orang ramai yang berpakaian warna merah sambil memegang kamera mendominasi ruang legar dan siar kaki serta di ruang pintu masuk menghadap Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Mereka ialah sebahagian daripada lebih 1,300 orang peserta acara Photomarathon Canon Malaysia kali kelima yang sejak pukul 7 pagi sudahpun menunggu untuk memulakan lumba maraton unik itu.

Tidak perlu berlari sehingga puluhan kilometer, Photomarathon dibahagikan kepada tiga bahagian dengan tema yang berbeza. Para peserta wajib menghasilkan foto yang tepat, sesuai dan berkualiti dalam masa yang ditetapkan.

Tema adalah rahsia dan hanya diberitahu saat pelepasan peserta iaitu pukul 9 pagi, 2 petang serta 4 petang. Pertandingan tersebut berakhir pada pukul 6 petang dengan setiap peserta harus menghantar sendiri foto penyertaan mereka.

Para peserta terdiri daripada pengguna kamera daripada pelbagai tahap kemahiran iaitu daripada jurugambar profesional sehingga kepada individu-individu yang baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang fotografi.

Kumpul pengalaman

Bagi jurugambar amatur, langkah menyertai pertandingan seumpama itu bukan semata-mata untuk mendapatkan hadiah apatah lagi mahu menyaingi jurugambar profesional.

Menurut Zulkarnain Hafiz, 26, dia menganggap pertandingan sebegitu sebagai sebuah platform untuk dia mengembangkan ilmu pengetahuan dan rangkaian kenalan dalam bidang fotografi.

"Ia bermula sebagai hobi untuk melegakan tekanan bekerja tetapi lama-kelamaan menjadi pekerjaan sampingan pula. Paling sukar adalah belajar seting kamera secara manual," ujarnya yang memiliki kamera Canon model EOS 50D.

Disebabkan oleh perkara tersebut, Zulkarnain yang pertama kali menyertai Photomarathon itu berharap dapat menajamkan skil membidik foto daripada peserta lain sepanjang pertandingan berlangsung.

Sementara itu, jejaka dari Klang, Selangor, Chan Kok Beng pula sanggup bangun awal pagi hanya untuk menyertai Photomarathon tersebut. Baru lebih kurang setahun serius dalam mendalami ilmu fotografi, dia hadir berseorangan ke perlumbaan tersebut.

"Hanya minat yang mendorong saya datang ke sini. Ia akan memberi pendedahan yang luas kepada saya kerana pertandingan ini melibatkan jurugambar profesional sama ada sebagai peserta atau hakim," katanya ketika ditemui sedang menunggu saat pelepasan peserta.


ANTARA gelagat peserta acara yang menghangatkan ibu negara baru-baru ini.


Dia yang meminati foto-foto berbentuk landskap dan potret mengakui bahawa bidang fotografi sangat mahal kerana menggunakan peralatan yang moden dan terkini bagi hasil yang baik.

Jadi, Kok Beng ada membuat kerja-kerja sampingan seperti mengambil foto perkahwinan dan potret sama ada luar rumah atau dalam studio.

Lain pula kisahnya dengan seorang eksekutif jualan, Defney Chong Yu Wan, 33, yang juga pada mulanya berjinak-jinak dengan hobi mengambil gambar selepas sering mengikuti suaminya.

Suaminya, Clavenn Choo Chin Kiat, 34, sudah tujuh tahun terlibat dengan hobi tersebut dan sering mengikuti pertandingan-pertandingan seperti itu, cuma bagi Photomarathon Canon pada tahun ini, dia menyertainya buat kali pertama.

"Pertandingan seperti ini amat bagus kerana dapat merapatkan hubungan sesama kami selain bagi pendedahan kepada individu seperti saya," ujarnya ringkas ketika ditemui di samping suaminya.

Amal

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, Photomarathon Canon kali ini lebih bermakna apabila pihak Canon diwakili oleh Presiden Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd., Melvyn Ho menyerahkan sekeping cek bernilai RM25,960 kepada Yayasan Penyelidikan Barah Payudara Kebangsaan (NBCRF).

"Bersempena bulan kesedaran kanser payudara pada bulan Oktober ini, pihak Canon mengambil keputusan untuk menyerahkan semua bayaran penyertaan sebanyak RM20 kepada pihak persatuan sebagai tanda sokongan," kata Melvyn.

Pada acara tersebut, cek telah diserahkan kepada Penaung NBCRF, Datin Seri Akmal Abdul Salam sebelum acara pelepasan peserta dilakukan.

Tambah Melvyn, aktiviti kemasyarakatan seperti yang dilakukan pada tahun ini pasti akan berterusan pada tahun-tahun akan datang.

Selain itu, gerai-gerai mencetak gambar dengan menggunakan pencetak Pixma Canon turut diadakan dan setiap keping foto akan dikenakan bayaran sebanyak RM10. Hasil kutipan akan terus didermakan kepada NBCRF.

Sebuah pameran foto bertajuk Canon Signature Gallery turut diadakan dari 19 hingga 23 Oktober di ruang legar Pavilion. Antara foto-foto yang dipamerkan adalah hasil kerja Zainal Abdul Halim, Peter Tan, Harry Woo dan Ng Kok Leong selain 10 keping gambar terbaik daripada peserta Photomarathon.

Seramai 10 orang pengadil akan mengadili peserta Photomarathon Canon pada tahun ini seperti jurugambar Reuter, Zainal Abdul Halim, bekas Ketua Jurugambar Kumpulan Utusan, Syed Agil Syed Jaafar dan Editor Foto The Star Publications, Ng Kok Leong.

Pemenang hanya akan diketahui pada 22 Oktober ini di Laman Tengah Pavilion pada pukul 11 pagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Don't Know Much teksi juara

Posted:

Don't Know Much teksi juara

Don't Know Much teksi juara


PERTANDINGAN mencari harta karun menggunakan teksi antara idea sangat unik dalam merapatkan pemandu teksi dengan pengguna.


PERLUMBAAN mencari harta karun teksi bertema Having Fun With Sunlight yang dianjurkan oleh Sunlight Taxi berakhir dengan kejayaan apabila lebih 300 pemandu teksi dan orang ramai mengambil bahagian.

Malah, mereka sanggup meredah hujan di sekitar Lembah Klang semata-mata untuk mengumpul harta karun demi keseronokan dan misi kebajikan di samping mahu merebut hadiah utama bernilai RM2,000.

Bagaimanapun, di sebalik semangat dan kesungguhan yang dipamerkan setiap peserta, akhirnya pasukan Don't Know Much dimahkotakan sebagai juara pencarian tersebut.

Secara umum, terdapat 49 pasukan yang telah mengambil bahagian dalam acara julung-julung kali diadakan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM30,000.

Ketika ditemui sambil bergurau, pasukan Don't Know Much berkata, mereka mungkin tidak mempunyai banyak pengetahuan mengenai selok-belok pencarian harta karun tetapi, mereka sedar pentingnya setia kawan dan semangat kerja berpasukan.

Tiga kawan lama, Mohd. Md. Taib, Ahmad Zarmilan Mohamad dan Ahmad Iznie, masing-masing pernah menyertai dan memenangi perlumbaan mencari harta karun sebelum ini, tetapi ini adalah kali pertama mereka mengambil bahagian bersama-sama sebagai satu pasukan untuk memenangi hadiah utama.

"Daripada pengalaman lalu, kami memang menduga akan menduduki tempat dalam lima kumpulan teratas, tetapi kami terkejut apabila diumumkan sebagai juara.

"Perlumbaan ini memang menyeronokkan, unik dan meninggalkan kenangan manis. Buat pertama kali, kami tidak perlu memandu dalam perlumbaan mencari harta karun, sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada pemandu teksi untuk membawa kami.


WEI YEE (kanan) memberikan barangan makanan yang dijumpai peserta mencari harta karun kepada penghuni Rumah Hope.


"Malah, kami menghabiskan banyak masa berkomunikasi dengan pemandu teksi kami. Pengalaman ini membuka mata dan menyedarkan kami betapa mencabarnya tugas sebagai seorang pemandu teksi yang terpaksa dilalui setiap hari," kata Mohd. sambil tersenyum.

Niat murni

Perlumbaan mencari harta karun itu juga bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sunlight Taxi dan Magnum sebagai penaja utama, KK Supermart sebagai penaja perak dan Fotokem sebagai penaja gangsa, melawat Rumah Hope iaitu rumah perlindungan untuk kanak-kanak terabai dan teraniaya selepas perlumbaan untuk mendermakan semua harta karun yang dikumpulkan kepada rumah tersebut.

Tidak ketinggalan, Sunlight Taxi juga menyumbangkan RM500 setiap bulan kepada Rumah Hope untuk kos petrol mereka.

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Azhar Ahmad yang melepaskan peserta, menyifatkan perlumbaan mencari harta karun teksi yang julung-julung kali diadakan itu sebagai satu usaha yang menyeronokkan dan bermakna untuk merapatkan jurang antara pemandu teksi dan orang ramai.

Teknologi canggih

Malah, ia juga merupakan satu cara untuk menaikkan semangat pemandu teksi yang sentiasa berusaha menambah pendapatan untuk hidup yang lebih selesa.


AZHAR (empat dari kanan) melepaskan lebih 49 buah teksi dalam pertandingan mencari harta karun.


"Hingga kini terdapat 37,000 pemandu teksi berdaftar di Lembah Klang. Nisbah ini adalah 3.5 kali lebih tinggi berbanding pemandu teksi di New York.

"Bagaimanapun, pendapatan pemandu teksi di New York adalah lebih tinggi daripada pemandu tempatan yang mendapat 30 peratus daripada hasil mereka bagi masa yang dihabiskan di jalan raya, manakala pemandu teksi di New York meraih lebih daripada 60 peratus daripada hasil pendapatan mereka.

"Bila kita meneliti perbandingan ini, kita akan dapati perbezaannya terletak pada teknologi canggih. Di New York, pemandu teksi menggunakan perkhidmatan GPS untuk membolehkan orang ramai membuat panggilan ke pusat panggilan untuk mendapatkan khidmat teksi.

"Ini membolehkan waktu 'pusing balik' yang lebih singkat dan menjana lebih pendapatan untuk pemandu teksi," kata Azhar sambil melahirkan rasa gembira apabila mengetahui bahawa Sunlight Taxi telah mengambil langkah untuk menggunakan sistem GPS dalam teksi mereka bagi menambah pendapatan pemandu teksi.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Sunlight, Choi Wei Yee berkata, pihaknya berhasrat untuk menganjurkan lebih banyak program pendidikan dan latihan untuk pemandu mereka pada tahun hadapan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sunlight Taxi boleh menghubungi talian 1300-800-222 (CAB) atau buat tempahan dalam talian melalui laman web www.sunlighttaxi.com.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Culik: Remaja antara yang ditahan

Posted:

Culik: Remaja antara yang ditahan

Culik: Remaja antara yang ditahan

20/10/2011 8:07pm

SHAH ALAM — Polis Selangor menahan enam individu, termasuk remaja perempuan berumur 14 tahun, bagi membantu siasatan kes penculikan seorang Pengurus Insurans di Batu Caves Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd. Adnan Abdullah berkata, remaja perempuan itu ditahan di sekitar Kepong antara 11 malam hingga 12 tengah malam pada hari kejadian.

Beliau berkata, mangsa diculik pada 8 pagi berhampiran sebuah sekolah di Taman Medan Batu Caves oleh tiga lelaki yang bersenjatakan parang dan menaiki sebuah kereta.

Katanya, selepas itu, isteri mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki meminta wang tebusan sebanyak RM350,000 bagi membebaskan suaminya pada hari yang sama.

Bagaimanapun, mangsa kemudian dibebaskan dalam keadaan selamat pada hari berkenaan dan tiada wang tebusan dibayar kepada penculiknya.

Mohd. Adnan berkata, seorang daripada lima suspek lelaki yang ditahan memiliki rekod jenayah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, mereka ditahan reman sehingga 25 Okt dan kes disiasat mengikut Akta Culik 1961.

Katanya, polis turut merampas tujuh telefon bimbit dan dua buah kereta. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Dua parah jatuh bangunan

Posted:

Dua parah jatuh bangunan

Dua parah jatuh bangunan

20/10/2011 7:55pm

KUALA LUMPUR — Dua pencuci tingkap warga asing nyaris maut selepas terjatuh semasa sedang bekerja di tingkat lima sebuah bangunan di Jalan Kia Peng, di sini hari ini.

Bagaimanapun podium di tingkat tiga bangunan berkenaan telah menyelamatkan pekerja asing Indonesia dan Bangladesh berusia dalam lingkungan 20-an itu, kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail.

"Kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila dua pekerja itu melakukan kerja-kerja pembersihan tingkap luar dengan menaiki gondola di bangunan 32 tingkat itu.

"Bagaimanapun, tali gondola itu putus menyebabkan mereka terjatuh di atas podium pada tingkat tiga," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dapat dibawa turun oleh anggota Bomba dengan dibantu orang awam kira-kira setengah jam kemudian.

Azizan berkata, mereka cedera parah termasuk patah kaki dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Dalam kejadian itu, sebuah jentera bomba dari Balai Bomba Hang Tuah dan 14 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kira-kira 2.18 petang. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Penganggur dipenjara empat tahun

Posted:

Penganggur dipenjara empat tahun

Penganggur dipenjara empat tahun

20/10/2011 5:25pm

SHAH ALAM - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merompak seutas rantai emas milik seorang wanita warga Sri Lanka pada Ahad lepas.

Hakim Mohamed Mohzani Mokhtar memerintahkan Ronnie Rikson Aron, 30, berasal dari Sarawak, menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada hari kejadian 16 Oktober lepas.

Dia didakwa merompak Priantha Samara Arachachi, 30, menyebabkan wanita itu kerugian RM1,000 di Persiaran Budiman, Taman Seri Muda, Seksyen 25 di sini, pada 4.40 petang.

Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak menarik rantai mangsa dari belakang ketika wanita itu sedang berjalan bersama suaminya.

Suami mangsa kemudian mengejar tertuduh dan berjaya menangkapnya 20 meter dari tempat kejadian. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Thai nafi sekat maklumat banjir

Posted:

Thai nafi sekat maklumat banjir

Thai nafi sekat maklumat banjir

Sebuah lori digunakan untuk mengangkut mangsa-mangsa banjir di Bang Bua Thong, wilayah Nonthaburi, pinggir Bangkok semalam.


BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra semalam mempertahankan integriti kerajaan di sebalik kesangsian yang hangat diperkatakan mengenai maklumat yang diberikan oleh kerajaan ketika negara itu berdepan dengan banjir terburuk dalam tempoh puluhan tahun.

"Kami menyatakan kebenaran kepada rakyat Thailand. Kami tidak menyembunyikan sebarang maklumat daripada orang awam tetapi banjir kebetulan adalah amat kritikal.

"Kami tidak ada masa untuk bermain politik kerana kita perlu menyelesaikan masalah rakyat," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Perdana Menteri itu memberi respons kepada satu soalan sama ada sudah tiba masa untuk kerajaan memaklumkan kisah sebenar apabila menyalurkan maklumat kepada orang awam.

Soalan itu timbul berikutan beberapa pihak percaya kerajaan menyekat beberapa maklumat kerana bimbang dengan tamparan politik.

Lebih-lebih lagi, menurut tinjauan pendapat awam oleh Abac Poll baru-baru ini, rakyat memberi penarafan 3.4 daripada 10 mengenai prestasi menyeluruh Pusat Bantuan Operasi Banjir dalam menyalurkan maklumat kepada orang ramai.

Tambahan pula, 87 peratus responden menyifatkan maklumat dan berita dari pusat itu tidak boleh dipercayai manakala 86 peratus berpendapat pusat itu tidak memberikan maklumat yang jelas.

Menurut tinjauan itu, sistem amaran awal banjir mendapat penarafan hanya 3.1 daripada 10.

Kekecewaan orang awam semakin meningkat di sebalik arahan dalam beberapa kes di mana kilang dan orang awam diminta berpindah hanya selepas air banjir sudah sampai di depan pintu.

"Hari ini, kita berjuang menghadapi banjir besar. Kami tidak berjuang apa-apa lagi," kata Yingluck sambil menegaskan itu sahaja keutamaan kerajaan ketika ini.

Beliau meminta semua pihak memberi kerjasama kepada kerajaan dalam menangani krisis banjir itu serta menggesa orang ramai tidak mengalihkan beg pasir yang diletakkan sebagai penghadang banjir.

Kira-kira satu pertiga daripada negara itu masih lagi ditenggelami banjir dengan 2.4 juta penduduk dari lebih 10,000 kampung di 27 wilayah di utara dan tengah negara itu terjejas akibat bencana itu yang melanda secara berperingkat sejak 25 Julai lalu.

Selain itu, lebih 14,000 buah kilang dengan lebih 660,000 pekerja turut terjejas.

Lembaga Pembangunan Sosial dan Ekonomi Kebangsaan Thailand (NESDB) menganggarkan kerugian akibat banjir di lima kawasan perindustrian dengan jumlah tenaga kerja lebih 220,000 pekerja di Ayutthaya mencecah 120 bilion Baht (kira-kira RM12 bilion). – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Samsung keluar telefon Galaxy

Posted:

Samsung keluar telefon Galaxy

Samsung keluar telefon Galaxy


DUA model wanita menunjukkan telefon bimbit Galaxy Nexus
Android di Hong Kong semalam.


HONG KONG - Gergasi elektronik Korea Selatan, Samsung Electronics semalam memperkenalkan telefon bimbit terbaharunya, Galaxy Nexus.

Ia merupakan telefon pintar pertama menggunakan versi terkini sistem pengoperasian Android keluaran Google.

Galaxy Nexus merupakan hasil kerjasama Samsung-Google.

Pengeluaran itu adalah reaksi terhadap telefon pintar terbaharu keluaran Apple, iPhone 4S yang sudah dijual melebihi empat juta unit selepas kurang seminggu ia dipasarkan.

Dalam satu majlis pelancarannya di sini, Eksekutif Google, Andy Rubin berkata, sistem pengoperasian terkini Android itu yang dikenali sebagai Sandwich Ais Krim boleh digunakan pada telefon bimbit, komputer tablet dan pelbagai gajet lain.

Telefon itu turut memiliki teknologi pengecaman muka dan bukan kata laluan untuk mengaktifkannya.

Ia akan mula dijual pada bulan depan di Amerika Syarikat, Eropah, dan Asia termasuk China serta Jepun.

Harga telefon pintar tersebut bagaimanapun tidak didedahkan. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Pelajar kecewa Obama tahu mengenai Bieber

Posted:

Pelajar kecewa Obama tahu mengenai Bieber

Pelajar kecewa Obama tahu mengenai Bieber


Salah seorang pelajar bertanya kepada Barack Obama jika beliau mengetahui penyanyi Justin Bieber adalah rendah di Sekolah Tinggi Bluestone, Virginia kelmarin. – Reuters


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Presiden AS, Barack Obama ditanya sama ada beliau mengenali penyanyi remaja yang terkenal, Justin Bieber semasa beliau berkunjung ke negeri Virginia kelmarin.

Selepas bercakap mengenai kecemerlangan dalam pelajaran di Sekolah Tinggi Bluestone, Virginia, seorang pelajar perempuan bertanyakan kepadanya: "Adakah anda mengenali Bieber?"

Nampaknya, Presiden AS itu mengenali bintang pop tersebut.

Bieber pernah membuat persembahan dalam satu majlis perayaan di White House pada tahun lalu.

Presiden berusia 50 tahun itu memberitahu, Bieber ialah seorang pemuda yang baik.

Obama berkata: "Saya fikir dia sudah mempunyai teman wanita (Selena Gomez)."

Pelajar berkenaan juga ingin tahu sama ada Bieber rendah?

Dia ternyata kecewa apabila Obama menjawab" "Ya, dia rendah."

Obama sedang dalam rangka lawatan tiga hari di negeri Virginia dan Carolina Utara untuk memberi penerangan mengenai rang undang-undang pekerjaan yang dirangka oleh pentadbirannya. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Nilai vokal Forteen

Posted:

Nilai vokal Forteen

Nilai vokal Forteen

EMPAT jejaka mempunyai minat yang sama iaitu seni dipertemukan oleh komposer terkenal Edry Abdul Halim yang merupakan trio kumpulan KRU untuk membentuk kumpulan vokal bernama Forteen.

Forteen yang membawa maksud untuk remaja dianggotai oleh empat jejaka iaitu Saiful Ridzuan Abdul Hamid, 22, (Ariz); Muhammad Ridzuan Sharifuddin, 22, (One); Mohamad Arif Ameerais Azhar, 21, (Ameer) dan Muhammad Izzul Islam Mazlan, 21 (Izzue Islam).

Mereka yang kini sedang hangat dengan lagu single pertama berjudul Berdua Bersatu bersyukur dengan penerimaan peminat terhadap buah tangan pertama mereka.

"Tidak sangka, lagu Berdua Bersatu diterima ramai, kami semua bersyukur sangat kerana kami sedar bukan mudah untuk sesebuah disukai oleh segenap lapisan masyarakat.

"Memang konsep untuk lagu-lagu kami adalah pop balada dan sebuah kumpulan vokal bukannya tarian, mungkin sebab itu ramai yang boleh layan lagu ini tidak kiralah remaja atau orang dewasa," tutur Ariz.

Meskipun bernaung di bawah payung KRU, itu tidak bermakna imej serta lagu-lagu mereka seperti KRU sebaliknya mereka berusaha keras untuk tampil dengan imej dan identiti sendiri bagi membezakan mereka dengan kumpulan nyanyian yang pernah wujud di Malaysia.

"Orang sering salah anggap kami kumpulan tarian, sebenarnya kami kumpulan yang mempertaruhkan vokal berharmoni bukannya tarian.

"Lagu-lagu kami juga bergenre balada, malah imej kami kemas seperti berkemeja dan bersut . Jika ada orang ingin menyamakan kami dengan kumpulan Korea terpulang pada mereka. Bagi kami fesyen sangat subjektif," jawab One.

Menceritakan perjalanan seni mereka, ujar One yang sebelum ini dikenali sebagai Rizu kerana penyertaannya dalam program realiti popular One In A Million (OIAM) musim ketiga, keempat-empat mereka mempunyai perjalanan seni masing-masing sebelum ini.


FORTEEN terdiri daripada Ariz (kiri), Izzue, Ameer dan One.


Sebaik tamat OIAM, One yang berasal dari Ipoh, Perak itu cuba untuk muncul sebagai penyanyi solo, bagaimanapun tuah tidak menyebelahinya.

"Ramai yang mempertikaikan keputusan saya untuk menyertai Forteen kerana sebelum ini saya telah dikenali. Tetapi mereka tidak tahu, kerjaya saya sebagai penyanyi solo kurang memberangsangkan.

"Jadi, saya ingin mencuba sesuatu yang baharu tambahan kumpulan ini merupakan anak didik KRU, saya rasa keputusan yang saya ambil merupakan keputusan yang tepat," jawab One yang bersatu dengan Forteen pada Mac lalu.

Tambahnya lagi, peluang yang diberikan KRU kepadanya tidak akan datang buat kali kedua kerana hasratnya hanyalah untuk mengembangkan bakat seni yang dimiliki.

"Apa yang saya lihat sekarang ini sudah tidak ada kumpulan vokal seperti Forteen, jadi kemunculan kami pada waktu ini merupakan satu kelebihan dan diharap peminat akan menyokong kami," katanya.

Ameer yang merupakan pelajar semester akhir di Food Institute Of Malaysia sebelum ini aktif dengan band indie manakala Izzue Islam pula sebelum ini aktif dalam bidang seni sebagai pelakon sejak dua tahun yang lalu.

"Selepas habis sekolah saya berniaga burger di kampung, sebelum ke Kuala Lumpur dan kerja di kedai makan sebagai pembancuh air sebelum terjebak dalam bidang seni. Waktu itu saya hadir uji bakat drama Kampung Jaguh dan bermula dari situ saya bergiat aktif dalam lakonan," ujar Izzue.

Jelas Izzue yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu lagi dia menjadi salah seorang ahli Forteen selepas dia menghadiri uji bakat.

"Saya tidak sangka dapat bernaung dan mendapat tunjuk ajar daripada KRU kerana bagi saya nama mereka cukup besar dan pernah menghasilkan band-band pop yang popular," tuturnya yang pernah berlakon dalam drama Cita dan Cinta.


FORTEEN berharap agar kehadiran mereka sebagai grup vokal harmoni diterima baik.


Seorang lagi ahli mereka, Ariz pula dipanggil uji bakat selepas dia memuat turun video nyanyiannya di laman sosial video popular You Tube.

"Dalam kami berempat, saya yang paling tiada pengalaman dalam bidang seni, cuma saya memang minat menyanyi. Tidak sangka pula, daripada suka-suka kini nyanyian menjadi kerjaya yang serius buat saya," luah Ariz yang juga merupakan seorang jurugambar bebas.

Walaupun mereka masih baharu dan hanya mempunyai sebuah lagu single yang telah dirakamkan, Forteen mempunyai perancangan jangka panjang untuk meneruskan kelangsungan mereka dalam industri seni.

"Kalau boleh kami mahu nama Forteen dikenali ramai dan berjaya seperti mana kejayaan yang dikecapi oleh mentor kami iaitu KRU.

"Melihat kepada sambutan, mungkin kami akan merakam lagu single yang kedua. Tetapi buat masa ini kami memberi tumpuan yang sepenuhnya untuk mempromosikan lagu Berdua Bersatu.

"Kami sedar perjalanan masih panjang, tetapi untuk hari ini kami mengharapkan sokongan daripada peminat semua," luah One.

Full content generated by Get Full RSS.

Kim Kibum nafi bedah mata

Posted:

Kim Kibum nafi bedah mata

Kim Kibum nafi bedah mata


KIM KIBUM


SALAH seorang ahli Super Junior yang kini aktif berlakon, Kim Kibum menafikan yang dia telah menjalani pembedahan kosmetik untuk membesarkan matanya.

Pada 13 Oktober lalu, Kim Kibum membuat kemunculan sulungnya dalam drama Deep-Rooted Tree sebagai seorang pelajar kacak bernama Park Pang Nyun.

Beberapa syot jarak dekat pada wajahnya membuatkan peminat tertanya-tanya adakah dia melakukan pembedahan supaya alis matanya kelihatan berlapis.

Antara komen yang diberikan peminatnya: "Matanya kelihatan pelik dan matanya kelihatan berbeza daripada sebelum ini."

Selepas mendengar segala komen-komen mengenai matanya itu, Kim Kibum akhirnya memberikan respons akaun laman sosial Twitter miliknya dengan nada gurauan: "Ah… Pembedahan mendapatkan alis mata berlapis. Saya letak banyak solekan di wajah untuk menutup parut daripada pembedahan. Saya memang tidak melakukannya ."

Full content generated by Get Full RSS.

Kuasa veteran 59 tahun

Posted:

Kuasa veteran 59 tahun

Kuasa veteran 59 tahun

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my


JUARA! Baharuddin membuktikan walaupun sudah berusia 59 tahun, dia mampu menewaskan peserta lebih muda dalam pertandingan Bintang Nostalgia Klasik Nasional 2011.


WALAUPUN terlupa lirik dan juga melakukan kesilapan seperti bergumam (mumble) ketika menyampaikan lagu Kerana Mata, Baharuddin Bab, 59, tetap dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir Bintang Nostalgia Klasik Nasional 2011 yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Kemenangan yang diraihnya itu sekali gus membuatkan lelaki berasal dari Selangor itu mengalahkan 11 peserta lain yang juga diperakui juri memiliki kehebatan tersendiri.

Tergamam dan terkesima dengan kemenangannya itu, Baharuddin juga mengaku sedikit kecewa kerana melakukan kesilapan. Dia tidak mahu jika perumpamaan pepatah 'rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi' berlaku selepas kemenangannya itu.

"Syukur Alhamdulillah. Saya tidak menjangkakan kemenangan ini. Cuma saya fikir hanya dapat merebut hadiah sagu hati sahaja.

"Memang saya akui ada terlupa lirik dan sebagainya tetapi mungkin juri menilai kemenangan saya ini dari sudut yang lain," katanya ketika ditemui sejurus sahaja pertandingan akhir Bintang Nostalgia Klasik Nasional 2011.

Menyentuh mengenai pemilihan lagu Kerana Mata nyanyian asal R. Azmi, Baharuddin mengaku ia dipilih berdasarkan cabutan undian yang diberi oleh pihak pengurusan pertandingan.

Mereka tidak berhak memilih lagu yang diinginkan tetapi boleh membuat sebarang pertukaran melalui persetujuan di antara peserta-peserta yang lain.

"Pertandingan ini boleh dikatakan mencabar sebab kita tidak tahu lagu apa yang kita akan nyanyikan. Dua minggu sebelum pertandingan baru kami diminta untuk mencabut lagu. Alhamdulillah saya puas hati dengan lagu yang saya dapat.

Dengan kemenangannya itu, Baharuddin berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 berserta pakej penerbangan dan penginapan tiga hari dua malam untuk dua orang ke Pulau Langkawi, Kedah.


BAHARUDDIN diapit oleh pemenang tempat ketiga, Mohd. Amaran (kiri) dan Mohd. Rizal di tempat kedua.


Jika peserta paling veteran berjaya menggondol tempat pertama, naib juara pertandingan akhir Bintang Nostalgia Klasik Nasional 2011 pula diraih oleh peserta paling muda iaitu Mohd. Rizal Ahmad, 37, yang mendendangkan lagu Berdendang Sayang daripada Ismail Ali Muda. Vokal dan lontaran suaranya yang menyerupai penyanyi asal lagu itu menyebabkan juri memilih Mohd. Rizal sebagai naib johan dan berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta penginapan tiga hari dua malam untuk dua orang ke Pulau Perhentian, Terengganu.

Tempat ketiga pertandingan akhir Bintang Nostalgia Klasik Nasional 2011 pula dimenangi oleh Mohd. Amaran Harun, 51, yang mendendangkan lagu Harapan Hanya Kenangan daripada M. Bakri. Mohd Amaran berjaya membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta penginapan tiga hari dua malam untuk dua orang ke Pulau Kapas, Terengganu.

Sembilan peserta lain pula membawa pulang wang tunai RM1,500, trofi dan sijil penghargaan.

Mereka adalah Che Azmi Che Sulaiman; Norasmah Ibrahim; Asiah Dupah; Azizah Ngah; Nerhayati @ Norhayati Yamat; Rosmah Sengari @ Basar; Hazlina Wati Zainuddin; Solhi Tambi dan Habibi Bakri.

Tiru penyanyi asal

Menyentuh mengenai pemilihan Baharuddin sebagai juara biarpun dia melakukan kesilapan ketika menyanyi, menurut salah seorang juri pada malam itu, Datuk Dr. Johari Salleh, penilaian dibuat bukan sahaja berdasarkan lontaran suara tetapi juga dinilai dari sudut mutu suara yang menyerupai seakan-akan penyanyi asal selain keyakinan peserta menyampaikan lagu yang diberikan.

"Sebagai juri memang kami sedar kesilapan yang dilakukan Baharuddin ketika menyampaikan lagu tetapi ia tidak menjejaskan lagu Kerana Mata yang disampaikannya. Dalam hal ini, memang kesemua peserta memiliki vokal yang bagus cuma pemilihan dibuat berdasarkan mutu suara yang dekat dengan penyanyi asal.

"Dari segi pemarkahan memang juri sebulat suara memberi markah yang banyak kepada Baharuddin kerana suara, lontaran suara dan keyakinan yang ditunjukkannya," katanya.

Selain Johari, pertandingan itu turut diadili oleh penyanyi Juliza Adlizan Abd Rafar dan diketuai oleh Bahagian Perkhidmatan Muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mohd. Asnawi Mutaal.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved