Kosmo Online - Negara |
Peniaga heret PKNS ke mahkamah Posted: Peniaga heret PKNS ke mahkamahOleh NORHAYATI YAHAYA
SHAH ALAM - Persatuan Peniaga-Peniaga Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memfailkan tuntutan injunksi (perintah sekatan) di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam bagi menghalang PKNS daripada menaikkan kadar sewa lot kedai di kompleks itu mulai Januari tahun depan. Yang dipertua persatuan, Amran Yahya selaku plaintif memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners dan menamakan PKNS sebagai defendan. Turut hadir kira-kira 100 peniaga di kompleks tersebut. Dalam tuntutan setebal enam muka surat itu, plaintif menyatakan pihak defendan tidak mengadakan apa-apa perbincangan dengan peniaga untuk menaikkan kadar sewa premis perniagaan di antara 70 hingga 100 peratus mulai 1 Januari 2012. Ini bermakna terdapat sesetengah peniaga terpaksa membayar sewa kedai sebanyak RM12,000 sebulan mulai tahun depan berbanding RM6,000 sebulan sebelum ini. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. | |
Posted: 235,908 individu jadi bankrapKOTA KINABALU - Setakat Oktober tahun ini, seramai 235,908 individu diisytiharkan bankrap di negara ini, kata Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil . Beliau berkata, berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), punca utama yang melibatkan kebankrapan ialah pinjaman sewa beli iaitu 26 peratus, diikuti pinjaman peribadi (21 peratus), pinjaman perumahan (14 peratus) dan pinjaman lain termasuk pinjaman perniagaan dan penjamin korporat. Beliau berkata, statistik tersebut meletakkan Malaysia antara negara yang mempunyai jumlah kebankrapan yang tinggi berbanding dengan negara lain iaitu puratanya 41 individu diisytiharkan bankrap setiap hari. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. | |
Pertingkat kekuatan sistem pertahanan Posted: Pertingkat kekuatan sistem pertahanan![]() AKSI menarik pasukan Krisakti yang membuat bentuk 'Love' di udara menggunakan pesawat Extra 300L buatan Jerman sempena majlis perasmian LIMA '11 di Langkawi semalam. LANGKAWI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11) memberi penekanan peri mustahaknya pertahanan serta keselamatan kepada kepentingan strategik negara dan serantau. Pada edisi ke-11 LIMA yang disertai lebih 400 syarikat dari 35 negara, beliau berkata, pertahanan dan keselamatan menjamin bukan sahaja keutuhan wilayah tetapi juga kedaulatan yang amat dihargai oleh semua negara. Beliau berkata, Asia kini menikmati ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia dan perbelanjaan pertahanan tidak terkecuali. "Perbelanjaan aeroangkasa dan maritim semakin melonjak dan bakal meningkat lagi ketika kerajaan terus menangani ancaman keselamatan tradisional dan bukan tradisional," kata Najib ketika merasmikan pameran pertahanan dan keselamatan terulung Malaysia di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan