Ahad, 18 Disember 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Insurans percuma untuk bayi Pet Pet

Posted:

Insurans percuma untuk bayi Pet Pet

Insurans percuma untuk bayi Pet Pet

Program insurans ini membantu para ibu membuat persediaan awal dan memberi mereka ketenangan minda sebaik sahaja mereka melahirkan bayi mereka.


KIRI: Mun Jen (kanan) menyampaikan produk lampin pakai buang Pet Pet kepada Faridah dalam usaha memperkenalkan program insurans terbaharu dan kerjasama membantu para ibu kurang berkemampuan dengan WIRDA.


SATU keperluan asas yang sering diabaikan dan tidak diutamakan ialah perlindungan insurans khususnya bagi anak yang baru lahir.

Isu pengabaian itu bagaimanapun digunakan sebaiknya oleh syarikat kain lampin pakai buang Pet Pet dan Pertubuhan Inisiatif Penyelidikan Pembangunan dan Kemajuan Wanita Selangor dan Kuala Lumpur (WIRDA) dengan memperkenalkan sebuah program insurans.

Program itu dinamakan Insurans Percuma Pet Pet Mula Selesa Mudah Sentiasa. Ia membantu para ibu kurang berkemampuan yang mempunyai bayi baru lahir berusia di bawah tiga bulan di seluruh negara.

Selaku program lanjutan, ia memberikan ibu-ibu dan si manja perlindungan daripada risiko yang tidak diduga.

Ia juga membantu ibu-ibu membuat persediaan awal dan memberi mereka ketenangan minda yang diperlukan sebaik sahaja mereka memulakan hidup sebagai ibu.

"Kami amat teruja kerana dapat bekerjasama dengan WIRDA untuk menghulurkan tangan kepada ibu-ibu yang kurang berkemampuan di seluruh negara," kata Ketua Pemasaran Disposable Soft Goods (M) Sdn. Bhd. (DSG), Kuan Mun Jen.

Sejak dimulakan setahun yang lepas, Program Insurans Percuma Pet Pet Mula Selesa Mudah Sentiasa mendekati ibu-ibu yang paling memerlukan dan tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk melindungi diri sendiri serta bayi yang baru mereka lahirkan.

"Ibu-ibu ini dengan anak baru lahir berusia di bawah tiga bulan yang meminta sokongan kami akan menerima perlindungan insurans percuma bernilai RM12,000 selama setahun dan bekalan lampin pakai buang Pet Pet," kata Naib Presiden WIRDA, Faridah Abd Karim.

Untuk mendaftar, ibu-ibu yang baru melahirkan hanya perlu mengikuti langkah mudah yang terdapat pada pek Pet Pet yang diberikan bersama beg khas percuma, New Mom Bag di hospital.

Setiap pendaftaran yang berjaya akan melayakkan setiap ibu dan bayi baru lahir mendapat perlindungan insurans percuma selama satu tahun bernilai RM12,000.

Revolusi lampin

Pengeluar lampin terkemuka global, Disposable Soft Goods (DSG) yang juga pengeluar lampin Pet Pet memperkenalkan satu lagi revolusi lampin malam, BabyLove Night.

Kini sedia didapati di pasaran, lampin yang direka dengan teknologi Extra Night Guard itu menawarkan ciri-ciri penyerapan pantas dan kekeringan maksimum, untuk memastikan si manja tidur selesa sepanjang malam.

Lampin baharu itu menggabungkan lapisan Ultra 3D yang membolehkan penyerapan yang pantas dan Gel Penyerapan Unggul Ekstra untuk memastikan si manja sentiasa kering sepanjang malam.

Ia dicipta untuk menyerap dengan lebih pantas dan lebih baik berbanding lampin biasa. Kekurangan sentuhan air kencing dengan kulit bayi akan membolehkan bayi tidur lebih lena tanpa gangguan.

Ciri-ciri utama lain lampin ini ialah lapik alir udara 100 peratus, pencegah kebocoran tegak ekstra, pelapik pinggang elastik ekstra dan pita mudah lekat.

Hanya sekeping lampin diperlukan setiap malam untuk mendapat manfaat tidur yang lebih lena bagi si manja dan juga anda.

BabyLove Night boleh didapati dalam saiz M, L dan XL di semua kedai dan pasar raya utama pada harga bermula daripada RM18 ke atas.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved