Kosmo Online - Negara |
Baucar RM200 diedar minggu pertama Januari Posted: Baucar RM200 diedar minggu pertama JanuariJOHOR BAHRU - Baucar buku bernilai RM260 juta bagi 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara akan mula diagihkan pada minggu pertama Januari tahun depan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setiap pelajar akan menerima sebanyak RM200 dalam bentuk empat keping baucar RM50 dan bukan wang tunai. "Mereka boleh membeli buku di kedai-kedai buku dilantik dan berdaftar dengan pihak kementerian dan baucar itu hanya boleh digunakan di kedai-kedai tertentu sahaja. "Bagi mendapatkan baucar itu, penerimanya perlu menyerahkan kad pengenalan kepada pihak universiti masing-masing untuk tuntutan," katanya selepas merasmikan Karnival Komuniti Pasir Gudang, dekat sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 'Superman' rampas kuasa JCorp![]() Isu pembelian KFC tidak menjejaskan kedatangan pelanggan ke premis berkenaan. KUALA LUMPUR - Pengaruh luar yang bukan daripada kalangan pengurusan dalaman Johor Corporation (JCorp) kini dipercayai menerajui JCorp, menurut bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp, Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Menyifatkan pengaruh luar tersebut sebagai 'Superman', Muhammad Ali berkata, ia telah merampas pengurusan sedia ada dan kini menerajui dan menentukan hala tuju JCorp dan kumpulan syarikatnya. "Tangan-tangan Superman inilah antara faktor yang menyebabkan perancangan asal JCorp untuk melepaskan sebahagian daripada aset dan perniagaan yang kurang strategik untuk menyelesaikan masalah hutang diketepikan," katanya dalam kenyataan akhbar baru-baru ini. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Najib lancar 1Malaysia TV Oleh ZULKIFLI MANZOR ![]() NAJIB menunjukkan aplikasi 1Malaysia TV menggunakan i-Pad sambil diperhatikan oleh Md. Afendi di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan 1Malaysia TV yang membolehkan rakyat negara ini menonton siaran televisyen kegemaran mereka menerusi telefon pintar atau komputer tablet masing-masing. Siaran televisyen yang boleh diakses melalui 1Malaysia TV adalah Radio Televisyen Malaysia (RTM) 1, RTM2, TV3 dan TV Al-Hijrah. Lima rancangan kelolaan 1Media IPTV Sdn. Bhd. turut boleh diakses menerusi 1Malaysia TV iaitu MyTV sebagai saluran utama, CCTV1, e-Korea, erama TV dan Dokumentari TV. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan