Selasa, 4 Oktober 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Roti tempatan, keghairahan Itali

Posted:

Roti tempatan, keghairahan Itali

Roti tempatan, keghairahan Itali

Oleh NIZHA PERIASWAMY

BAGI Lai Fei Siong, 31, tanggungjawab menjaga seluruh proses pembuatan roti bermula sejak pukul 8 pagi. Namun dia selalunya tiba lebih awal di Taman Perindustrian Pulau Indah di Pelabuhan Klang untuk mendaftar masuk tugas di kilang pembuatan roti, The Italian Baker.

"Kilang ini direka untuk beroperasi 24 jam. Namun, buat masa ini kami hanya beroperasi untuk tempoh terhad. Namun, saya akan berada di kilang pada bila-bila masa diperlukan.

"Ini kerana saya perlu memastikan setiap prosedur pemprosesan makanan berjalan lancar bagi memastikan roti ini sampai di meja sarapan pengguna.

"Ia satu tanggungjawab yang besar," kata penyelia bakeri itu yang mengakui dirinya menggemari suasana kerja berasaskan makanan, khususnya roti.

Lai Feng memberitahu, terdapat 10 bahagian utama di kilang tersebut, bermula dengan bahagian pemprosesan roti sandwic Masimmo dan ban Duetto.


ROTI-ROTI ini melalui proses penyejukan sebelum ia dipotong dan dibungkus.


Gedung pemprosesan itu juga menempatkan ruang pejabat pemasaran, jualan, pembuatan, pergudangan, kejuruteraan, kualiti, penyelidikan dan pembangunan serta sumber manusia. Tidak terkecuali adalah bahagian pengedaran yang melibatkan lori-lori pengedaran.

Sesudah memberi penerangan asas, Fei Siong membawa masuk krew wartawan dan jurugambar ke dalam kilang dari ruang lobi yang juga menempatkan sebuah kafe roti The Italian Baker.

Walaupun proses pembuatan roti utama di kilang itu tidak melibatkan tenaga kerja manusia, pihak pengurusan tetap merekrut kira-kira 100 kakitangan untuk dibahagikan kepada dua hingga tiga syif kerja. Semua penjadualan syif itu dibuat untuk memastikan capaian pengeluaran yang lebih banyak, selari dengan faktor permintaan.

Dengan keluasan kilang sekitar 20,000 meter persegi, kilang The Italian Baker mula dibina pada tahun 2009 dan siap pada akhir tahun 2010.

"Operasi pemprosesan roti bermula pada awal tahun ini. Walaupun ia bukan dibuat di Itali, tetapi ia dihasilkan menggunakan keterujaan dan keghairahan pembuat roti di Itali!" kata-kata itu berulang kali diucapkan oleh Pengurus Besar The Italian Baker, Jimmy Chang Gee Sing ketika berada di ruang lawatan bercermin di kilang itu.

Roti dan ban


SEORANG pekerja bahagian bakeri memantau adunan doh sebelum dihantar untuk proses pembahagian.


Walaupun tidak dapat melihat secara dekat dan langsung proses pembuatan roti di The Italian Baker atas sebab kebersihan dan kesihatan, pelawaan ke sebuah bilik bercermin tetap memberikan suasana komprehensif.

Krew Kosmo! bukan sahaja dapat menyaksikan proses pembuatan roti dan ban dari dalam ruang berhawa dingin, malah dari sudut pandangan atas yang menunjukkan keseluruhan suasana operasi kilang.

"Di sebelah kanan anda ialah bahagian pemprosesan roti sandwic Massimo dan di sebelah kiri anda ialah ban berkrim Duetto. Pemprosesan kedua-dua roti sedikit berbeza dan masing-masing memerlukan kaedah, masa serta pembungkusan berlainan," ujar Fei Siong.

Walau bagaimanapun, secara asasnya, setiap pemprosesan pembuatan bermula dengan penimbangan berat kandungan, pengadunan doh, pemisahan doh mengikut saiz, membakar doh, penyejukan dan akhir sekali pembungkusan.


DARI KIRI: Fei Siong, JImmy dan Pengurus Bahagian The Italian Baker, Eric Ong Poh Choy, menunjukkan produk yang menjadi kebanggaan mereka.


Di antara segmen kerja tersebut, beberapa kakitangan ditempatkan untuk memeriksa berat dan ketinggian roti. Mereka juga bertanggungjawab membuat pemeriksaan berkala bagi mengesan sekiranya terdapat pencemaran kandungan logam dalam roti.

Lazimnya, sebuku roti sandwic mengambil masa tiga jam untuk dihasilkan. Sungguhpun begitu, ia tidak bermakna pihak pengilang memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan sejumlah roti yang banyak.

Kecekapan mesin pembuat roti yang diimport dari Eropah dan Amerika di kilang itu mampu menyiapkan roti dalam jumlah yang besar, iaitu 10,000 buku roti sandwic sejam dan 24,000 biji ban setiap jam.


DOH yang siap diadun dengan bahan mentah akan difermentasi selama empat jam sebelum dihantar ke ketuhar untuk proses membakar.


"The Italian Baker menghasilkan 40,000 buku roti sandwic Massimo dan 24,000 ban Duetto sehari. Ini angka permulaan kerana kami hanya beroperasi pada syif yang terhad iaitu 12 jam sehari dan ia mungkin dikembangkan mengikut permintaan pada masa hadapan kelak," ujar Fei Siong sambil menunjukkan barisan roti Massimo yang tersusun di atas dulang berputar untuk proses penyejukan.

Di atas dulang berputar itu sahaja terdapat 10,000 buku roti. Semua roti itu menunggu masa untuk dihantar ke empat buah mesin pemotongan dan pembungkusan roti. Bagi roti ban Duetto pula, mesin yang hampir serupa menjalankan 'tugas' meletakkan krim sebelum pembungkusan.

Memulakan operasi pembuatan roti pada 21 Mac lalu, The Italian Baker, menurut Jimmy Chang telah membabitkan pelaburan sebanyak RM120 juta dengan keutamaan diberikan kepada mesin-mesin yang diimport dari Amerika dan Eropah.

Selaku syarikat subsidiari Federal Flour Mill (FFM), yang lokasi kilangnya juga bertempat di Pulau Indah, Jimmy mengakui pihaknya mudah mendapat bekalan bahan mentah.

"Jadi, kami bukan sahaja menjimatkan masa dari segi pengangkutan, malah dapat memberikan harga roti yang lebih murah kerana dapat menjimatkan kos logistik dan bahan mentah tersebut," katanya.

Perisik suri rumah Korea

Posted:

Perisik suri rumah Korea

Perisik suri rumah Korea


MOON menunjukkan kamkoder yang merupakan antara alatan digunakan oleh perisik suri rumah.


JIKA dilihat sosok tubuh dan gaya Jennifer Chung, mungkin ramai yang tidak menyangka dia sebenarnya seorang perisik yang sedang mengintip pesalah undang-undang.

Setiap pagi, selepas suri rumah dari Korea Selatan itu menghantar dua anak lelaki ke sekolah dan mengurus suaminya ke tempat kerja, dia akan bersiap-siap untuk mencari pesalah yang terdiri daripada guru sekolah yang tamak, pengusaha restoran dan pemilik salon kecantikan.

"Sesetengah mereka dikenakan tindakan kerana mengenakan yuran tusyen yang melebihi had, tidak mendedahkan bahan pada menu yang dihidangkan atau menyediakan rawatan kecantikan yang sepatutnya dilakukan oleh seorang doktor.

"Mereka ini ialah pesalah undang-undang. Saya perlu bukti untuk melaporkan kepada pihak berkuasa," kata Chung, 54, sambil menunjukkan kamkoder yang disembunyikan dalam beg duitnya yang dilengkapi lensa kecil di celah-celah lubang.

Dalam misi penyamaran yang tipikal, Chung akan berlakon seperti pelanggan biasa dengan merakam perbualan atau adegan-adegan yang melanggar undang-undang. Kemudian, dia akan menghantar rakaman video itu kepada pihak berkuasa.

Dia akan mendapat bayaran dalam bentuk tunai bagi setiap kes daripada pelbagai jabatan kerajaan dan jumlah ganjaran yang diterima dalam sebulan boleh mencecah lebih 2 juta won (RM5,400) sebulan.

Ganjaran perisik


ANTARA alatan yang digunakan paparazi suri rumah ketika melakukan kerja-kerja penyiasatan.


Ramai rakyat Korea Selatan terutama golongan wanita umur pertengahan menjadi perisik atau lebih dikenali sebagai paparazi berbanding hidup sebagai orang kaya dan terkenal.

Bilangan mereka semakin bertambah dan sumber pendapatan hanya dengan membuat rakaman video pesalah kecil undang-undang yang terdiri daripada penduduk Korea sendiri.

Ketika pihak kerajaan berterusan menambah ganjaran kepada perisik, sekolah-sekolah yang memberi tunjuk ajar cara-cara mengintip pesalah turut berkembang.

Sekolah-sekolah seperti itu mengajar para pelajarnya kaedah-kaedah untuk menghendap mangsa supaya perbuatan mereka dapat dirakam, malah turut berkongsi rahsia untuk berlakon sebagai orang tidak bersalah supaya tidak dicurigai.

"Bidang ini telah menjadi industri yang menguntungkan. Ada orang menjadikannya sebagai pekerjaan tetap," ujar pengasas sekolah paparazi di Seoul, Mismiz, Moon Seung-Ok.

Katanya, bilangan pelajarnya bertambah ketika keadaan ekonomi perlahan dan ramai suri rumah mencari jalan untuk menambah pendapatan keluarga.

Seung-Ok juga merupakan seorang paparazi berpengalaman. Beliau menyiasat pelbagai jenis kes iaitu daripada pemandu yang melanggar hadlaju sehingga kepada pengedar dadah.

Tambahnya, para perisik bertugas membantu pihak berkuasa dan polis yang kekurangan kakitangan malah ada yang bekerja lebih masa untuk menguatkuasakan undang-undang.

"Terdapat individu yang menuduh kami tiada hati nurani malah ada yang mengatakan kami sebagai pengkhianat. Mencari duit dengan mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain," ujar Seung-Ok kepada pelajar-pelajarnya yang rata-rata berumur dalam lingkungan antara 40 dan 50-an.

Tetapi ujarnya, tiada apa yang perlu ditakutkan dengan tuduhan-tuduhan seperti itu.

"Mereka adalah penjenayah yang membuat keuntungan dengan melanggar undang-undang!" tegas Seung-Ok yang menggambarkan pekerjaan sebagai perisik sebagai tugas patriotik dan bermanfaat.

Pusat tuisyen


MOON (tengah) memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajarnya mengenai cara menyiasat dengan betul.


Kesalahan yang sering menjadi sasaran di negara yang obses dengan pendidikan itu adalah berkaitan dengan pemilik pusat tuisyen. Antara kesalahan mereka ialah mengenakan caj yang berlebihan dan menjalankan sesi pembelajaran sehingga lewat malam.

"Ia adalah kesalahan yang paling popular kerana pengusaha pusat tuisyen yang tamak ada di mana-mana sahaja. Para suri rumah dengan mudah berlakon seperti ibu bapa biasa yang bertanyakan yuran pembelajaran," terang Seung-Ok.

Menurut laporan kementerian pendidikan Korea Selatan, pihak mereka telah membayar sejumlah 3.4 billion won (RM9.25 juta) sebagai ganjaran sejak sistem tersebut diadaptasi pada bulan Julai 2009 lalu.

Ramai pengkritik berpendapat perisik-perisik menjadikan ia sebagai perniagaan kerana perlu bertahan untuk hidup dalam saat-saat ekonomi yang sukar.

Jurucakap persatuan pengusaha pusat tuisyen Korea Selatan, Cho Young-Hwan menggelar mereka sebagai pemangsa tidak berperikemanusiaan kerana telah menyebabkan banyak pusat-pusat tuisyen kecil ditutup.

Ujarnya, banyak pusat tuisyen ditekan oleh ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka tekun belajar menyebabkan ia terpaksa membuka kelas sehingga larut malam walaupun itu merupakan larangan kerajaan.

Seorang lagi pengkritik, Professor undang-undang di Universiti Kebangsaan Jeju menyifatkan situasi tersebut amat merisaukan.

"Paparazi ini akan membuat perangkap dan tidak sabar-sabar menunggu orang melanggar undang-undang. Amalan seperti ini hanya menyuburkan sikap saling tidak mempercayai sesama ahli masyarakat," keluh Oh lagi. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Animasi BoBoiBoy ke persada antarabangsa

Posted:

Animasi BoBoiBoy ke persada antarabangsa

Animasi BoBoiBoy ke persada antarabangsa

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

GELAGAT comel kanak-kanak mempunyai kuasa super menentang makhluk asing bergelar Adudu yang berkepala botak dalam siri animasi tiga dimensi (3D) BoBoiBoy cukup menghiburkan dan mencuit hati penonton.

Kehalusan pergerakan karakter, pencahayaan terperinci dan garapan cerita yang baik menghidupkan lagi watak-watak dalam siri animasi 3D itu sehingga kelihatan bak dalam dunia nyata.

Ia sekali gus menjadikan siri animasi BoBoiBoy setanding hasil karya antarabangsa selain antara pilihan siri animasi kanak-kanak pada hari ini.

Bukan sahaja kanak-kanak kecil teruja menonton kelibat kanak-kanak mempunyai kuasa super itu malah, golongan dewasa juga tidak terkecuali dalam menonton siri animasi hasil garapan sulung Animonsta Studios Sdn. Bhd.


TUNJANG belakang Animonsta Studios (dari kiri) Muhammad Anas Abdul Aziz, Mohd. Nizam, Mohd. Safwan Ab. Karim dan Kee Yong Pin.


Di sebalik hasil karya yang mempunyai durasi selama 11 minit itu, penonton mungkin tidak mengetahui bahawa pembikinan sebuah episod BoBoiboy mengambil masa kira-kira satu bulan untuk disiapkan sepenuhnya.

Pengarah Urusan Animonsta Studios Sdn. Bhd., Mohd. Nizam Abd. Razak berkata, terdapat tiga peringkat utama yang perlu dilalui terlebih dahulu dalam penghasilan siri animasi BoBoiBoy.

"Pada peringkat awal, proses praproduksi perlu dilakukan terlebih dahulu. Kita akan bersama-sama membincangkan mengenai idea, plot cerita, skrip yang sesuai digunakan, penyediaan audio dan kemasukan suara latar.

"Apabila sudah melalui proses praproduksi ini, kita akan meneruskan pula proses produksi yang melibatkan proses lebih rumit seperti modeling watak-watak, pergerakan animasi, rendering, proses audio, pencahayaan dan banyak lagi," ujar anak muda berusia 28 tahun itu.

Selepas proses produksi, graduan Universiti Multimedia (MMU) itu menjelaskan, mereka akan melakukan post produksi dalam mengemaskini garapan plot cerita untuk memastikan produk akhir menepati kriteria ditetapkan.


DARI KIRI: BoBoiBoy, Gopal, Ying dan Yaya menambat hati penggemar animasi tempatan dan antarabangsa.


Ujarnya lagi, beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam proses akhir itu termasuklah penyuntingan, memasuk pelbagai efek, pengubahan dan lain-lain lagi.

Mohd. Nizam menubuhkan Animonsta Studios bersama tiga rakan universitinya yang hanya mempunyai tujuh tenaga kerja pada tahun 2009. Kini, Animonsta Studios boleh berbangga kerana menjadi platform mengetengahkan bakat tempatan dan luar negara apabila berkembang sehingga kini mempunyai 30 tenaga kerja.

"Kita telah menggunakan beberapa perisian termasuk Adobe Photoshop, After Effects, Premiere, Autodesk Maya 3D dan Apple Logic Pro untuk melancarkan proses pembikinan siri animasi 3D BoBoiBoy ini.

"Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC) banyak memberi sokongan termasuk memberi akses kemudahan yang ada di bangunan Pusat Animasi dan Kandungan Kreatif (MAC3), Cyberjaya," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Nizam memberitahu, pemilihan watak adiwira cilik adalah kerana genre tersebut mudah diterima penonton tempatan dan antarabangsa.

"Kita ingin membikin ikon kanak-kanak yang dapat menghibur sambil menyampaikan nasihat kepada penonton terutama kanak-kanak melalui animasi. Ia terbukti apabila siri animasi 3D BoBoiBoy ini mendapat sambutan di negara ini. Bahkan, melalui rangkaian Disney ia berjaya menambat hati penonton animasi luar negara seperti di Filipina dan Singapura," katanya.

Cabaran juruanimasi


ANIMONSTA Studios mempunyai 30 tenaga kerja untuk membikin BoBoiBoy.


Sementara itu, Juruanimasi Kanan Animonsta Studios, Ahmad Noriman Ahmad Saffian memberitahu, sebagai juruanimasi dia perlu mempunyai kemahiran berlakon.

"Lazimnya, kami akan melakonkan babak-babak antara satu sama lain untuk memastikan pergerakan animasi berjalan dengan lancar dan cantik.

"Dengan cara ini, kita dapat melihat mimik muka, pergerakan tangan dan kaki dengan lebih mudah untuk mendapat mood apabila ingin diterjemahkan kepada animasi," katanya.

Pemuda berusia 23 tahun itu menambah, kadangkala dia juga berdepan kesukaran mencari idea yang sesuai untuk sesuatu babak animasi tersebut.

Katanya, dia tidak mahu babak dihasilkan menyamai babak sebelum ini untuk memastikan kelainan dapat ditonjolkan kepada penonton.

"Juruanimasi bukan sahaja perlu kreatif tetapi, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dalam pembikinan BoBoiBoy.

"Kita juga sentiasa mengadakan perbincangan untuk memastikan hasil karya menepati cita rasa penonton hari ini," katanya lagi.


PROSES rakaman suara perlu dilakukan dengan teliti.


Rashdan Fahirurazi, 23, yang sentiasa membuat rujukan filem atau siri animasi antarabangsa pula berkata, dia merasakan terdapat babak sukar dan mudah dilakukan dalam pembikinan BoBoiBoy.

"Ia bergantung kepada skrip yang diperoleh pada babak berkenaan. Kalau ada babak lawan ia lebih rumit dan memerlukan daya imaginasi para juruanimasi.

"Tidak dinafikan, terdapat juga babak-babak yang telah siap kemudian ditolak kerana tidak menepati kriteria dialog yang diberikan kepada kami," katanya.

Bagaimanapun, ia bukan penghalang bagi mereka untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti produk akhir.

Katanya, apabila penonton dapat merasai apa yang cuba disampaikan ia memberi kepuasan kepada diri terutamanya membabitkan babak jenaka.

Perancangan masa depan

Mohd. Nizam menambah, dia sedang dalam perancangan untuk memasarkan siri animasi 3D BoBoiBoy di Indonesia pada bulan Januari tahun hadapan.

"Beberapa stesen televisyen luar negara turut menunjukkan maklum balas positif dan berharap BoBoiBoy dapat melonjak nama Malaysia di pentas antarabangsa," katanya.

Dia yang menggemari animasi turut mempunyai perancangan untuk membuat filem dan barang niaga BoBoiBoy seperti kandungan mudah alih, baju T, minuman, kek serta banyak lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai BoBoiBoy dan Animonsta Studios anda boleh melayari laman

Timberland pulihara paya gambut

Posted:

Timberland pulihara paya gambut

Timberland pulihara paya gambut

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM


BAGI peserta program, aktiviti yang dianjurkan oleh Timberland turut memberi mereka peluang mengenal dan mempelajari ekosistem flora dan fauna.


KELIHATAN air perang kehitam-hitaman mengenangi hampir segenap kawasan Hutan Paya Gambut Hutan Simpan Raja Musa yang terletak di Batang Berjuntai, Kuala Selangor, Selangor.

Air perang kehitam-hitaman yang dihasilkan bahan organik tersebut cukup kaya dengan nutrien terhasil daripada tumbuhan dan haiwan reput dalam membantu ekosistem kehidupan flora serta fauna.

Bagaimanapun, keadaan boleh menjadi buruk sekiranya air menjadi kering terutamanya apabila musim kemarau menjengah kawasan berkenaan sehingga menyebabkan kebakaran.

Menyedari kepentingan pemuliharaan hutan paya gambut itu, jenama Timberland yang cukup sinonim dengan aktiviti lasak telah menjalin kerjasama bersama Pusat Alam Sekitar Global (GEC) baru-baru ini melalui program Serv-A-Palooza.

Program Serv-A-Palooza merupakan salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) Timberland dalam memulihara alam semula jadi berjaya mengumpul kira-kira 60 peserta terdiri daripada pekerja Timberland dan GEC.


TAHUN ini merupakan tahun kedua Timberland membuat kerja amal di Hutan Paya Gambut Hutan Simpan Raja Musa, Kuala Selangor.


Tanpa menghiraukan keadaan paya gambut yang digenangi air, para peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk membina benteng takungan air dan menanam pokok dalam program berkenaan.

Walaupun, riak wajah para peserta kelihatan agak penat meredah air sambil memakai kasut getah paras betis, mereka tetap bersemangat dalam memastikan sekelumit usaha yang dicurahkan dapat membantu memulihara alam semula jadi.

Ketua Program Global Steward Timberland Malaysia, Michael Fong berkata, bersesuaian dengan jenama aktiviti lasak, Timberland sangat prihatin terhadap pemuliharaan alam semula jadi.

"Sudah 19 tahun Timberland melakukan usaha CSR dalam memulihara alam semula jadi secara global. Program Serv-A-Palooza ini merupakan salah satu usaha memulihara alam semula jadi Timberland Malaysia.

"Ini bukan pertama kali, kita memilih Hutan Paya Gambut Hutan Simpan Raja Musa sebagai lokasi melakukan aktiviti CSR kerana telah melakukannya pada bulan April lalu. Kita berharap dengan usaha yang tidak seberapa ini dapat membantu mengekalkan alam semula jadi untuk generasi akan datang," ujarnya.

Michael Fong yang turut turun padang membuat benteng secara tradisional menggunakan kayu bakau, tayar dan guni pasir memberitahu, Timberland mempunyai skim membenarkan pekerja-pekerjanya melakukan aktiviti CSR selama 40 jam tanpa perlu mengambil cuti tahunan.

Katanya, ia sekali gus dapat membenarkan pekerja-pekerja menabur bakti dalam memberi keringat membantu orang ramai dan alam semula jadi.

Dalam pada itu, Pegawai Kanan Program GEC, Nagarayan Rengasamy menjelaskan, tujuan utama membina benteng berkenaan adalah untuk memastikan air sentiasa bertakung di paya gambut berkenaan.

"Ia amat penting apatah lagi apabila musim kemarau kerana paya gambut boleh terbakar dengan mudah.


KIRA-KIRA 60 orang sukarelawan yang terdiri daripada pekerja Timberland dan kakitangan GEC menyertai program Serv-A-Palooza baru-baru ini.


"Sukar untuk memadam kebakaran yang berlaku di paya gambut disebabkan ia berlaku di bawah tanah, jadi adalah lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga sebelum terjadi," katanya lagi.

Selain daripada membina benteng untuk menakung air, Nagarayan menambah, sebanyak 100 batang pokok tenggek burung juga ditanam dalam program kali ini.

Katanya, pemilihan pokok ini adalah kerana ia merupakan pokok yang mudah hidup di kawasan ini. Ia juga dapat berfungsi dalam membantu mengawal kebakaran.

Tanpa berselindung, seorang peserta yang mengikuti program berkenaan Siti Zuliana Ramsan, 25, memberitahu, dia sangat berbangga kerana dapat bersama-sama membantu memelihara dan memulihara alam semula jadi.

"Agak penat juga menanam pokok dalam keadaan air bertakung tetapi ia tidak melemahkan semangat saya malah, amat menyeronokkan kerana dapat berganding bahu bersama rakan-rakan menjaga kehijauan negara," ujarnya yang pernah mengikuti sebanyak tiga kali program CSR Timberland.

Asman Burhan, 25, pula berkata, dia banyak mempelajari tentang kepentingan paya gambut terhadap ekosistem flora dan fauna apabila menyertai program berkenaan.

"Ini merupakan kali pertama saya menyertai program ini dan ia banyak memberi ilmu pengetahuan mengenai kepentingan paya gambut.

"Saya berharap apa yang dilakukan hari ini dapat membantu bersama-sama mengurangkan kepanasan global melanda dunia pada hari ini," katanya lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Hari kemenangan golongan artis

Posted:

Hari kemenangan golongan artis

Hari kemenangan golongan artis

PENYANYI, Jamal Abdillah bertanyakan soalan mengenai isu royalti pada Hari Himpunan Bintang 2011 anjuran MyIPO-Kosmo! di Kuala Lumpur pada Julai lalu.


KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 yang diluluskan di Dewan Rakyat kelmarin disifatkan sebagai detik kemenangan yang paling bermakna kepada penggiat seni tanah air.

Ia juga dilihat berjaya membela artis, komposer, pembuat filem, pelukis dan mereka yang terlibat dalam bidang seni yang selama ini ditindas terutama dalam aspek pembayaran royalti dan masalah cetak rompak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, pindaan yang dijangka berkuat kuasa pada April tahun depan itu akan turut melibatkan penambahbaikan kepada kaedah kutipan dan bayaran royalti.

"Semalam (kelmarin) saya telah membentangkan pindaan Akta Hak Cipta dan mendapat kelulusan Dewan Rakyat. Objektif pindaan ini adalah untuk memperketatkan dan memperjelaskan tentang perlindungan hak karya dan pengkarya seperti artis, komposer, penulis buku dan lain-lain terutamanya dari segi pengagihan royalti.

"Jadi selepas ini, kementerian ada kuasa untuk bertindak," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurut Ismail Sabri, antara peruntukan yang dipinda ialah setiap syarikat yang hendak mewakili artis bagi mengutip apa juga royalti mestilah berdaftar dengan kementerian.

Tegasnya, jika ingkar pihak yang terlibat boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.

Menurut Ismail Sabri, badan pengutip royalti juga wajib mendapat kebenaran daripada artis yang diwakili selain menghantar laporan tahunan kepada kementerian.

Beliau menambah, pihaknya juga telah meminda peruntukan membabitkan aktiviti muat turun lagu dan filem secara digital yang mana kementeriannya akan memantau format itu dalam waktu terdekat ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

MACP setuju mohon lesen kutip royalti

Posted:

MACP setuju mohon lesen kutip royalti

MACP setuju mohon lesen kutip royalti

KUALA LUMPUR - Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) bersedia memohon lesen daripada kerajaan untuk mewakili artis bagi melaksanakan urusan kutipan royalti.

Pengerusi MACP, Habsah Hassan (gambar) berkata, pihaknya tidak ada masalah untuk memohon lesen seperti yang ditetapkan melalui Rang Undang-Undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat kelmarin.

"MACP telah ditubuhkan sejak tahun 1989 dan sebagai sebuah badan yang bertindak sebagai wakil untuk mengutip royalti, ternyata kami telah menjalankan tanggungjawab dengan baik.

"Walaupun ketelusan dan keupayaan kami telah terbukti, namun kami tetap akur dan akan mengikut peraturan seperti yang telah terkandung dalam pindaan akta tersebut," ujarnya ketika dihubungi semalam.

Habsah mengakui selama ini MACP tidak pernah memohon lesen kerana tiada sebarang peraturan yang mewajibkan mereka berbuat demikian.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan selama ini MACP ditubuhkan sebagai sebuah syarikat biasa dan mereka telah melaksanakan segala peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.

"Saya berpendapat pindaan yang dilakukan ini bukan kepada MACP sahaja, tetapi kepada mana-mana pihak yang berminat membentuk organisasi seperti kami,'' ujarnya.

Dijemput ajal ketika tidur

Posted:

Dijemput ajal ketika tidur

Dijemput ajal ketika tidur

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my


tingkat atas rumah kedai yang mengorbankan Yit Kwang semalam.


GEORGE TOWN – Malang bagi seorang tukang kimpal besi apabila dia maut ketika sedang nyenyak tidur akibat ditimpa ketulan konkrit runtuh selepas sebuah kren menara pembinaan hotel terbalik lalu menghempap biliknya di rumah kedai Jalan Sri Bahari di sini semalam.

Mangsa Liang Yit Kwang, 65, yang tidur di tingkat atas kediaman dua tingkat itu mati di tempat kejadian akibat cedera di seluruh badannya.

Rumah yang ditimpa kren itu terletak kira-kira 50 meter dari tapak pembinaan hotel setinggi 20 tingkat. Turut rosak akibat kejadian itu, bangunan Maritim Malaysia (APMM).

Difahamkan, kren setinggi 60 meter itu digunakan untuk mengangkat bahan-bahan pembinaan hotel yang bakal menempatkan 13 aras hotel dan tujuh tingkat tempat letak kereta.

Namun semasa kejadian kren itu tidak digunakan.

Cuaca semasa kejadian baik tiada hujan dan ribut.

Sementara itu, pemilik kedai, Luar Chooi Guan, 78, bersama isteri, Chew Hong Choo, 76, dan anak lelaki mereka, Luar Seong Ean, 54, yang tidur di bilik berasingan cedera parah. Mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat berkata, insiden berlaku pada pukul 12.15 malam dan pasukkan tiba di lokasi kejadian lima minit selepas menerima panggilan kecemasan.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan ke atas rumah yang ranap di tingkat atas itu pada mulanya menemui tiga mangsa yang berada dalam keadaan cedera parah di tingkat atas rumah itu.

"Mangsa keempat ditemui telah meninggal dunia dan pihak kami terpaksa berhati-hati mengalihkan dinding itu kerana struktur rumah itu tidak stabil," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Amaran keras buat penyokong

Posted:

Amaran keras buat penyokong

Amaran keras buat penyokong

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my

IMBAS KEMBALI... Sebahagian daripada penonton bertindak liar membakar sejenis bunga api di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu beberapa tahun lalu.


JAGA tingkah laku, jangan malukan Terengganu dan jadilah penyokong yang profesional. Itu kata dua yang diberikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh (gambar) kepada para penyokong skuad Penyu yang bakal membanjiri Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 10 Oktober ini.

Menurut Che Mat, perlawanan menentang Kelantan pada aksi suku akhir Piala Malaysia itu merupakan aksi yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak di Pantai Timur.

Namun katanya, perlawanan genting seumpama itu juga sering menimbulkan kekacauan terutamanya melibat penyokong fanatik kedua-dua pasukan.

"Buat masa ini, PBSNT belum memu- tuskan dari segi pembahagian kerusi penonton kerana Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah hanya boleh memuatkan 10,000.

"Saya akui, ramai penyokong Terengganu yang ingin menyaksikan perlawanan itu begitu juga dengan penyokong Kelatan yang dijangka turun beramai-ramai dari Kota Bahru," katanya kepada Kosmo! semalam.

Justeru kata bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini, sikap profesional daripada para penyokong begitu diharapkan bagi memastikan kelan- caran perlawanan kedua-dua pasukan.

Katanya, insiden membaling botol ke padang dan membakar mercun bukanlah budaya sebenar penyokong di Malaysia, sebaliknya hanya dilakukan oleh segelintir kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

"Saya dapati memang wujud satu dua kumpulan kecil yang sering menimbulkan kekacauan di stadium dan saya ingin ingatkan kepada kumpulan ini agar lebih menghormati budaya kita dan tidak sesekali memalukan Terengganu," jelasnya.

Tambah Che Mat lagi, pihak persatuan juga akan meminta kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengawal keadaan di stadium pada 10 Okto- ber ini.

Jelasnya, pemeriksaan lebih ketat juga akan dibuat disetiap pintu masuk ke stadium bagi memastikan barang larangan seperti mercun tidak dibawa masuk.

"Kalau ikutkan peraturan, botol air pun tidak boleh dibawa masuk, inikan pula mercun. Jadi saya harap semua penyokong dapat memberi kerjasama," katanya.

Terengganu yang juga juara Piala FA dijadualkan menentang Kelantan pada suku akhir pertama Piala Malaysia, 10 Ok- tober ini sebelum aksi kedua di Kota Bharu empat hari kemudian.

Kali terakhir skuad Penyu menjuarai Piala Malaysia adalah pada 2001.

Skuad kendalian Elaverasan letak sasaran lebih realistik

Posted:

Skuad kendalian Elaverasan letak sasaran lebih realistik

Skuad kendalian Elaverasan letak sasaran lebih realistik

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my


BARISAN pemain Felda United yang akan menggalas cabaran pasukan itu pada aksi suku akhir Piala Malaysia 2011. Mereka akan bertemu Negeri Sembilan di Paroi pada 10 Oktober ini.


SETELAH berjaya mara ke suku akhir Piala Malaysia 2011, pasukan berstatus kelab, Felda United FC diramal mampu menggugat pasu- kan elit tanah air. Buktinya, kejayaan Felda United menewaskan juara Liga Super musim lalu, Kelantan 2-0 di Stadium Selayang dalam saingan Kumpulan C pada 24 September lalu masih segar di dalam ingatan para penyokong.

Misi ke suku akhir sudah berjaya dilaksanakan tetapi Felda United masih belum puas dan berhajat untuk terus lakukan kejutan serta meneruskan permainan secara konsisten.

Namun, Felda United yang akan bertemu juara Kumpulan B, Negeri Sembilan pada 10 Oktober ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bagi aksi suku akhir, bakal menentukan tanda aras perjuangan skuad bimbingan E. Ela- verasan itu.

Penolong pengurus, Faisal Zakaria berkata, mereka sudah membuat persiapan untuk menghadapi Negeri Sembilan.

Jelasnya, latihan dan tumpuan di jentera serangan, tengah dan pertahanan dilihat semakin positif dan beranggapan pertemuan dengan skuad Azraai Khor Abdullah bukan satu perlawanan yang mudah.

"Sudah tentu Negeri Sembilan merupakan salah satu pasukan elit dan mempunyai pengalaman dalam saingan Piala Malaysia.

"Mereka juga adalah antara pasukan pilihan yang mampu menjuarai Piala Malaysia pada edisi kali ini, namun kami juga mema- sang impian seperti mana-mana pasukan-mahu menjuarai Piala Malaysia," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Faisal memberitahu, beliau tetap bersikap realistik dan sedar kemampuan pasukannya jika dibandingkan dengan skuad Hoben Jang Hoben itu namun berazam untuk melakarkan kejutan.

Katanya, walaupun pernah menewaskan kelab-kelab besar seperti Kelantan, beliau tidak mahu barisan pemainnya leka dan dibuai sejarah lalu kerana di dalam dunia bola sepak, segala-galanya musta- hil.

"Kami pernah menewaskan Kelantan pada 24 September lalu namun saya tidak mahu barisan pemain mendabik dada dengan kemenangan itu. Malah, kami bukan pasukan pembunuh kelab besar dan kami sedar akan kemampuan kami.

"Ini kerana, perjalanan kami masih begitu jauh jika hendak dibandingkan Negeri Sembilan yang pernah menjuarai Piala Malaysia, namun kehadiran kami (dalam peringkat suku akhir) bukanlah sekadar penghias.

"Kami tetap mahu memberikan saingan dan berazam untuk mela- kukan kejutan (seperti menundukkan kelantan) dan tidak akan memberikan laluan yang mudah," katanya.

LIMBC dapat suntikan

Posted:

LIMBC dapat suntikan

LIMBC dapat suntikan

EDISI kedua Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2011 dari 17 hingga 23 Oktober ini menerima dua berita gembira semalam.

Selain memperoleh tiga penaja baharu, LIMBC 2011 turut dimeriahkan dengan pengesahan penyertaan pelumba muda sensasi England, Adam Blythe.

Kejayaan penganjuran sulung tahun lalu membolehkan LIMBC mendapat sokongan daripada Kumpulan Ambank, Tena- ga Nasional Berhad (TNB) dan ALM Group Sdn. Bhd. sebagai menjadi penaja perak.

Pengumuman itu dibuat oleh Penganjur perlumbaan yang juga Ketua Eksekutif Human Voyage, Datuk Malik Mydin semalam.

Sebelum ini, kejohanan turut mendapat tajaan Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Yaya- san Al-Bukhary sebagai penaja emas, manakala Kumpulan Sapura, Genting Malaysia Berhad, Universiti Perdana dan Berjaya Corporation sebagai penaja perak.

Pada masa yang sama, Malik turut mendedahkan kejohanan ini menawarkan hadiah terbesar dalam perlumbaan basikal bukit Asia dengan RM360,000 menjadi rebutan

"Kami berterima kasih kepada semua rakan kongsi kami yang sentiasa memberikan sokongan padu dan menjadikan LIMBC sebagai satu jenama," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir Ketua Perhubungan Awam Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali.

Sementara itu, Syed Anuar berkata, ini merupakan kali pertama AmBank terlibat dalam basikal bukit, namun mereka bukan asing dalam membantu pembangunan sukan di negara ini kerana turut menaja kejohanan futsal, golf, larian dan ragbi.

Penganjur LIMBC turut mengesahkan kehadiran Blythe, 22, pelumba pecut dari Omega Pharma Lotto sebagai bintang lebuh raya terbaharu yang akan beraksi dalam perlumbaan tahun ini.

Blythe yang sedang beraksi untuk mempertahankan kejuaraan dalam Sirkit Franco-Belge, adalah antara nama besar yang bertanding kali ini, selain seorang lagi bintang sensasi Britain, Chris Froome.

Malah, penganjur juga menjangkakan beberapa nama besar akan mengesahkan penyertaan minggu depan.

Turut diperkenalkan semalam adalah empat pelumba negara, diketuai juara basikal bukit kebangsaan, Shahrin Amir; bekas pemenang pingat emas Sukan SEA, Mohd. Fauzan Ahmad Lufti; pelumba veteran, Suhardi Hassan dan Mohd. Razif Salleh.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pesona busana raja sehari

Posted:

Pesona busana raja sehari

Pesona busana raja sehari


PENAMPILAN pengantin lelaki segak dengan sut rona gelap manakala pengantin wanita tampak anggun menyarungkan busana yang diperbuat daripada fabrik sifon sulam tampal.


PERKAHWINAN adalah penyatuan cinta antara dua insan yang harus diabadikan dengan sempurna. Persediaan yang rapi amat penting bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Tidak lupa, hari yang bermakna ini haruslah dilengkapi dengan busana yang istimewa sebagai lambang penyatuan dua jiwa. Tambahan pula, busana pengantin merupakan salah satu perkara utama dalam perkahwinan hari ini mengikut tema tertentu sama ada tradisional mahupun moden kontemporari.

Bagi pasangan yang sedang merencana hari bahagia, gedung fabrik terkemuka, Euro Moda dan Gulati's menyediakan pelbagai jenis fabrik bermutu khas untuk persiapan perkahwinan merangkumi pengantin perempuan, pengantin lelaki dan keluarga pihak pengantin.

Pakej pengantin

Malah, Euro Moda dan Gulati's turut menawarkan pakej pengantin serendah RM250 untuk pengantin perempuan merangkumi renda Jepun polos, satin lembut dan percuma fabrik untuk baju Melayu.


GEDUNG Gulati's dan Euro Moda menawarkan kepelbagaian fabrik untuk raja sehari.


Ekslusif untuk pengantin lelaki pula, Euro Moda dan Gulati's menyediakan rangkaian fabrik untuk baju Melayu dan sut yang berpadanan dengan busana pengantin wanita.

Selain itu, gedung tersebut juga menyediakan pelbagai pilihan sampin songket dari Terengganu sebagai pelengkap raja sehari di samping rangkaian jenama terkenal seperti Gianni Versace, Trussardi, Ermenegildo Zegna dan Gianfranco Ferre khas untuk pengantin moden.

Ia turut dilengkapi pilihan untuk sut seperti kemeja, ves, tali leher, kasut dan pelbagai lagi aksesori seperti cufflink dan pin tali leher. Tidak ketinggalan, Euro Moda dan Gulati's ada menyediakan perkhidmatan menjahit pakaian lelaki dan wanita dengan cita rasa terkini.

Dalam pada itu, sudah menjadi trend untuk keluarga pengantin memakai pakaian sedondon bagi meraikan raja sehari. Justeru, terdapat pelbagai jenis fabrik yang menepati cita rasa dan bajet anda.

Nikmatilah pelbagai diskaun menarik bagi setiap pembelian melalui keahlian G-Card. Dapatkan G-Card percuma di semua gedung Euro Moda & Gulati's.

Lebih istimewa, gedung itu turut mengadakan cabutan bertuah sempena kempen Beli dan Menang. Pelbagai hadiah menarik seperti kereta, motosikal, TV LCD, sutera Itali dan baju kurung Aalia ditawarkan kepada pelanggan bertuah.

Kunjungilah mana-mana 18 cawangan Euro Moda dan Gulati's di seluruh Malaysia dan jadikan perkahwinan impian anda satu kenyataan. Maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-2698 3121 atau 03-2694 0805.

Berjalan tanpa rasa sakit

Posted:

Berjalan tanpa rasa sakit

Berjalan tanpa rasa sakit

ANTARA koleksi kasut Scholl 2011 yang menampilkan rekaan segar dan selesa untuk kegunaan individu yang mementingkan kesihatan tapak kaki.


SELAIN mencari sepasang kasut yang cantik, sesuai dengan majlis, sedondon dengan warna pakaian dan berjenama, ada satu lagi perkara penting yang sering kita abaikan.

Menjadi rakan sejati ke mana sahaja anda bergerak, kasut tidak semestinya hanya menjadi pelindung kaki, tetapi ia juga haruslah mesra pengguna iaitu tidak membawa apa-apa masalah kepada kaki anda yang banyak berjalan.

Dengan harapan untuk membawa masyarakat Malaysia berjalan tanpa kaki yang sakit, jenama kasut sihat, Scholl memperkenalkan koleksi Scholl 2011 yang segar. Menitikberatkan rekaan dan gaya, Scholl koleksi 2011 itu menawarkan lebih 100 pilihan kasut untuk lelaki dan wanita.

Menariknya, ia mengutamakan pilihan tapak yang bersesuai mengikut tapak yang berbeza menggunakan teknologi padding selesa.


KEPELBAGAIAN warna turut menyumbang kepada rekaan kasut koleksi Scholl 2011


"Koleksi Scholl 2011 menawarkan kasut kasual, formal atau untuk ke kerja dan sukan dengan rekaan-rekaan yang segar untuk meraikan personaliti setiap individu. Pelanggan boleh memilih daripada pilihan slip on, sandal, flip flop, kasut berjalan dan kasut dres, semua pilihan untuk lelaki dan wanita," kata Pengurus Besar Reckitt Benckiser Malaysia, Veronika Rost.

Beliau menambah, menjadi tarikan Scholl koleksi 2011 ialah penggunaan teknologi lapisan tapak kasut yang berbeza seiring dengan pegangan Scholl yang mahu menawarkan keselesaan tapak kaki dan kesihatan kaki.

Scholl menawarkan tujuh jenis lapisan tapak kaki yang berbeza supaya pelanggan dapat memilih dan berasa selesa dengan setiap tawaran itu. Antara jenis padding ialah Memory Cushion, Bioprint, Galactiv, Arch Support, Sole Support, Massage dan Bio Mechanics yang semuanya mempunyai peranan tersendiri untuk keselesaan tapak kaki pengguna. - NIZHA PERIASWAMY

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Peralatan filem akan dipamer

Posted:

Peralatan filem <i>Harry Potter</i> akan dipamer

Peralatan filem Harry Potter akan dipamer

LABAH-LABAH gergasi akan menjadi daya tarikan di Studio Leavesden di pinggir London.


LONDON - Syarikat perfileman Warner Brothers akan membuka pameran Harry Potter di Studio Leavesden di pinggir London sekali gus memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat magis yang ditonjolkan dalam filem-filem ahli sihir remaja berkenaan.

Bagi tujuan itu, studio perfileman Hollywood yang menerbitkan francais paling menguntungkan di dunia itu telah memindahkan Dewan Besar asal sekolah sihir, Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry yang digunakan dalam filem Harry Potter ke studio Leavesden yang diubah suai.

Apabila ia dibuka pada musim bunga tahun depan, orang ramai boleh menyaksikan pelbagai karakter, kostum, peralatan dan set latar asli yang pernah digunakan dalam filem berkenaan.


SALAH satu kostum ikan duyung yang digunakan dalam filem Harry Potter akan dipamerkan di Studio Leavesden di pinggir London.


Antara bakal tarikan di studio tersebut termasuk labah-labah gergasi Aragog yang tergantung di atas siling manakala peminat juga boleh bergambar dalam kereta terbang Ford Anglia yang digunakan dalam filem Harry Potter and the Chamber of Secrets.

Tiket Studio Tour London The Making of Harry Potter itu akan mula dijual pada 13 Oktober ini.

Tiket kanak-kanak berharga £21 (RM104.73), £28 (RM139.65) untuk orang dewasa manakala tiket keluarga dengan empat anggota pula berharga £83 (RM414).

Apabila ia dibuka kelak, taman tema tersebut boleh memuatkan sekitar 5,000 pelawat pada setiap hari. - Reuters

Wanita pertama dunia guna rahim penderma organ

Posted:

Wanita pertama dunia guna rahim penderma organ

Wanita pertama dunia guna rahim penderma organ


MUSTAFA SERT berdiri di sebelah isterinya, Derya Sert di Hospital Universiti Akdeniz, Antalya, Turki pada 8 Ogos lalu. - AFP


ANTALYA, Turki - Seorang isteri di sini, Derya Sert merupakan wanita pertama di dunia yang menerima rahim daripada seorang penderma yang telah meninggal dunia sekali gus mencerahkan harapan berjuta-juta wanita yang sukar hamil untuk mengandungkan anak sendiri.

Sepasukan doktor Hospital Universiti Akdeniz di wilayah Antalya, utara Turki, berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim ke atas Derya pada 9 Ogos lalu.

Wanita itu tidak dapat hamil kerana dilahirkan tanpa uterus seperti yang berlaku pada setiap 5,000 wanita di seluruh dunia.

"Gembira dan teruja, perasaan saya bercampur baur,' kata Derya yang berusia 21 tahun.

Suri rumah berkenaan yang berkahwin dengan seorang mekanik kereta sudah terlantar di hospital selama enam bulan.

"Rahim ini telah menjadi organ saya sendiri, kami sudah lama menantikan saat ini,' kata suri rumah tersebut.

Pembedahan ke atas Derya merupakan pembedahan pemindahan rahim kedua di dunia dengan prosedur itu pertama kali dilakukan di Arab Saudi pada 2000.

Pembedahan pertama melibatkan rahim daripada seorang penderma yang masih hidup itu menemui kegagalan kerana pembentukan darah beku yang banyak sekali gus memaksa doktor-doktor membuang organ berkenaan.

Pasukan doktor di Turki bagaimanapun yakin masalah itu dapat diatasi dengan menggunakan rahim orang mati kerana lebih banyak tisu dan salur darah di sekitar rahim penderma untuk boleh dimasukkan ke dalam tubuh si penerima.

"Pembedahan ini berjaya tetapi kejayaan sebenar adalah apabila Derya melahirkan bayinya," kata seorang pakar bedah di Hospital Universiti Akdeniz, Omer Ozkan.

Menurutnya, tempoh enam bulan diperlukan sebelum Derya dihantar kepada pakar-pakar sakit puan yang akan memasukkan janin daripada benih suaminya yang dihasilkan sebelum pembedahan tersebut berlangsung.

"Pada pendapat saya paling awal dia boleh mengandung adalah selepas enam bulan menjalani pembedahan ini. Jika tidak, dia mungkin memerlukan masa sehingga tujuh atau lapan bulan," kata Omer. - AFP

Kapal kargo terbelah dua

Posted:

Kapal kargo terbelah dua

Kapal kargo terbelah dua


SEBUAH kapal kargo yang didaftarkan di Panama terbelah dua di luar pelabuhan Keelung, Taiwan semalam. - Reuters


TAIPEI, Taiwan - Kementerian Pertahanan Taiwan berkata, empat orang anak kapal maut dan enam lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kapal kargo yang didaftarkan di Panama terkandas di perairan utara Taiwan.

Menurut kementerian itu, kapal yang membawa 21 anak kapal tersebut terbelah dua selepas berlanggar dengan batu-batu di luar pelabuhan Keelung pada awal pagi semalam.

Bagaimanapun, kewarganegaraan mereka tidak dapat diketahui.

Seramai 11 anak kapal telah diselamatkan termasuk empat orang berenang untuk menyelamatkan diri.

Taiwan dilanda taufanNalgae sepanjang minggulalu. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Debat PPM tawar hadiah RM25,000

Posted:

Debat PPM tawar hadiah RM25,000

Debat PPM tawar hadiah RM25,000

04/10/2011 9:55pm

KUALA LUMPUR 4 Okt. — Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2011 (PPM) peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dianjurkan buat pertama kalinya, menawarkan hadiah wang tunai lumayan berjumlah RM25,000 untuk juara.

Bakal berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini dan bermula 20 Okt hingga 25 Okt depan, 192 peserta dari 24 IPT awam (IPTA) dan IPT swasta (IPTS) akan berentap dalam dalam dua kategori debat iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Sebelum ini, PPM hanya mengadakan pertandingan peringkat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sejak 1974.

Pengarah program, Mohd Khair Ngadiron, dalam sidang media mengenai pertandingan itu hari ini berkata debat bertemakan 'Generasi Muda Untuk Transformasi' merupakan refleksi kepada keterbukaan Perdana Menteri dalam setiap tindakan serta keputusan yang dibuat kerajaan.

Khair berkata, debat tersebut akan didokumenkan dan disampaikan kepada kerajaan sebagai suara generasi baru.

"Penganjur juga telah memilih juri yang berkredibiliti tinggi agar pertandingan mampu menghasilkan debat yang baik," katanya. — Bernama

Graduan perlu tegak kebenaran

Posted:

Graduan perlu tegak kebenaran

Graduan perlu tegak kebenaran

04/10/2011 9:50pm

KUALA LUMPUR 4 Okt. — Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menitahkan para graduan agar bersungguh, tegas, gigih dan ikhlas serta mengangkat prinsip berani menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran apabila melangkah ke alam pekerjaan.

Baginda yang juga Pro-Canselor Universiti Malaya (UM) bertitah ketika berada di alam pekerjaan, graduan hendaklah melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab atas prinsip kebenaran dengan mengamalkan sikap bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan.

"Kekuatan negara akan terbina jika negara ditegakkan dengan sikap kebenaran sebaliknya negara akan menjadi lemah jika dibina atas dasar kepalsuan.

"Suasana pengajian di universiti membantu membina pemikiran yang kaya dengan idealisme dan alam pekerjaan adalah untuk mempraktikkan idealisme tersebut," titah baginda pada majlis konvokesyen UM ke-50 di sini hari ini.

Seramai 6,638 graduan dalam pelbagai disiplin pengajian di peringkat ijazah Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan diploma menerima ijazah masing-masing pada istiadat konvokesyen yang berlangsung selama enam hari berakhir 8 Okt ini. — Bernama

Metroplex gagal mohon tangguh interparte

Posted:

Metroplex gagal mohon tangguh interparte

Metroplex gagal mohon tangguh interparte

04/10/2011 9:30pm

PUTRAJAYA — Metroplex Holdings Sdn. Bhd. hari ini gagal mendapatkan perintah interparte dari Mahkamah Persekutuan di sini bagi menangguhkan keputusan yang mengisytiharkan OSK Trustees Berhad sebagai pemegang amanah bagi Sunway Real Estate Investment Trust (Sunreit), selaku pemilik sah Putra Place.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hashim Yusoff, Tan Sri Mohd. Ghazali Mohd. Yusoff dan Datuk Ahmad Ma'arop sebulat suara menolak permohonan syarikat itu bagi penangguhan keputusan mahkamah rayuan berkenaan sementara menunggu keputusan permohonannya (Metroplex) bagi kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan. — Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Bukan kekasih lama

Posted:

Bukan kekasih lama

Bukan kekasih lama

SELEPAS menjalinkan hubungan cinta secara serius selama enam bulan, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 28, akhirnya nekad membuat keputusan bernikah dengan Nazirah Ayub, 23.

Johan Raja Lawak musim ke-3 itu bagaimanapun menolak bahawa perkahwinannya bersama Nazirah untuk menutup segala kisah kontroversi yang melanda dirinya.

"Saya ikhlas memperisterikan Nazirah. Bukan niat untuk tutup segala kontroversi. Sudah lumrah dunia artis berdepan dengan pelbagai gosip dan kontroversi.

"Tidak bermakna seseorang yang sudah berkahwin itu tidak dilanda kontroversi namun selepas menjadi suami saya janji akan setia padanya," katanya Nabil tersenyum tetapi bernada serius.

Suasana majlis akad nikah yang sedikit serius bertukar menjadi riuh-rendah apabila nama Nabil acap kali dilaung kanak-kanak yang hadir melihat kelibat pelawak, pelakon dan pengacara itu.

Nazirah yang kelihatan anggun mengenakan busana Wazira Zainal sambil diapit oleh rakan baiknya, penyanyi terkenal Jaclyn Victor hanya tersenyum melihat reaksi Nabil membalas laungan kanak-kanak tersebut.

Tepat pukul 5.15 petang, dengan dua kali lafaz dan mas kahwin sebanyak RM300, Nazirah sah menjadi milik Nabil.

"Alhamdulillah, syukur akhirnya saya berkahwin juga," ucap Nabil kepada media selepas selesai majlis ijabkabul Nabil dan Nazirah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Ditanya pula perasaan Nazirah terhadap Nabil, kata Nazirah: "Saya sudah fikir masak-masak sebelum berkahwin dengannya. Lagipun saya sudah lama mengenali dirinya.

Nabil yang dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd. Redza Ahmad menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan berbalas tujuh dulang hantaran.

Antara barangan hantaran yang diterima Nabil ialah coklat, kasut jenama Tod's, PS3, IPad, al-Quran, cincin, sirih junjung, kek fondant dan buah-buahan.

Pihak Nazirah pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu cincin berlian, tepak sirih, kasut jenama Stuart Weitzman , Playbook Blackberry, alat solek jenama Chanel, barangan kecantikan jenama Laura Mercier, telekung dan al-Quran.


PASANGAN pengantin bergambar kenangan bersama ibu bapa pengantin lelaki.


Dua hari selepas diijabkabulkan, Nabil dan Nazirah diraikan dalam resepsi bertemakan Wonderland di I-City, Shah Alam, Selangor.

Dilimpahi dengan cahaya lampu I-City, pasangan ini tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan bersyukur untuk melayari kehidupan suka dan duka sebagai suami isteri selepas ini.

Nabil juga merancang untuk membawa isterinya ke Mekah menunaikan umrah nanti sekali gus menyambut bulan madu mereka di sana.

Kenal tapi tak cinta

Menceritakan detik perkenalan Nabil dan Nazirah, mereka mengenali antara satu sama lain sejak enam tahun lalu.

"Saya sudah kenal Nazirah sejak enam tahun lalu. Ketika itu saya masih bekerja sebagai despatch. Dia merupakan adik ipar kepada rakan saya.

"Kerap kali juga kami berjumpa tetapi tidak bercinta. Dia tak suka saya ketika itu. Kami mulai seriuspun enam bulan lalu," akui Nabil.

Ditanya kepada Nazirah adakah dia menyukai Nabil kerana populariti yang dikecapi lelaki berasal dari Negeri Sembilan itu, jawab Nazirah, dia tidak mengenali Nabil sebelum ini. Katanya, dia ada berjumpa Nabil tetapi jarang berbual-bual dengannya.

"Selama ini saya tidak pernah ambil tahu pasal dia dan tidak tahu mengenai gosip yang melanda dirinya. Selepas mengenali dirinya barulah saya suka dia. Dia seorang yang kelakar dan romantik serta mengambil berat terhadap diri saya," tutur Nazirah.

Cinta pasangan ini lebih mekar tatkala minat kedua-duanya selari bersama. Nabil yang sememangnya minat menunggang motosikal berkuasa besar memberitahu, Nazirah juga mempunyai minat yang serupa dengannya.

Butik pakaian

Apabila ditanya kepada Nazirah apakah perkara paling kelakar yang pernah dibuat oleh Nabil untuknya, bekas pramugari itu memberitahu: "Nabil membuat aksi wheelie didepan saya."

Nabil juga mengaku lebih selesa memperisterikan Nazirah yang bukan daripada kalangan artis dan berharap isterinya itu tidak terjebak dengan dunia seni.


NABIL pada awalnya mengenali Nazirah sebagai adik ipar seorang rakannya.


Mana-mana institusi perkahwinan pastinya ada geloranya, inikan pula melayari bahtera perkahwinan bersama artis. Memahami keadaan dirinya yang berkahwin dengan orang popular, Nazirah mengaku perlu banyak bersabar dan memahami pekerjaan suaminya itu.

Nabil juga secara berterus-terang memberitahu, Nazirah hanya pandai memasak menu sardin goreng dan ayam masak kicap.

Namun, dia yang sememangnya orangnya tidak kisah apa jua juadah yang bakal dimasak isterinya itu nanti.

"Saya orang yang simple. Apa sahaja dia masak walaupun telur goreng sekalipun saya akan makan," katanya ketawa.

Beralih pula soal cahaya mata, pasangan ini mengambil keputusan untuk merancang dahulu cahaya mata.

"Buat masa ini, untuk tahun pertama kami ingin hidup berdua dahulu. Insya-Allah untuk tahun kedua nanti baharu kami merancang mendapatkan anak," kata Nabil sambil dipersetujui oleh Nazirah.

Nabil dan Nazirah juga sepakat untuk memperoleh tiga cahaya mata.

Meneruskan kehidupan bahagia sebagai suami isteri, Nabil akan kembali sibuk dalam dunia seninya manakala Nazirah pula merancang untuk membuka perniagaan butik pakaian wanita satu hari nanti.

Bipasha nafi bakal kahwin

Posted:

Bipasha nafi bakal kahwin

Bipasha nafi bakal kahwin


BIPASHA BASU


SEJAK akhir-akhir ini, gosip pernikahan Bipasha Basu dan Rana Daggubati sering menjadi topik perbualan media. Entah dari mana, tiba-tiba tersebar luas mendakwa mereka ingin segera berkahwin.

Namun, Bipasha dengan pantas memberi kepastian bahawa gosip itu palsu.

"Setelah membaca tentang gosip perkahwinan saya itu, ingin saya tegaskan bahawa ia tidak benar sama sekali," sangkalnya dalam laman sosial Twitter miliknya sebagaimana dilaporkan apunkachoice.com.

Kenyataan padat dan jelas itu dengan spontan telah menukar pandangan umum tentang berita tersebut dan berharap perkhabaran ini akan melenyapkan tanda tanya sama ada ia benar mahupun tidak.

Sebelum ini, Bipasha telah menjalinkan hubungan cinta yang panjang bersama aktor kacak John Abraham.

Namun, sayangnya, hubungan selama lapan tahun itu berakhir apabila muncul khabar Bipasha telah menjalinkan hubungan bersama Rana yang merupakan gandingannya dalam filem Dum Maaro Dum.

Taruhan Super Duper Lover

Posted:

Taruhan Super Duper Lover

Taruhan Super Duper Lover

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


BARISAN pelakon dan karyawan filem Super Duper Lover bergambar dengan David Teo (dua dari kiri).


WAJAH baharu mengemudi produksi filem Super Duper Lover terbitan Metrowealth Pictures mungkin percubaan berani untuk menghasilkan produk setanding kutipan terdahulu umpamanya Adnan Sempit.

Bukan hanya pelakon, malah pengarahnya juga diangkat daripada seorang pengarah seni yakni Ollyyn Kadri menandakan pertaruhan ini bukan dibikin main-main.

Sementara, barisan pelakonnya pula menggandingkan hero filem Tujuh Petala Cinta dan Cinta Kura-Kura, Aeril Zafrel dengan aktres telemovie Impian Raya Emelyn, Nuremy Ramli, selain pelakon drama Fezrul Khan.

Menurut penerbitnya, David Teo, filem yang memulakan penggambaran pada bulan lalu itu mungkin akan masuk panggung menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun depan.

"Filem ini merupakan buah tangan ke-14 daripada 19 filem Metrowealth Pictures pada tahun ini dan sasaran kita untuk ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri tahun 2012 memandangkan senarai filem yang berjaya masuk panggung sepanjang suku pertama tahun depan sudah dikeluarkan Wajib Tayang," katanya yang ditemui ketika Majlis Perasmian filem Super Duper Lover di Wisma MIG, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tidak teragak-agak untuk meletakkan pertaruhan hebat kepada pengarah dan pelakon baharu untuk menggalas beban filem ke-64 terbitan MIG itu, ujar David lagi usaha itu sejajar dengan pembangunan modal insan yang dilakukannya dari semasa ke semasa.

"Kalau tak bagi artis-artis baharu tonjolkan bakat macam mana kita hendak tahu potensi mereka, lagipun jika kita ambil artis yang sudah popular mereka mungkin sukar untuk bahagi komitmen masa dan bayaran berlakon mungkin juga tinggi," ujarnya yang percaya akan kematangan penonton memilih karya berkualiti berbanding populariti artis.


AERIL ZAFRIL merupakan hero filem ini.


Begitu juga pemilihan pengarah baharu yang melonjak naik menerusi telemovie Korban Kasih Abah di TV9, Ollyyn Kadri atau empunya nama Ahmad Rusli Mohd. Khadri yang dilihat mampu membawa nama MIG ke tahap lebih tinggi.

Kata Ollyyn: "Selepas tamat penggambaran filem X yang dibintangi Pierre Andre, Intan Ladyana dan Diana Amir, David mencabar saya sekali lagi untuk mengarahkan filem Super Duper Lover dan saya menyahut cabaran itu."

Cabaran berbeza dalam lapangan berbeza, itu luah Ollyyn yang kini mengembangkan bakatnya dari batas pengarahan seni ke ladang pengarahan filem.

"Kalau dulu setiap keputusan saya akan ditapis oleh bos iaitu pengarah tapi kini semuanya terletak di tangan saya, salah pilihan kecundanglah jawabnya," katanya yang menjadi pengarah seni sebanyak 17 buah filem termasuk Bini-Biniku Gangster yang baru saja menjejak panggung.

Namun, lain pula cabarannya buat pendukung watak utama, Aeril Zafrel, 23, yang baru kali ketiga diangkat menjadi hero filem daripada empat buah naskhah lakonannya.

"Bukan senang sebenarnya nak jadi hero sebuah filem, kalau filem sebelum ini (Tujuh Petala Cinta) saya memainkan perwatakan yang agak serius, filem ini pula saya seolah-olah melakonkan siapa diri saya sebenar, seorang yang nakal, ganas tapi pada masa yang sama manis," katanya yang popular menerusi filem Aku Tak Bodoh.

Super Duper Lover yang memilih pelakonnya menerusi siri uji bakat itu mengisahkan perjalanan cinta dua insan iaitu Mukhlis (Aeril Zafrel) dan Murni (Nuremy Ramli) yang bertitik tolak daripada hubungan sebagai sahabat atau juga disebut cinta paltonik.

Dalam pada usaha mencari cinta sejati buat diri masing-masing, berdepan pelbagai dugaan dan cabaran akhirnya Murni bertemu dengan Iqwal lakonan Fezrul Khan yang berkesudahan dengan konklusi yang tidak terjangka.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved