Selasa, 6 Disember 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


2 warga myanmar palsukan dokumen ditahan

Posted:

2 warga myanmar palsukan dokumen ditahan

2 warga myanmar palsukan dokumen ditahan

06/12/2011 10:40pm

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri berteknologi tinggi, selepas menahan dua lelaki warga Myanmar di sebuah kondominium mewah di ibu negara, semalam.

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Imigresen, Mohd Zamberi Abdul Aziz berkata, kegiatan sindiket itu, yang memiliki kepakaran memproses pelbagai dokumen pengenalan diri dalam masa kurang 10 minit, berjaya ditumpaskan dalam satu serbuan pada pukul 1.30 tengah hari semalam hasil intipan yang dilakukan kira-kira dua bulan lepas.

Beliau berkata, antara dokumen pengenalan diri yang dirampas ialah MyKad, pasport Malaysia, kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan lesen memandu.

"Dua suspek termasuk seorang yang masih bebas dikatakan menjalani kehidupan mewah kerana mampu mengaut untung melebihi RM30,000 sebulan atau RM36,000 hasil jualan pasport Malaysia yang dijual dengan harga RM18,000 setiap satu.

"Mereka turut memalsukan pasport negara lain yang dijual pada harga RM250 satu, visa Malaysia (RM500 setiap satu), MyKad (RM300 setiap satu), manakala kad UNHCR pula dijual pada harga RM30 setiap satu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd Zamberi berkata, pihaknya turut menemui 10 pasport Malaysia, 57 pasport Myanmar, 21 (Bangladesh), enam (Indonesia), dua (Thailand) dan satu (India) serta 30 MyKad asli dan palsu, dalam serbuan itu. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Legoland Malaysia tepati jadual dibuka 2012

Posted:

Legoland Malaysia tepati jadual dibuka 2012

Legoland Malaysia tepati jadual dibuka 2012

06/12/2011 10:40pm

KUALA LUMPUR – Legoland Malaysia menepati jadual bagi pembukaannya pada 2012 di Iskandar Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Legoland Malaysia mengumumkan pemasangan kerangka keluli bagi ujian landasan permainan ikonnya iaitu "roller coaster" yang diberi nama Lego Technic, dan penjualan pas tahunan.

Bagi suatu tempoh yang terhad, Legoland Malaysia menawarkan pas tahunan prapembukaan pada harga RM195 bagi orang dewasa (harga biasa RM275) dan RM150 bagi kanak-kanak (harga biasa RM210).

Pas masuk berharga RM140 bagi orang dewasa dan RM110 bagi kanak-kanak, manakala pemegang MyKad mendapat rebat RM30 di pintu masuk.

Legoland Malaysia adalah taman tema pertama seumpamanya dibuka di Asia Pasifik dan yang keenam di dunia. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Curi coklat: 2 penganggur dipenjara, didenda

Posted:

Curi coklat: 2 penganggur dipenjara, didenda

Curi coklat: 2 penganggur dipenjara, didenda

06/12/2011 8:47pm

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri beberapa keping coklat, dua remaja berusia 18 tahun masing-masing dihukum penjara sehari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin memerintahkan kedua-dua remaja itu menjalani hukuman penjara hari ini atau dipenjara sebulan jika gagal membayar denda yang ditetapkan.

Kedua-dua mereka yang menganggur kemudian membayar denda berkenaan.

Remaja pertama, Shaiful Azhan Shaiful Azmi, mengaku bersalah atas dakwaan mencuri dua keping coklat bernilai RM7.80, jenama KitKat dan Barnsberry di Pasar Raya Mydin, Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 2 petang, Jumaat lepas.

Remaja kedua, Mohd Azlil Al Jefri pula mengaku bersalah mencuri coklat serta pelbagai barangan keperluan lain dengan nilai berjumlah RM52.40 di pasar raya yang sama, pada hari dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mencuri dua keping coklat KitKat, sebotol syampu jenama Head and Shoulders, dua botol syampu jenama Pantene dan sebotol syampu jenama Follow Me dari tempat simpanan barang di pasar raya itu. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved