Selasa, 4 Oktober 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Debat PPM tawar hadiah RM25,000

Posted:

Debat PPM tawar hadiah RM25,000

Debat PPM tawar hadiah RM25,000

04/10/2011 9:55pm

KUALA LUMPUR 4 Okt. — Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2011 (PPM) peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dianjurkan buat pertama kalinya, menawarkan hadiah wang tunai lumayan berjumlah RM25,000 untuk juara.

Bakal berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini dan bermula 20 Okt hingga 25 Okt depan, 192 peserta dari 24 IPT awam (IPTA) dan IPT swasta (IPTS) akan berentap dalam dalam dua kategori debat iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Sebelum ini, PPM hanya mengadakan pertandingan peringkat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sejak 1974.

Pengarah program, Mohd Khair Ngadiron, dalam sidang media mengenai pertandingan itu hari ini berkata debat bertemakan 'Generasi Muda Untuk Transformasi' merupakan refleksi kepada keterbukaan Perdana Menteri dalam setiap tindakan serta keputusan yang dibuat kerajaan.

Khair berkata, debat tersebut akan didokumenkan dan disampaikan kepada kerajaan sebagai suara generasi baru.

"Penganjur juga telah memilih juri yang berkredibiliti tinggi agar pertandingan mampu menghasilkan debat yang baik," katanya. — Bernama

Graduan perlu tegak kebenaran

Posted:

Graduan perlu tegak kebenaran

Graduan perlu tegak kebenaran

04/10/2011 9:50pm

KUALA LUMPUR 4 Okt. — Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menitahkan para graduan agar bersungguh, tegas, gigih dan ikhlas serta mengangkat prinsip berani menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran apabila melangkah ke alam pekerjaan.

Baginda yang juga Pro-Canselor Universiti Malaya (UM) bertitah ketika berada di alam pekerjaan, graduan hendaklah melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab atas prinsip kebenaran dengan mengamalkan sikap bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan.

"Kekuatan negara akan terbina jika negara ditegakkan dengan sikap kebenaran sebaliknya negara akan menjadi lemah jika dibina atas dasar kepalsuan.

"Suasana pengajian di universiti membantu membina pemikiran yang kaya dengan idealisme dan alam pekerjaan adalah untuk mempraktikkan idealisme tersebut," titah baginda pada majlis konvokesyen UM ke-50 di sini hari ini.

Seramai 6,638 graduan dalam pelbagai disiplin pengajian di peringkat ijazah Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan diploma menerima ijazah masing-masing pada istiadat konvokesyen yang berlangsung selama enam hari berakhir 8 Okt ini. — Bernama

Metroplex gagal mohon tangguh interparte

Posted:

Metroplex gagal mohon tangguh interparte

Metroplex gagal mohon tangguh interparte

04/10/2011 9:30pm

PUTRAJAYA — Metroplex Holdings Sdn. Bhd. hari ini gagal mendapatkan perintah interparte dari Mahkamah Persekutuan di sini bagi menangguhkan keputusan yang mengisytiharkan OSK Trustees Berhad sebagai pemegang amanah bagi Sunway Real Estate Investment Trust (Sunreit), selaku pemilik sah Putra Place.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hashim Yusoff, Tan Sri Mohd. Ghazali Mohd. Yusoff dan Datuk Ahmad Ma'arop sebulat suara menolak permohonan syarikat itu bagi penangguhan keputusan mahkamah rayuan berkenaan sementara menunggu keputusan permohonannya (Metroplex) bagi kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan. — Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved