Rabu, 14 Disember 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Safee tak kembali ke Liga-M

Posted:

Safee tak kembali ke Liga-M

Safee tak kembali ke Liga-M

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

SAFEE (kanan) belum memikirkan untuk kembali beraksi dalam Liga-M meskipun ISL kini dilanda kontroversi.


"BELUM tiba masanya Safee kembali beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M)."

Itu respons Zakaria Rahim selaku pengurus kepada penyerang sensasi negara, Mohd. Safee Mohd. Sali ekoran kontroversi yang melanda perjalanan Liga Super Indonesia (ISL).

Menurut Zakaria, belum tiba masanya Safee 'berpatah balik' ke saingan Liga-M dengan kadar segera kerana ISL belum diharamkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sekali gus mengundang risiko menghalang penyerang kelahiran Kajang, Selangor itu daripada menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Sebagai pemain profesional, katanya, Safee begitu komited memberikan yang terbaik meskipun ketika mengalami kecederaan sepanjang mengharungi ISL setakat ini. Justeru, khabar angin yang mengatakan Safee akan meninggalkan Pelita Jaya semata-mata kerana bimbang tidak dapat beraksi bersama Harimau Malaya sememangnya tidak berasas.

"Tidak, belum tiba masanya (Safee kembali beraksi dalam Liga-M) dalam waktu terdekat.

"Buat masa ini, kontrak Safee bersama Pelita Jaya hanya akan berakhir Januari depan, selain Pelita Jaya juga dikhabarkan mahu melanjutkan kontraknya untuk kekal bersama kelab itu bagi tempoh tiga tahun lagi," katanya kepada Kosmo!, semalam.

Spekulasi itu mula timbul dalam kalangan pemerhati bola sepak setelah beberapa akhbar tempatan semalam melaporkan tanda tanya mengenai nasib Safee dan pemain-pemain import lain yang dikhabarkan tidak dibenarkan mewakili negara masing-masing gara-gara ISL dilaporkan 'diharamkan' oleh FIFA dan AFC.

Ancaman tidak dibenarkan beraksi bagi mewakili pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa itu juga difahamkan membabitkan seluruh pemain tempatan Indonesia.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, hanya Liga Premier Indonesia (IPL) yang berdepan kontroversi pengharaman itu dan bukannya ISL.

Buat masa ini, katanya, isu-isu berkaitan perkara itu masih dibincangkan oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) bagi mengenal pasti sebarang perkara berbangkit, jadi sebagai pemain Safee hanya menyerahkan perkara itu kepada pengurusan kelabnya untuk tindakan lanjut.

"Pada masa sama, masih terlalu awal untuk memperkatakan sama ada Safee akan melanjutkan kontraknya bersama Pelita Jaya atau tidak selepas ini, apa yang pasti beliau gembira sepanjang berada di sana termasuk telah dilantik selaku kapten pada saingan musim ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Harimau Muda tewas aksi kedua

Posted:

Harimau Muda tewas aksi kedua

Harimau Muda tewas aksi kedua

Oleh NAN HIDAYAT NAN
AZMIE dan AHMAD
FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my


KETIADAAN Muslim (kiri) pada penghujung babak kedua telah memberi kesan kepada Harimau Muda apabila dirobek Central South Mariner pada aksi persahabatan di Sydney semalam.


ADA mesej yang cukup positif diterima pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee sebaik pasukannya dijinakkan 0-1 oleh Central South Mariner dalam aksi persahabatan kedua di Stadium Mini Central South Mariner, Sydney pagi semalam.

Ketiadaan tonggak pertahanan, Muslim Ahmad yang terpaksa dikeluarkan pada penghujung babak kedua gara-gara kecederaan dimanfaatkan sepenuhnya oleh jentera serangan tuan rumah yang berjaya meledak gol tunggal perlawanan ketika berlaku keadaan kelam-kabut di dalam kotak penalti Harimau Muda pada minit ke-85.

Apa yang pasti, ia merupakan pengajaran yang berguna buat Kim Swee supaya tidak sekadar bergantung harap dengan gandingan Muslim dan Muhamad Fadhli Shas bagi mengemudi benteng pertahanan negara selepas ini, dan ia juga diakui oleh pengendali berasal dari Melaka itu.

"Benar, rentak permainan dilihat berubah sebaik Muslim dikeluarkan gara-gara kecederaan betis.

"Namun, saya masih tidak terlalu bimbang kerana sememangnya matlamat asal saya sepanjang menimba ilmu di Australia ini adalah bagi membentuk persefahaman dan juga gandingan pemain-pemain baharu serta yang jarang diturunkan sebelum ini.

"Malah, persembahan Mohamad Amer Saidin yang masuk menggantikan Muslim juga tidak mengecewakan meskipun sekadar beraksi kurang daripada 10 minit," katanya ketika dihubungi Kosmo! di Sydney semalam.

Sebelum ini, dalam aksi pembuka tirai menentang Sydney FC kelmarin, skuad kendalian Kim Swee berpesta gol apabila menang 3-0 hasil jaringan K. Gurusamy dan dua gol ledakan Ahmad Hazwan Bakri.

Sementara aksi Harimau Muda menentang Central South Mariner pula sepatutnya dijadualkan berlangsung hari ini sebelum dianjakkan sehari lebih awal semalam memandangkan jadual kelab itu difahamkan cukup padat lantaran persiapan mereka menjelang aksi Liga Australia (Liga-A) musim depan.

Untuk rekod, Central South Mariner merupakan pasukan keempat terbaik Liga-A bagi musim ini.

Mengulas lanjut, Kim Swee berkata, bahawa beliau juga melakukan beberapa pertukaran di bahagian tengah semalam apabila membawa keluar Gurusamy dan Fandi Othman dan memasukkan S. Sivanesan dan Nazirul Naim Che Hashim pada babak kedua.

Persembahan keseluruhan pemain juga, katanya, tidak menghampakan termasuk keberkesanan tindakan penyudah yang dipamerkan Ahmad Hazwan sekali gus memberikan lebih banyak pilihan buat Kim Swee di jentera serangan.

"Pada masa sama, saya juga tidak menolak kemungkinan menguji pemain baharu seperti S. Sivanesan dan Shahrul Saad menjelang pertemuan terakhir menentang Newcastle Jets pada 19 Disember ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Karim bersedia jumpa Zolkples

Posted:

Karim bersedia jumpa Zolkples

Karim bersedia jumpa Zolkples


KARIM akhirnya mula sedar diri dan bersedia mengadakan pertemuan dengan Zolkples untuk menyelesaikan pertelagahan.


KEMELUT dalaman antara Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) melibatkan Timbalan Presidennya, Karim Ibrahim dengan Majlis Sukan Negara (MSN) memasuki fasa baharu apabila Timbalan Presiden KOM itu menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan Datuk Zolkples Embong atas permintaan peminat-peminat sukan bagi menyelesaikan kemelut yang tercetus.

Karim berkata, beliau sendiri akan menulis surat kepada Ketua Pengarah MSN itu dan menghantarnya kepada Zolkples selewat-lewatnya hari ini.

Beliau berkata, kesediaan untuk menyelesaikan kemelut yang sudah lama berlarutan itu adalah untuk kebaikan sukan olahraga negara selain meletakkan kembali sukan berkenaan ke era kegemilangan.

"Saya tidak mempunyai masalah untuk menyelesaikan kemelut yang tercetus ini.

"Sudah sampai masanya untuk kita melihat ke hadapan dan bukannya bergaduh serta menuduh antara satu sama lain. Saya ikhlas dan jujur untuk menyelesaikan kemelut ini dan bersedia pada bila-bila masa.

"Saya bersedia untuk bertemu dengan beliau (Zolkples) secepat mungkin. Soal sama ada beliau bersedia untuk berjumpa dengan saya, itu terpulanglah kepada Zolkples," katanya ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24 semalam.

Karim berkata, inisiatif untuk membawa kedua-dua pemimpin bertelagah itu bersemuka pernah diusahakan oleh Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim, namun usaha murni itu gagal disebabkan keengganan Zolkples untuk berganjak dengan pendiriannya.

Dalam perkembangan berkaitan, Karim menolak desakan pihak tertentu agar meletak jawatan ekoran kemelut itu sambil menegaskan bahawa ia adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab untuk meninggalkan KOM pada saat-saat getir seperti ini.

"Apabila ada masalah dalam persatuan, takkan saya nak lepas tangan begitu sahaja, tak boleh macam itu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved