Kosmo Online - Negara |
Posted: Terpaksa meminta ubat luarOleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
MELAKA - Jarang kedengaran tetapi ia benar-benar berlaku apabila Hospital Melaka (HM) menghadapi masalah kekurangan bekalan ubat-ubatan bagi keperluan pesakit sejak September lalu. Akibatnya, pengurusan HM terpaksa menggunakan ubat alternatif selain terpaksa mendapatkan ubat dari Hospital Muar di Johor, hospital di Negeri Sembilan dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk memenuhi keperluan harian. Bagaimanapun media tidak dimaklumkan mengenai jenis-jenis ubat yang mengalami kekurangan bekalan tersebut atas alasan maklumat adalah sulit. Namun difahamkan ubat-ubatan yang kurang itu kebanyakannya bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. | |
Naik KD Tun Abdul Razak hari ini Posted: Naik KD Tun Abdul Razak hari iniOleh ZAKI SALLEH KAPAL selam KD Tun Abdul Razak yang kini berlabuh di Langkawi sempena LIMA 2011 akan membawa tujuh pemimpin pembangkang belayar hari ini. LANGKAWI - Tujuh pemimpin pembangkang akan dibawa menaiki kapal selam KD Tun Abdul Razak di perairan Langkawi hari ini bagi merasai serta melihat sendiri keupayaan aset pertahanan negara itu. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, KD Tun Abdul Razak akan melakukan demonstrasi dan ujian menyelam dari Jeti Awana Porto Malai di sini pada pukul 3 petang. Kata beliau, pemimpin berkenaan ialah Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu, Timbalan Ketua Menteri I dan II Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan P. Ramasamy serta tiga Ahli Parlimen dari DAP, Pas dan Pakatan Rakyat. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. | |
Langkawi pulau terkemuka dunia Posted: Langkawi pulau terkemuka duniaNAJIB melihat model pembangunan Langkawi selepas melancarkan program Blueprint Pelancongan Langkawi di Langkawi semalam. Turut serta (dari kanan) Yen Yen, Nor Mohd. dan Husni. LANGKAWI - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan Blueprint Pelancongan Langkawi bagi meletakkan nama pulau lagenda itu sebaris dengan pulau-pulau terkemuka dunia seperti Seychelles, Mauritius, Bali, Hawaii dan Maldives. Sejajar dengan pelan terperinci membabitkan pelaksanaan program pembangunan Langkawi bagi tempoh 2011-2015 itu, Perdana Menteri berkata, Langkawi perlu melaksanakan penjenamaan yang kuat dalam tempoh terdekat terutama memperkenalkan alam semula jadinya yang hebat. Menurut beliau, pelaksanaan blueprint itu dijangka menggandakan pendapatan sektor pelancongan kepada RM3.8 bilion melalui kehadiran tiga juta pelancong pada 2015 di samping mewujudkan 4,200 peluang pekerjaan. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan