Selasa, 6 Disember 2011

Kosmo Online - Infiniti


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Memacu adrenalin dalam teater 6D Memacu adrenalin

Posted:

Memacu adrenalin dalam teater 6D Memacu adrenalin

Memacu adrenalin dalam teater 6D Memacu adrenalin

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

SEMPENA musim cuti persekolahan, sudah tentu ramai yang mencari destinasi sesuai untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan sahabat handai.

Ada yang ingin bersantai di pantai sambil pukulan ombak menjadi lagu mendamaikan jiwa atau ada juga yang mahu meneroka hutan simpan negara untuk menghargai keindahan alam semula jadi.

Bahkan, ada juga yang mempunyai cara tersendiri dalam menghabiskan cuti apabila merasai pengalaman adrenalin sehingga berdegup jantung dengan menaiki roller-coaster.

Bagaimanapun, kekangan masa sering kali mencemburui kita apatah lagi apabila ingin mencari destinasi sesuai merasai pengalaman menaiki roller-coaster yang mengujakan.

Dalam memenuhi permintaan peminat roller-coaster itu, Carlson White Entertainment Technologies membawa masuk teknologi teater XD yang dapat menawarkan pengalaman pergerakan simulasi di dalam teater.

Pengarah Carlson White Entertainment Technologies, Michael Gomez memberitahu, teknologi teater XD yang ditawarkan di Menara Kuala Lumpur didatangkan khas dari Kanada.

"Kita sangat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan Menara Kuala Lumpur dalam memperkenalkan teknologi terbaharu ini.

"Pengenalan teknologi teater tersebut di Menara Kuala Lumpur merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini," katanya kepada Kosmo!.

Dia menambah, teater XD tersebut agak berlainan kerana mampu memberi pengalaman menarik enam dimensi (6D) kepada pengunjung.

Michael menjelaskan, secara dasarnya tiga dimensi (3D) hanya terletak pada tayangan filem definisi tinggi (HD) dipaparkan pada skrin.

Sebaliknya 6D menggabungkan pergerakan kerusi, efek cahaya dan efek angin.

"Dalam Teater XD ini, ia dilengkapi kerusi khas yang mampu mencecah sehingga 2G pecutan graviti. Ia akan mengikuti setiap pergerakan filem ditayangkan untuk memberi kepuasan kepada pengunjung.

"Efek pencahayaan dan efek angin yang mengagumkan melengkapkan tawaran 6D kepada pengunjung," ujarnya.

Terdapat tiga tayangan ditawarkan kepada pengunjung iaitu Jett and Jin, Canyon Coaster dan Ravin Racer yang masing-masing mempunyai durasi selama empat minit.

Perbezaan

Teknologi teater XD sangat berbeza jika dibandingkan dengan platform pergerakan lain yang ditawarkan kepada pengguna.


TEATER XD dapat memberikan pengalaman lebih mengujakan berbanding tayangan 3D biasa.


Dia berkata, kebanyakan platform pergerakan masa kini akan menggerakkan semua kerusi yang terdapat di dalam teater.

Tidak seperti teater XD, beliau memberitahu, kerusi-kerusi yang terdapat di dalam teater tersebut akan bergerak secara individu.

"Dengan teknologi Mad Wave Motion, kerusi khas ini berupaya menjana sehingga 400 pergerakan malah, mampu mencecah sehingga 2G pecutan graviti.

"Ia adalah lebih laju berbanding platform pergerakan lain yang hanya mampu mencecah kelajuan pecutan graviti 1G sahaja," ujarnya lagi.

Disebabkan kerusi-kerusi tersebut bergerak secara individu, Michael menambah, ia akan memberi pengalaman lebih realistik dan mengujakan kepada pengunjung.

"Bahkan, pengunjung tidak perlu berasa bimbang kerana jika tidak mampu mengawal rasa panik, anda hanya perlu membuka tali pinggang keledar untuk menghentikan kerusi terbabit.

"Ini kerana terdapat sistem automatik yang akan menghentikan pergerakan kerusi apabila dilucutkan tali pinggang keledar," katanya.

Menjimatkan

Dari segi penyelenggaraan, ia lebih mudah diselenggara kerana hanya perlu membaiki satu kerusi sahaja berbanding seluruh platform sekiranya berlaku kerosakan.

Katanya, teater XD tersebut turut menggunakan sistem pergerakan elektrik yang lebih kos efektif dan mudah dikendalikan.

"Menariknya tentang sistem ini adalah, ia tidak memerlukan seseorang yang mempunyai pengetahuan teknikal dalam mengendalikan teater tersebut.

"Ia secara tidak langsung membolehkan sesiapa sahaja mengendali dan menyelenggara teater berkenaan," katanya.

Michael menambah, dia bercadang memperluaskan lagi perkhidmatan teater XD di rantau Asia Tenggara.

Selepas Malaysia, beliau memberitahu, akan membuka teater XD di Singapura pula kerana sambutan yang diterima amat menggalakkan di Menara Kuala Lumpur.

Mengujakan

Dalam pada itu, seorang pengunjung, Samsul Zamzuri, 36, yang mengunjungi Menara Kuala Lumpur sempena cuti sekolah berkata, dia sangat teruja apabila mencuba dan memasuki teater XD tersebut.

"Apabila duduk di kerusi khas yang disediakan di dalam teater ini, saya berasa seolah-olah seperti menaiki roller-coaster sebenar.

"Berdebar dan agak terkejut juga apabila kerusi bergerak-gerak sambil merasai angin dan bunyi efek sepanjang empat minit di dalam teater," katanya tersenyum.


TEATER XD menjadi salah satu tarikan terbaharu di Menara Kuala Lumpur sempena musim cuti persekolahan.


Nur Insyirah Adriana Ishak, 5, pula memberitahu, dia sangat terhibur dan seronok apabila menonton teater 6D tersebut.

"Tidak takut tetapi sangat seronok dan akan mencuba lagi," katanya.

Tarikan terbaharu

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur, Datuk Zuraidah Mohd. Said, berkata, teater XD yang menjadi tarikan terbaharu ditawarkan kepada pelancong tempatan dan luar negara mula diperkenalkan pada 11 November lalu.

"Para pelancong akan merasai pengalaman mendebarkan, teruja dan menyeronokkan apabila mencuba teater XD ini. Mereka akan merasai seolah-olah berada di awangan ketika menduduki kerusi di dalam teater tersebut," katanya lagi.

Zuraidah memberitahu, tarikan inovatif terbaharu itu ditawarkan pada harga RM18 seorang dan bersesuaian untuk kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas.

Katanya, pengenalan tarikan terbaharu itu amat bertepatan apatah, lagi apabila ramai ibu bapa membawa anak-anak mereka bercuti pada musim cuti persekolahan.

Full content generated by Get Full RSS.

Menukar takungan kepada santuari

Posted:

Menukar takungan kepada santuari

Menukar takungan kepada santuari

Oleh ADLAN JAAFAR


RAJA Nong Chik (dua dari kanan) merasmikan acara Go Green - The Smart Way dengan menanam 20 batang pokok pertama sambil diiringi Jan Verplancke (paling kiri).


KETIKA orang ramai sedang lena dibuai mimpi pada awal pagi Ahad minggu lalu, seramai 1,200 sukarelawan sudahpun berada bersebelahan laluan Projek Pengurusan Air Banjir dan Terowong (Terowong SMART), Taman Desa, Kuala Lumpur seawal pukul 7 pagi dengan satu tujuan iaitu menanam pokok demi kelangsungan alam sekitar.

Mereka terdiri daripada kakitangan Standard Chartered, ahli Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) dan para pelajar sekolah. Ketua Pegawai Maklumat kumpulan Standard Chartered, Jan Verplancke dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin turut tidak ketinggalan turun padang untuk menyertai aktiviti tersebut.

Pagi yang bermakna itu menyaksikan Raja Nong Chik merasmikan acara Go Green - The Smart Way anjuran Standard Chartered dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. Beliau menanam 20 batang pokok pertama daripada kira-kira 4,000 batang pokok yang disasarkan untuk ditanam pada hari itu.

Sebelum aktiviti dimulakan, Pengarah Pendidikan Lestari YAWA, Mohd. Fikri Mohd. Bakri, 47, memberi tunjuk ajar kepada para peserta mengenai cara-cara menanam dan mengendali benih pokok serta langkah-langkah keselamatan.

Semua peserta dibahagikan kepada 30 buah kumpulan yang kemudiannya bergerak di atas plot tanaman dengan luas keseluruhan 11,000 hektar. Pokok-pokok yang ditanam adalah berbeza mengikut kawasan.

Menurut Mohd. Fikri, pihaknya merancang untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai sebuah kawasan perlindungan flora dan fauna selain berfungsi sebagai takungan air ketika hujan.

Sebanyak 16 jenis pokok ditanam di situ mengikut dua jenis corak penanaman iaitu secara estet dan berkelompok (cluster). Setiap corak mempunyai fungsinya masing-masing.

Cepat surut

Di bahagian kaki takungan sebelum air dilimpah masuk, corak pokok ditanam mengikut cara estet iaitu pokok-pokok disusun dalam garisan lurus.


SEBELUM acara penanaman dibuat, Mohd. Fikri memberi penerangan tentang cara-cara menanam pokok dengan betul.


Ujar Fikri, ketika air mengalir ke kolam, paras air akan meningkat secara mendadak tetapi ia akan surut dalam tempoh satu jam sahaja.

Pokok-pokok yang ditanam di kawasan itu seperti kelat paya, karas dan gelam yang tahan pada air. Pihak YAWA mahu mengkaji ketahanan pokok tersebut terhadap sistem takungan air SMART itu.

Kaedah penanaman kedua pula adalah iaitu pokok-pokok ditanam secara rapat-rapat antara satu sama lain. Pertumbuhannya akan menjadi sangat lambat tetapi yang menariknya adalah dedaun yang gugur tidak perlu dibersihkan sebaliknya dibiar menjadi humus.

"Ia amat menjimatkan dari segi masa dan wang. Sekarang, kami sedang cuba mempromosi jenis tanaman ini untuk ditanam di sepanjang lebuh raya," kata Mohd. Fikri kepada Kosmo!

Kebanyakan pokok yang dipilih untuk ditanam secara cluster adalah dari jenis meranti seperti meranti tembaga, rambai daun dan sarang punai.

Selain daripada dua jenis pokok tadi, pokok-pokok buah-buahan turut ditanam di persekitaran kawasan perlindungan itu nanti seperti petai dan rambai.

Burung migrasi

Terangnya, jika diperhatikan di kawasan sekeliling kelihatan burung-burung berterbangan sama ada untuk berehat atau mencari makanan.

Mohd. Fikri memberitahu bahawa burung-burung tersebut adalah daripada jenis migrasi dari luar negara atau zoo-zoo berdekatan. Jadi, langkah untuk menanam pokok buah-buahan akan menjadi sumber makanan bagi haiwan tersebut.

Jika impian menjadikan kawasan takungan tersebut sebagai santuari berjaya maka, ia bakal mempunyai sebuah ekosistem yang seimbang.


PENANAMAN pokok bertujuan untuk menciptakan sebuah santuari yang seimbang.


Raja Nong Chik dalam ucapan pembukaan berkata, pihak kerajaan akan menanam sebanyak 30,000 batang pokok di Kuala Lumpur termasuk 500 batang pokok yang bakal ditanam oleh pihak swasta pada tahun 2012.

"Objektif utamanya adalah untuk meningkat jumlah kawasan terbuka yang bersifat praktikal dan menyenangkan warga bandar sekali gus menambah bilangan kawasan hijau," katanya.

Perancangan itu juga merangkumi pewartaan kawasan seluas 3,953 hektar kawasan terbuka pada bulan Jun 2012 di Kuala Lumpur untuk taman, hutan simpan, tanah perkuburan dan kemudahan koridor pejalan kaki.

Usaha tersebut bertujuan melahirkan imej dan pemandangan yang baik di Kuala Lumpur, menjadikan ruang pejalan kaki lebih selesa serta menggalakkan orang ramai berjalan kaki.

Full content generated by Get Full RSS.

Cabaran teka-teki Portal

Posted:

Cabaran teka-teki Portal

Cabaran teka-teki Portal

Oleh MOHAMMAD RADZI ZOHRI


PORTAL merupakan permainan FPS mencabar dan mampu membuatkan gamer tidak lekang daripada paparan skrin.


PADA 9 Oktober 2007 Valve Corporation yang merupakan sebuah syarikat yang lebih dikenali ramai dengan permainan video first person shooter (FPS) iaitu Half Life dan Counter Strike melancarkan sebuah permainan video berjudul Portal.

Permainan terbaharu itu, mempunyai gandingan elemen unik dan menarik bagi sebuah permainan video FPS apabila menerapkan elemen-elemen teka-teki sekali gus membuka ruang untuk semua pembikin permainan video melaburkan idea dalam genre tersebut.

Pada awalnya, Portal boleh didapati dalam set bundle Valve Corporation yang dipanggil The Orange Box bersama-sama beberapa permainan video mereka yang lain. Ia juga hanya ditawarkan untuk platform Microsoft Windows dan XBOX360. Platform PlayStation 3 pula turut serta pada 11 Disember 2007.

Plot

Dalam permainan Portal, pemain akan menerajui watak bernama Chell. Para pemain akan mendapati bahawa diri mereka berada dalam sebuah fasiliti yang agak terbiar. Di situ bermula pelbagai ujian yang membabitkan muslihat Portal.

Pada awal permainan, pemain akan ditemani sebuah robot bernama GLaDOS yang juga akan memberi bantuan kepada pemain untuk melepasi bermacam-macam jenis ujian Portal.

Semua itu seringkali membuatkan diri Chell alam keadaan tidak terurus dan pening. Namun, GLaDOS menjanjikan sebuah kek dan kaunseling emosi setiap kali dia berjaya melepasi ujian-ujian itu.

Pada peringkat awal permainan, niat GLaDOS tersebut boleh dianggap murni. Begitupun, pelbagai perkara akan terjadi dan didedahkan kepada pemain sepanjang permainan lalu berkemungkinan mengubah persepsi serta perspektif pemain terhadap GLaDOS.

Persembahan

Sama seperti francais Valve lain, Portal menawarkan persembahan yang sangat kemas buat semua golongan. Secara keseluruhannya, menu utama yang ditonjolkan dalam permainan itu mudah difahami dan mesra pengguna.

Permainan video itu juga menggunakan enjin yang sama digunakan oleh francais Valve lain iaitu Source. Persembahan Portal yang menarik dan tersusun sangat membantu dalam menarik lebih ramai gamer terutamanya golongan belia.

Cara permainan

Dengan menggunakan enjin yang sama seperti Half Life 2 dan Counter Strike: Source, Portal turut mempunyai wajah dan rasa yang sama. Bagaimanapun, perkara yang membezakan Portal dengan genre FPS lain ialah, ia lebih memfokuskan kepada konsep permainan berunsurkan teka-teki.

Pemain juga akan menggunakan senapang Portal Gun sepanjang permainan yang kelihatan agak futuristik bagi membolehkan mereka melepasi pelbagai rintangan.

Portal Gun boleh menembak dua jenis portal berbeza iaitu yang berwarna biru dan jingga. Chell pula boleh bergerak secara bebas antara kedua-dua portal bagi membolehkan pemain melepasi teka-teki yang mereka hadapi.

Sepanjang permainan video ini, teka-teki akan menjadi lebih mencabar dan pemain bakal memerlukan masa yang lebih lama untuk menyelesaikan setiap rintangan tersebut.


KONSEP permainan Portal mencabar pengetahuan gamer dalam menyelesaikan pelbagai teka-teki untuk meraih kejayaan.


Grafik

Menggunakan enjin Source, Portal mempunyai grafik yang lebih kurang sama sahaja dengan francais Valve yang lain iaitu Half Life 2 dan Counter Strike: Source. Bagaimanapun, unsur grafik dalam Portal adalah lebih futuristik dan kemas dalam cara tersendiri.

Secara keseluruhan, Portal merupakan sebuah permainan video FPS yang mencabar dan penuh dengan pelbagai teka-teki. Namun, hal yang sedikit mengecewakan adalah Portal tidak mempunya mod permainan dalam talian. Oleh sebab itu, pemain dilihat lebih tertumpu kepada plot utama permainan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved