Ahad, 13 November 2011

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tujuh keajaiban alam sekitar dunia

Posted:

Tujuh keajaiban alam sekitar dunia

Tujuh keajaiban alam sekitar dunia

HUTAN hujan Amazon cukup terkenal dengan spesies flora dan fauna yang ada di dalamnya.


GENEVA - Hutan hujan Amazon, Halong Bay di Vietnam dan air terjun Iguazu, Argentina dinamakan sebagai antara tujuh keajaiban alam sekitar dunia yang baharu.

Empat lagi lokasi yang menerima pencalonan sama ialah Pulau Jeju, Korea Selatan; Komodo, Indonesia; sungai bawah tanah Puerto Princesa, Filipina dan Table Mountain di Afrika Selatan.

Penganjurnya, Yayasan New7Wonders menyatakan keputusan akhir akan diumumkan pada awal tahun 2012. Yayasan yang berpangkalan di Switzerland itu bagaimanapun menegaskan mungkin akan ada perubahan dalam senarai pemenang sementara dan senarai akhir tersebut.

Lokasi-lokasi yang gagal untuk disenaraikan termasuklah Gunung Kilimanjaro, Tanzania; Laut Mati, Israel dan Grand Canyon di Amerika Syarikat (AS).

Undian yang dianjurkan oleh New7Wonders nyata menarik minat orang ramai. Ia turut melibatkan selebriti, misalnya bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi yang mengajak para peminatnya supaya memilih air terjun Iguazu.

Keputusan akhir tersebut diperoleh selepas satu proses yang lama, bermula dari Disember 2007 hingga Julai 2009. Dalam tempoh itu, warga dunia diminta mengundi lokasi yang mereka fikir sebagai keajaiban alam sekitar.

Lebih satu juta undian diterima untuk menyenarai pendek 440 lokasi di 220 buah negara kepada 77 lokasi sahaja. Senarai itu kemudian dipendekkan kepada 28 finalis oleh satu panel pakar. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Setiausaha Menteri Mexico maut nahas

Posted:

Setiausaha Menteri Mexico maut nahas

Setiausaha Menteri Mexico maut nahas


PEGAWAI forensik dan teknikal memeriksa serpihan helikopter yang terlibat dalam nahas dan membunuh Blake di Tlamanalco, Mexico.


MEXICO CITY - Setiausaha Menteri Dalam Negeri Mexico, Francisco Blake Mora yang juga merupakan tokoh penting dalam perang Mexico ke atas kartel-kartel dadah terbunuh dalam satu nahas helikopter di Tlamanalco berhampiran Mexico City semalam.

Turut maut ialah tujuh individu lain. "Malangnya, setiausaha menteri, pegawainya dan krew helikopter ditemui mati," kata jurucakap kerajaan, Alejandra Sota dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen.

Blake, 45, menjadi setiuasaha menteri yang kedua meninggal dunia dalam nahas udara sepanjang pemerintahan Presiden Mexico, Felipe Calderon.

Blake dan pegawainya dikatakan dalam perjalanan dari Mexico City menuju ke Cuernavaca, negeri Morelos untuk menghadiri mesyuarat dengan sekumpulan pendakwaraya.

Operasi mencari bermula selepas helikopter terbabit hilang daripada laluan sepatutnya. Visual di televisyen kemudian menunjukkan serpihan bangkai helikopter ditemui di sebuah kawasan pergunungan.

Calderon yang membatalkan pemergiannya ke persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) berikutan insiden itu memberitahu, nahas mungkin berlaku akibat cuaca buruk, selain berjanji satu siasatan penuh akan dilakukan. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Jam Rolex James Bond akan dilelong

Posted:

Jam Rolex James Bond akan dilelong

Jam Rolex James Bond akan dilelong


AKSI Roger Moore sebagai James Bond dalam filem Live & Let Die menggunakan jam tangan Rolex untuk melepaskan dirinya.


GENEVA - Seutas jam tangan Rolex milik James Bond yang lengkap dengan satu gergaji bulat dan medan magnetik kuat untuk memesongkan peluru akan dilelong di Geneva pada hari esok.

"Jam ini unik dan direka oleh jurutera terkenal Syd Cain," kata pengarah antarabangsa untuk jam tangan dari firma lelongan Christie's, Aurel Bacs.

Jam tangan Rolex jenis Oyster Perpetual buatan tahun 1972 itu dipakai oleh aktor Roger Moore dalam filem James Bond, Live & Let Die yang ditayangkan pada tahun 1973.

Dalam filem tersebut, Bond menggunakan gergaji kecil itu untuk memotong tali dan melarikan diri dengan watak Solitaire yang dimainkan oleh pelakon Jane Seymour.

Jam yang tidak berfungsi sebagai jam tangan itu dijangka dapat dijual pada harga AS$220,000 (RM690,800) apabila ia dilelong pada 14 November depan. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved