Ahad, 13 November 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Emas pertama di bumi Jakarta

Posted:

Emas pertama di bumi Jakarta

Emas pertama di bumi Jakarta

JAKARTA - Buat pertama kali, lagu Negaraku berkumandang di bumi Jakarta apabila atlet karate, Shaharudin Jamaludin menyumbang pingat emas buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA 2011 semalam.

Lebih manis, Shaharudin berjaya menebus kekecewaan kakaknya, Jamalliah yang gagal menyumbang pingat emas pertama Malaysia kelmarin selepas hanya mampu menyumbang gangsa.

Pingat emas pertama kontinjen Malaysia pada temasya dwitahunan kali ini yang diadakan di dua venue - Jakarta dan Palembang telah disumbangkan oleh penembak wanita negara, Nur Suryani Ahmad Taibi di Lapang Menembak, Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang kelmarin.

Pada saingan akhir kategori kumite bawah 75 kilogram lelaki di Stadium Tenis Tertutup Senayan semalam, Shaharudin mengesahkan pingat emas menjadi miliknya apabila membenam cabaran atlet Vietnam, Nguyen Minh Phung dengan kiraan mata 5-2.

Sebelum itu, Shaharudin tampil bergaya apabila menyingkirkan atlet Thailand, Songwut Muntaen 9-1 di peringkat suku akhir sebelum menang 5-2 ke atas atlet Filipina, Mondolu Christo pada aksi separuh akhir.

Sejurus selepas disahkan sebagai pemenang, Shaharudin dilihat bersujud seketika di tengah gelanggang sebelum dia menjerit kegembiraan bagi meraikan kejayaannya itu.

"Emas yang saya menangi hari ini (semalam) untuk keluarga saya. Saya cukup bangga dan gembira kerana selepas beraksi dalam tiga Sukan SEA, kali ini saya berjaya meraih pingat emas.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga saya, barisan jrulatih, pengurus dan rakan-rakan sepasukan yang selama ini banyak memberi sokongan kepada saya.

"Saya mahu berkongsi kejayaan ini bersama mereka termasuk rakyat Malaysia yang sentiasa menantikan detik-detik sebegini," jelas Shaharudin semalam.

Mengulas kembali perhitungan dengan Minh Phung, Shaharudin berkata, dia tampil dengan keyakinan yang tinggi selepas merakamkan kemenangan ke atas atlet Vietnam itu dalam kesemua empat pertemuan mereka sebelum ini.

"Selain rekod pertemuan saya dengan Ming Phung, saya juga menjadikan kegagalan Jamalliah semalam (kelmarin) sebagai motivasi tambahan untuk memburu kejayaan hari ini (semalam).


JAMALLIAH mengucapkan tahniah kepada adiknya, Shaharudin selepas memperoleh pingat emas dalam acara karate di Jakarta semalam.


"Saya turun beraksi dengan semangat yang tinggi dan mahu membalas dendam kegagalan Jamallian dan saya gembira kerana akhirnya berjaya meraih emas," tambahnya yang membuat penampilan dalam dua temasya Sukan SEA sebelum ini.

Pada Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand, Shaharudin sekadar mampu menyumbang pingat gangsa dan dia sekali lagi mengulangi pencapaian tersebut pada Sukan SEA di Vientianne, Laos dua tahun kemudian.

"Jurulatih (P. Arivalagan) banyak memberi kata-kata semangat kepada saya di luar gelanggang dan ia ternyata melonjakkan motivasi saya bagi meraih emas," jelas Shaharudin.

Terdahulu, dua atlet negara, L. Kunasilan yang beraksi dalam kategori kumite bawah 67kg lelaki dan Shakkila Sani Jefry Krisnan (kumite bawah 68kg wanita) menyumbang pingat gangsa.

Full content generated by Get Full RSS.

Skuad karate capai sasaran MSN

Posted:

Skuad karate capai sasaran MSN

Skuad karate capai sasaran MSN


ATLET karate negara, dari kiri Teagarajan, Loganesha, Yamani dan Shaharudin bersama pingat emas yang mereka menangi di Jakarta semalam.


JAKARTA - Skuad karate negara berjaya mencapai sasaran Majlis Sukan Negara (MSN) apabila menyumbang empat pingat emas pada temasya Sukan SEA 2011 di Stadium Tenis Tertutup Senayan semalam.

Selepas Shaharudin Jamaludin menyumbang pingat emas pertama dalam kategori kumite bawah 75 kilogram lelaki pada saingan sebelah pagi, tiga lagi emas berjaya dituai skuad karate negara dalam aksi sebelah petang.

Loganesha Rao menghadiahkan emas dalam kategori kumite bawah 55 kilogram lelaki, K. Teagarajan (kumite bawah 84kg lelaki), manakala G. Yamani menepati ramalan bagi saingan kumite bawah 61kg wanita.

Mengulas tambahan tiga lagi pingat emas pada saingan sesi petang, pengurus skuad karate negara, Mohd. Azmi Ariffin berkata, dua faktor yang mencetuskan kecemerlangan anak-anak buahnya itu.

"Pertama, atlet karate beraksi cemerlang selepas mendapat suntikan semangat hasil daripada kejayaan emas pertama acara ini yang dihasilkan oleh Shaharuddin pada sebelah pagi.

"Keduanya, ia mungkin disebabkan permulaan hambar atau tidak mencapai sasaran setelah peserta yang diletakkan harapan tinggi untuk memenangi emas pertama kontinjen Malaysia, Jamalliah Jamaludin gagal berbuat demikian semalam (kelmarin).

"Secara keseluruhannya, empat pingat emas yang diraih skuad karate hari ini (semalam) amat menggembirakan semua skuad karate negara," kata Azmi semalam.

Koleksi empat emas yang dimenangi setakat ini pastinya meredakan tekanan kepada skuad karate yang menyasarkan enam emas pada temasya Sukan SEA kali ini.

"Kita harapkan ada tambahan pingat dalam dua acara yang akan kami sertai esok (hari ini) iaitu kumite berpasukan lelaki dan wanita," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Harimau Muda ratah Kemboja

Posted:

Harimau Muda ratah Kemboja

Harimau Muda ratah Kemboja


BADDROL (kiri) dan Wan Zaharul Wan Zakaria meraikan gol kedua negara pada perlawanan bola sepak menentang Kemboja di Jakarta semalam.


JAKARTA - Atas kertas, skuad bola sepak Bawah 23 (B-23) Tahun negara kini berada di landasan terbaik untuk menjejakkan kaki ke peringat separuh akhir temasya Sukan SEA 2011.

Semalam, skuad Harimau Muda itu mengutip tiga lagi mata berharga apabila melakar kemenangan 4-1 ke atas Kemboja.

Kemenangan itu menyaksikan mereka mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan dan sekali seri.

Pada aksi ketiga Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, barisan Harimau Muda tampak mudah menguasai tempo permainan dengan menguasai setiap penjuru padang.

Seawal minit kelima, pemain tengah, Muhd. Nazmi Faiz Mansor telah menguji benteng Kemboja, mujur percubaannya ditepis penjaga gol, Sou Yaty.

Berselang dua minit kemudian, giliran penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan pula menguji gawang Kemboja, namun percubaannya sedikit tersasar di penjuru kanan pintu gol lawan.

Bagaimanapun, Izzaq kembali menebus kesilapannya itu apabila menanduk masuk gol pembukaan Harimau Muda seminit kemudian selepas menyudahkan hantaran lintang pemain sayap, Yong Kuong Yong.

Dengan penguasaan di bahagian tengah yang diterajui kapten Baddrol Bakhtiar, Kemboja jelas sekali sukar menembusi kawasan penalti Harimau Muda sehingga Khairul Fahmi Che Mat tidak perlu bekerja keras menjaga gawang.

Pada minit ke-36, Baddrol berjaya merobek gawang Kemboja apabila rembatannya dari jarak 25 meter gagal ditangkap kemas Sou Yaty.

Baddrol menambah koleksi jaringannya pada temasya Sukan SEA 2011 apabila meledak gol ketiga Harimau Muda menerusi sepakan penalti pada minit ke-40.

Sepakan penalti tersebut berpunca selepas Izzaq dijatuhkan pemain pertahanan Kemboja, Sok Rithy dalam kotak penalti.

Berbeza dengan skrip pada babak pertama, benteng Harimau Muda yang diterajui Mohd. Muslim Ahmad dan Mohd. Fadhli Shas terpaksa bekerja keras bagi mengekang asakan Kemboja di babak kedua.

Kemboja dilihat lebih garang dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya ke kubu Harimau Muda sehingga menyebabkan Khairul Fahmi 'tidak senang duduk'.

Gawang Harimau Muda akhirnya bocor juga apabila Khairul Fahmi gagal menyelamatkan rembatan kencang Chhin Chhoeun pada minit ke-59.

Pemain sayap lincah, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria melengkapkan gol keempat Harimau Muda pada penghujung babak kedua.

Sementara itu, Indonesia mara ke separuh akhir selepas menewaskan Thailand 3-1 malam tadi.

Kekalahan itu menyaksikan Thailand sekali lagi gagal melayakkan diri ke semi final selepas turut mengalami nasib yang sama pada Sukan SEA 2009 di Laos.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved