Sabtu, 19 November 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


620 kediaman ikuti program migrasi Syabas

Posted:

620 kediaman ikuti program migrasi Syabas

620 kediaman ikuti program migrasi Syabas

19/11/2011 3:43pm

KUALA LUMPUR – Sebanyak 620 unit kediaman di Pangsapuri Sri Baiduri, Taman Ukay Perdana bakal menikmati bekalan air pada kadar caj yang lebih rendah melalui program migrasi, meskipun ia pada awalnya agak sukar mendapat kerjasama daripada penduduk setempat.

Pengurus Program Migrasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) R.Krishnamoorthi berkata meskipun kelulusan dasar telah diberikan kepada penduduk pangsapuri ini untuk menjalani proses migrasi (penukaran meter pukal kepada meter individu) lebih kurang setahun yang lepas namun ia hanya dapat dilaksanakan pada hari ini.

"Proses melaksanakan migrasi itu adalah amat mudah dan ringkas cuma di peringkat awal dari segi mendapatkan maklum balas seperti borang permohonan, mendapatkan salinan cukai taksiran, kad pengenalan dan dokumen lain daripada para penduduk agak sukar sehingga memakan masa selama setahun.

"Oleh kerana kami tidak mendapat 100 peratus permohonan daripada penduduk di pangsapuri ini jadi daripada 800 unit kediaman di sini hanya 620 sahaja yang akan menikmati caj pada kod 10 (meter individu) iaitu RM0.57 bagi 20 meter padu air berbanding RM1.38 mengikut kod 17 (meter pukal) sebelum ini dengan bayaran minima RM6 sebulan berbanding RM173 sebulan," katanya kepada pemberita selepas program migrasi dilaksanakan di Pangsapuri Sri Baiduri, di sini hari.

Krishnamoorthi berkata sementara sejumlah 180 unit yang lain akan masuk dalam kod 11 (meter pukal) dan perlu membayar sebanyak RM2.07 untuk 20 meter padu.

Katanya proses migrasi iaitu penukaran meter pukal kepada meter individu ini hanya akan dilakukan berdasarkan permohonon dan bagi menggalakkan lebih ramai penduduk bertukar kepada meter individu ini Syabas menjalankan program turun padang.

Beliau berkata objektif pelaksanaan program migrasi ini merupakan jalan terbaik bagi memastikan golongan yang membuat bayaran bil air tidak menjadi mangsa kepada golongan yang enggan membayar bil.

"Apabila meter pukal tidak dibayar, tindakan pemotongan akan dilakukan meskipun ada di antara penduduk yang telah membuat pembayaran kepada pihak JMB," katanya.

Setakat ini, Syabas telah menerima sebanyak 1,211 permohonan migrasi yang melibatkan 243,429 akaun individu dan daripada jumlah tersebut sebanyak 494 permohonan telah diluluskan sementara 227 permohonan telahpun dilaksanakan proses migrasi. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

63 warga asing ditahan dalam Ops 6P di Nilai

Posted:

63 warga asing ditahan dalam Ops 6P di Nilai

63 warga asing ditahan dalam Ops 6P di Nilai

19/11/2011 3:41pm

SEREMBAN – Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan 63 orang warganegara asing termasuk seorang wanita dan seorang bayi lelaki dalam satu operasi khas yang dikenali Ops 6P di kawasan Taman Semarak Nilai dan juga kedai runcit di sekitar Nilai malam tadi.

Pengarahnya Faizal Fazri Othman berkata warga asing yang paling ramai ditahan ialah 37 orang Bangladesh, Nepal (15), Myanmar (lapan) dan Indonesia (tiga.

"Antara kesalahan yang dilakukan mereka termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan dan tinggal lebih masa. Kesemua mereka yang ditahan kemudian dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Lenggeng untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Operasi yang bermula pukul 8.30 malam tadi sehingga 5.15 pagi ini membabitkan 70 pegawai Imigresen, 50 anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan enam pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Faizal Fazri berkata seramai kira-kira 1,000 orang warga asing telah diperiksa dan daripada jumlah itu 780 orang telah disaring. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Pelbagai aktiviti sempena Hari UNESCO Malaysia

Posted:

Pelbagai aktiviti sempena Hari UNESCO Malaysia

Pelbagai aktiviti sempena Hari UNESCO Malaysia

19/11/2011 3:41pm

KUALA LUMPUR – Pelbagai aktiviti termasuk pameran, persembahan kebudayaan dan permainan tradisional diadakan sempena sambutan Hari Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Malaysia di Pasar Seni di sini, hari ini.

Sambutan yang julung kali diadakan itu bertujuan meningkatkan visibiliti dan peranan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) di peringkat kebangsaan selain meningkatkan jalinan kerjasama antara SKUM dengan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam.

SKUM dianggotai enam Jawatankuasa Kecil Tetap iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Luar.

Sambutan yang berlangsung dari 10 pagi hingga 6.30 petang itu terbuka kepada orang ramai termasuk pelancong asing untuk melihat dengan lebih dekat penglibatan Malaysia dalam UNESCO.

Sambutan Hari Unesco Malaysia dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis berlainan di sini, semalam. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved