Ahad, 13 November 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Polis Indonesia tahan suspek disyaki bunuh Adrian

Posted:

Polis Indonesia tahan suspek disyaki bunuh Adrian

Polis Indonesia tahan suspek disyaki bunuh Adrian

Suspek yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Adrian ditahan di Balai Polis Kota Malang, Jawa Timur.


KUALA LUMPUR - Selepas hampir seminggu Adrian Jay Pereira mati dibunuh dengan kejam di rumah sewanya di Kota Malang pada Isnin lalu, polis Indonesia semalam mendedahkan pihaknya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan pelajar Malaysia itu.

Ketua Polis Daerah Kota Malang, Adjutan Pesuruhjaya Besar Polis (KBP) Teddy Minahasa berkata, lelaki berusia 20-an itu ditahan di rumahnya di Kabupaten Malang pada Jumaat lalu.

Menurut beliau, turut dirampas daripada suspek itu ialah sehelai baju hujan dan sebuah topi keledar yang hampir menyerupai baju hujan dan topi keledar yang dipakai dua lelaki yang didakwa terlibat membunuh Adrian.

"Suspek yang ditahan itu dikatakan seorang penjenayah yang terlibat dalam kes-kes mencuri motosikal dan sanggup mencederakan mangsanya," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Teddy berkata, suspek ditahan dalam serbuan di rumahnya dan baju hujan serta topi keledar tersebut juga ditemui di rumah suspek itu.

Berikutan tangkapan itu, kata beliau, polis sedang mencari bukti bagi menentukan sama ada suspek yang ditahan itu terlibat dengan kematian Adrian, 23.

"Namun kita menghadapi kesukaran untuk mengecam suspek yang membunuh Adrian kerana saksi utama kes itu iaitu rakan serumah Adrian tidak nampak jelas wajah suspek itu kerana semasa kejadian keadaan gelap dan hujan," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

180 bakal gengster Melayu dicekup

Posted:

180 bakal gengster Melayu dicekup

180 bakal gengster Melayu dicekup

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my


Sebuah dewan resort di Teluk Batik, Lumut telah ditempah khas oleh ahli Genki Seven Malaysia untuk melakukan ikrar sumpah taat setia.


LUMUT – Sekumpulan 180 individu termasuk 39 pelajar sekolah ditahan ketika mereka sedang mengadakan upacara angkat sumpah kesetiaan bagi menyertai sebuah pertubuhan ala kongsi gelap di sebuah resort di Teluk Batik di sini kelmarin.

Semasa serbuan pada pukul 9 malam itu, semua ahli kumpulan yang bernaung di bawah nama Genki Seven Malaysia (Generasi Kini Tujuh Malaysia) termasuk tujuh wanita yang berusia 13 hingga 30-an itu berada di dalam sebuah dewan yang ditempah khas di resort berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar kecil) berkata, sepasukan polis yang mendapat maklumat mengenai kegiatan kumpulan itu melakukan serbuan di resort tersebut.

"Semasa serbuan dilakukan, mereka sedang membaca ikrar dipercayai berkaitan dengan kegiatan ala kongsi gelap.

"Kumpulan berkenaan dipercayai mendaftar masuk ke resort itu pada petang semalam (kelmarin) dengan berselindung di sebalik program hari keluarga," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Difahamkan, ikrar yang dibacakan oleh kumpulan itu adalah ikrar sumpah untuk taat setia kepada ketua kumpulan dan akan saling melindungi ahli-ahlinya.

Menurut beliau, antara yang ditahan ialah 39 pelajar termasuk 33 orang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.

Turut ditahan tiga kakitangan yang bekerja dengan agensi kerajaan. Mereka datang dari seluruh pelosok negeri Perak.

Genki Seven Malaysia yang hampir keseluruhannya dianggotai orang Melayu dipercayai baru ditubuhkan pada 2006 dan didakwa berpusat di Ipoh.

Kumpulan itu kini memperluaskan sayapnya dengan membuka cawangan di Taiping. Genki Seven Malaysia juga sedang mencari ahli-ahlinya dalam kalangan orang muda dan mereka yang masih bersekolah.

"Siasatan polis mendapati perhimpunan haram yang dipercayai menjurus aktiviti kongsi gelap itu didalangi seorang kakitangan agensi kerajaan yang bekerja di Ipoh.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

153 perumahan haram di Selangor

Posted:

153 perumahan haram di Selangor

153 perumahan haram di Selangor


PROJEK perumahan yang terbengkalai mendatangkan masalah kepada pembeli. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mendedahkan, terdapat sekurang-kurangnya 153 projek perumahan tidak sah dibangunkan di Selangor sejak Januari tahun ini.

Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Ahmad Kabit berkata, projek perumahan yang bakal membebankan pembeli itu adalah antara 195 projek perumahan haram yang dikesan unit penguatkuasaan kementerian itu di seluruh negara sejak Januari lalu.

"Projek tersebut dijalankan tanpa lesen melaksana pembangunan perumahan dan lesen permit iklan serta jualan oleh KPKT.

"Pemaju terlibat akan dikenakan tindakan mengikut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan jika sabit kesalahan boleh didenda minimum RM250,000 dan penjara," katanya pada Seminar Perumahan Kebangsaan anjuran KPKT, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) dan Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah (HBA) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved