Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Warga emas Rumah Seri Kenangan Cheras dirai
- SMAKL rai pelajar cemerlang peperiksaan PMR
- Pertemuan semula bekas pelajar Methodist
Warga emas Rumah Seri Kenangan Cheras dirai Posted: Warga emas Rumah Seri Kenangan Cheras dirai
RAI. Seramai 70 orang dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), pendengar radio Internet Bapakku.FM dan beberapa agensi swasta sekitar Kuala Lumpur mengadakan lawatan muhibah ke Rumah Seri Kenangan Cheras baru-baru ini. Lawatan tersebut dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Nisa Ul-Hasanat Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dengan kerjasama majalah ANIS, radio Internet Bapakku.FM dan Afiat Marketing Sdn. Bhd. Ia bertujuan mendekati dan menceriakan kehidupan 120 warga emas yang menghuni rumah terbabit. Pada lawatan itu, pihak penganjur turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan bekalan keperluan harian kepada setiap penghuninya. Bagi menyambut kedatangan pelawat, penghuni rumah terbabit mengadakan persembahan nyanyian dari kumpulan The Trapist yang dianggotai sendiri oleh warga Rumah Seri Kenangan. Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Wanita-wanita Bandar Tun Hussein Onn, Puan Seri Latipah Abdullah, Pengarah Bahagian Latihan JKSM, Tuan Ahmad Lakim dan Ketua Pegawai Eksekutif Bapakku.FM, Ismahalil Hamzah. Full content generated by Get Full RSS. | |
SMAKL rai pelajar cemerlang peperiksaan PMR Posted: SMAKL rai pelajar cemerlang peperiksaan PMR![]() SAKIJAN (berdiri kanan) bersama para pelajar pada majlis meraikan pencapaian cemerlang PMR di SMAKL, Kepong kelmarin. CEMERLANG. Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL) kelmarin meraikan pencapaian cemerlang calon-calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 di sekolah tersebut di Bandar Menjalara, Kepong. Seramai 56 calon sekolah tersebut memperoleh 9A dalam semua mata pelajaran, 38 calon memperoleh 8A dan 26 orang lagi mendapat 7A. Selain itu, SMAKL pada tahun ini turut tersenarai sebagai sebuah daripada enam sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang memperoleh kelulusan 100 peratus. Pengetua SMAKL, Sakijan Muri berkata, kejayaan itu adalah usaha gigih seluruh warga sekolah dalam memastikan prestasi akademik pelajar terus meningkat setiap tahun. Full content generated by Get Full RSS. | |
Pertemuan semula bekas pelajar Methodist Posted: Pertemuan semula bekas pelajar Methodist![]() BEKAS pelajar Methodist bergambar kenangan pada majlis pertemuan semula di George Town baru-baru ini. GEMBIRA. Seramai 40 bekas pelajar sekolah rendah dan menengah Methodist (MPS/MSS) tahun 1968 hingga 1978 berkumpul dalam satu majlis pertemuan semula di Hotel Naza Talyya, George Town baru-baru ini. Pengerusi majlis, Zahari Sulaiman berkata, majlis berkenaan diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara bekas pelajar selepas berpisah 33 tahun lalu. Katanya, pertemuan itu melibatkan semua pelajar dari Darjah 1 sesi 1968 hingga Tingkatan 5 sesi 1978. Pelbagai acara diatur seperti makan malam, persembahan hiburan, senamrobik dan sukaneka pantai. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan