Rabu, 14 Disember 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Hadapi tuduhan merogol, mencabul, merompak

Posted:

Hadapi tuduhan merogol, mencabul, merompak

Hadapi tuduhan merogol, mencabul, merompak

14/12/2011 10:11pm

KOTA BHARU – Seorang lelaki dipercayai terbabit dengan kira-kira 20 kes rogol, cabul dan samun, mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan di dua Mahkamah Sesyen dan sebuah Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Amran Che Jaafar, 29, dari Kampung Sungai Perupok, Bachok menghadapi lima pertuduhan termasuk merogol, mencabul, merompak dan dua lagi tuduhan menceroboh dengan niat merompak dan mencabul mangsanya.

Di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Amran dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol seorang wanita berusia 20 tahun di asrama pekerja sebuah galeri tudung di Tanah Merah pada 16 Julai lepas.

Di Mahkamah Sesyen Kota Baharu, Amran dituduh merompak telefon pintar Blackberry, wang tunai RM250, kad pengenalan, kad ATM dan lesen memandu milik seorang wanita berusia 37 tahun di rumah pangsa di Kubang Kerian di sini, pada 15 November lepas.

Dia juga berdepan tuduhan menceroboh rumah wanita itu dan asrama seorang lagi gadis berusia 23 tahun di Jalan Sultan Yahya Petra, Seksyen 17 di sini pada 25 November.

Sementara di Mahkamah Majistret pula, Amran dituduh mencabul gadis sama di asrama Jalan Sultan Yahya Petra dengan mengikat kedua-dua tangan mangsa dengan wayar seterika dan mengacukan pisau terhadap gadis itu pada tarikh yang sama.

Kesemua kes itu akan disebut semula pada 10 dan 12 Januari tahun depan depan. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

14 warga asing ditahan dalam satu operasi

Posted:

14 warga asing ditahan dalam satu operasi

14 warga asing ditahan dalam satu operasi

14/12/2011 9:57pm

SEREMBAN – Seramai 14 wanita warga China ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sebuah premis hiburan di Taman AST, di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, wanita-wanita tersebut yang berusia antara 19 hingga 57 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk menyalahgunakan pas lawatan ke negara ini.

"Semasa kita mulakan serbuan, pihak polis mendapati kesemua mereka cuba melarikan diri melalui lubang tikus yang disediakan oleh pengusaha premis.

"Berdasarkan pemeriksaan yang kita lakukan 11 dari warga China itu menggunakan pas lawatan pelajar di Kuala Lumpur, dua dari mereka menggunakan pas lawatan bekerja di Selangor dan Johor dan seorang lagi mempunyai permit perkahwinan," katanya di sini hari ini.

Katanya, dalam serbuan tersebut juga pihak polis menahan 10 pelanggan berusia 20 hingga 50 tahun dan seorang lelaki berusia 37 tahun yang dipercayai penjaga premis itu untuk disoal siasat. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Kebakaran: Persiapan perkahwinan musnah

Posted:

Kebakaran: Persiapan perkahwinan musnah

Kebakaran: Persiapan perkahwinan musnah

14/12/2011 9:47pm

KUALA TERENGGANU – Hasrat sepasang suami isteri untuk melangsungkan perkahwinan anak perempuan mereka hujung bulan ini musnah apabila semua persiapan yang telah dibuat hangus dalam kebakaran tengah hari tadi.

Rumah pasangan Asli Baring, 48, dan isteri, Zainab Salleh, 47, di Kampung Bukit Tunggal, terbakar pada 12.15 tengah hari melibatkan kerugian dianggarkan RM150,000.

Ketika kejadian, Zainab sedang menyiapkan makanan tengah hari, manakala seorang anaknya, Nor Adlin Qayyum, berada di ruang tamu rumah.

"Saya dan anak saya cuba memadamkan api itu sebelum dibantu jiran yang kemudian menghubungi bomba. Nasib baik ketika kejadian, tujuh lagi anak saya tidak berada dalam rumah manakala suami pula sedang bekerja," katanya.

Zainab berkata, hanya kad jemputan perkahwinan anaknya, Nurul Azma, 24, sahaja yang sempat diselamatkan, manakala barangan lain semuanya terbakar.

Nurul Azma yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 31 Disember ini menetap di Kuala Lumpur. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved