Khamis, 20 Oktober 2011

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Thai nafi sekat maklumat banjir

Posted:

Thai nafi sekat maklumat banjir

Thai nafi sekat maklumat banjir

Sebuah lori digunakan untuk mengangkut mangsa-mangsa banjir di Bang Bua Thong, wilayah Nonthaburi, pinggir Bangkok semalam.


BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra semalam mempertahankan integriti kerajaan di sebalik kesangsian yang hangat diperkatakan mengenai maklumat yang diberikan oleh kerajaan ketika negara itu berdepan dengan banjir terburuk dalam tempoh puluhan tahun.

"Kami menyatakan kebenaran kepada rakyat Thailand. Kami tidak menyembunyikan sebarang maklumat daripada orang awam tetapi banjir kebetulan adalah amat kritikal.

"Kami tidak ada masa untuk bermain politik kerana kita perlu menyelesaikan masalah rakyat," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Perdana Menteri itu memberi respons kepada satu soalan sama ada sudah tiba masa untuk kerajaan memaklumkan kisah sebenar apabila menyalurkan maklumat kepada orang awam.

Soalan itu timbul berikutan beberapa pihak percaya kerajaan menyekat beberapa maklumat kerana bimbang dengan tamparan politik.

Lebih-lebih lagi, menurut tinjauan pendapat awam oleh Abac Poll baru-baru ini, rakyat memberi penarafan 3.4 daripada 10 mengenai prestasi menyeluruh Pusat Bantuan Operasi Banjir dalam menyalurkan maklumat kepada orang ramai.

Tambahan pula, 87 peratus responden menyifatkan maklumat dan berita dari pusat itu tidak boleh dipercayai manakala 86 peratus berpendapat pusat itu tidak memberikan maklumat yang jelas.

Menurut tinjauan itu, sistem amaran awal banjir mendapat penarafan hanya 3.1 daripada 10.

Kekecewaan orang awam semakin meningkat di sebalik arahan dalam beberapa kes di mana kilang dan orang awam diminta berpindah hanya selepas air banjir sudah sampai di depan pintu.

"Hari ini, kita berjuang menghadapi banjir besar. Kami tidak berjuang apa-apa lagi," kata Yingluck sambil menegaskan itu sahaja keutamaan kerajaan ketika ini.

Beliau meminta semua pihak memberi kerjasama kepada kerajaan dalam menangani krisis banjir itu serta menggesa orang ramai tidak mengalihkan beg pasir yang diletakkan sebagai penghadang banjir.

Kira-kira satu pertiga daripada negara itu masih lagi ditenggelami banjir dengan 2.4 juta penduduk dari lebih 10,000 kampung di 27 wilayah di utara dan tengah negara itu terjejas akibat bencana itu yang melanda secara berperingkat sejak 25 Julai lalu.

Selain itu, lebih 14,000 buah kilang dengan lebih 660,000 pekerja turut terjejas.

Lembaga Pembangunan Sosial dan Ekonomi Kebangsaan Thailand (NESDB) menganggarkan kerugian akibat banjir di lima kawasan perindustrian dengan jumlah tenaga kerja lebih 220,000 pekerja di Ayutthaya mencecah 120 bilion Baht (kira-kira RM12 bilion). – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Samsung keluar telefon Galaxy

Posted:

Samsung keluar telefon Galaxy

Samsung keluar telefon Galaxy


DUA model wanita menunjukkan telefon bimbit Galaxy Nexus
Android di Hong Kong semalam.


HONG KONG - Gergasi elektronik Korea Selatan, Samsung Electronics semalam memperkenalkan telefon bimbit terbaharunya, Galaxy Nexus.

Ia merupakan telefon pintar pertama menggunakan versi terkini sistem pengoperasian Android keluaran Google.

Galaxy Nexus merupakan hasil kerjasama Samsung-Google.

Pengeluaran itu adalah reaksi terhadap telefon pintar terbaharu keluaran Apple, iPhone 4S yang sudah dijual melebihi empat juta unit selepas kurang seminggu ia dipasarkan.

Dalam satu majlis pelancarannya di sini, Eksekutif Google, Andy Rubin berkata, sistem pengoperasian terkini Android itu yang dikenali sebagai Sandwich Ais Krim boleh digunakan pada telefon bimbit, komputer tablet dan pelbagai gajet lain.

Telefon itu turut memiliki teknologi pengecaman muka dan bukan kata laluan untuk mengaktifkannya.

Ia akan mula dijual pada bulan depan di Amerika Syarikat, Eropah, dan Asia termasuk China serta Jepun.

Harga telefon pintar tersebut bagaimanapun tidak didedahkan. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Pelajar kecewa Obama tahu mengenai Bieber

Posted:

Pelajar kecewa Obama tahu mengenai Bieber

Pelajar kecewa Obama tahu mengenai Bieber


Salah seorang pelajar bertanya kepada Barack Obama jika beliau mengetahui penyanyi Justin Bieber adalah rendah di Sekolah Tinggi Bluestone, Virginia kelmarin. – Reuters


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Presiden AS, Barack Obama ditanya sama ada beliau mengenali penyanyi remaja yang terkenal, Justin Bieber semasa beliau berkunjung ke negeri Virginia kelmarin.

Selepas bercakap mengenai kecemerlangan dalam pelajaran di Sekolah Tinggi Bluestone, Virginia, seorang pelajar perempuan bertanyakan kepadanya: "Adakah anda mengenali Bieber?"

Nampaknya, Presiden AS itu mengenali bintang pop tersebut.

Bieber pernah membuat persembahan dalam satu majlis perayaan di White House pada tahun lalu.

Presiden berusia 50 tahun itu memberitahu, Bieber ialah seorang pemuda yang baik.

Obama berkata: "Saya fikir dia sudah mempunyai teman wanita (Selena Gomez)."

Pelajar berkenaan juga ingin tahu sama ada Bieber rendah?

Dia ternyata kecewa apabila Obama menjawab" "Ya, dia rendah."

Obama sedang dalam rangka lawatan tiga hari di negeri Virginia dan Carolina Utara untuk memberi penerangan mengenai rang undang-undang pekerjaan yang dirangka oleh pentadbirannya. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved