Rabu, 23 November 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Murid swasta juga dapat RM100

Posted:

Murid swasta juga dapat RM100

Murid swasta juga dapat RM100

PELAJAR sekolah swasta akan turut menikmati wang bantuan RM100 untuk menghadapi sesi persekolahan tahun depan. - Gambar hiasan


BATU PAHAT - Kerajaan bersetuju memperluaskan bantuan persekolahan RM100 setiap seorang kepada 500,000 pelajar sekolah swasta di seluruh negara membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi menghadapi sesi persekolahan pada tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, peruntukan kepada pelajar sekolah swasta sama ada di sekolah agama rakyat atau sekolah swasta Cina itu diputuskan memandangkan kerajaan tidak mahu pelajar terbabit merasakan diri mereka terpinggir.

"Kita memikirkan mereka juga akan berhadapan dengan sesi persekolahan yang memerlukan bantuan pakaian sekolah dan sebagainya. Mereka ini juga menghadapi masalah yang sama seperti pelajar sekolah kerajaan.

"Jadi, kita beri keadilan kepada semua yang bersekolah. Kita prihatin kepada masalah rakyat," katanya selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat dengan penduduk kawasan peti undi Kampung Kluang, Rengit di sini malam kelmarin.

Sehubungan itu, Mohd. Puad mahu guru besar atau pengetua sekolah swasta mengagihkan bantuan tersebut kepada pelajar dalam sedikit masa lagi tanpa membuat sebarang pemotongan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Pemandu kontena ditipu dua rakan diisytihar muflis

Posted:

Pemandu kontena ditipu dua rakan diisytihar muflis

Pemandu kontena ditipu dua rakan diisytihar muflis

Oleh KU MOHD. RIZDUAN
KU ABDUL RAHMAN
kurizduan.kurahman@kosmo.com.my


ZAMERI (kanan) menunjukkan dokumen berkaitan dengan dakwaan diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia sambil diperhatikan oleh Tengku Azwil (kiri) di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang pemandu kontena dari Puchong dekat sini bingung setelah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia sejak 12 tahun lalu ekoran masalah kereta yang tidak pernah dibelinya.

Zameri Zakeria, 47, mendakwa, hidupnya kini semakin terhimpit akibat dianiaya dua rakannya apabila tidak dapat membuat pinjaman akibat diisytiharkan muflis.

"Saya diisytiharkan muflis atas dakwaan tidak membuat bayaran bulanan kereta Proton Saga yang tidak pernah saya beli pada tahun 1999," katanya kepada pemberita pada program Sembang-Sembang The Mall di sini semalam.

Pemandu kontena itu memberitahu, pada tahun 1997, dia telah didatangi dua rakannya yang dikenali sebagai Johari dan Mat Desa meminta tandatangannya bagi membantunya menguruskan pembelian kereta terpakai jenis Nissan Langley aeroback.

Bagaimanapun, selepas pertemuan itu, dia tidak mendapat sebarang dokumen dan berita mengenai pembelian kereta tersebut sehingga pada 2003 dia menerima surat bayaran tertunggak 48 bulan dari sebuah institusi kewangan berjumlah RM29,136.

Zameri menambah, dia hairan bagaimana institusi kewangan berkenaan boleh meluluskan pinjaman kepada dua rakannya itu yang menggunakan namanya tanpa kebenaran.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Mayat mereput dalam semak

Posted:

Mayat mereput dalam semak

Mayat mereput dalam semak


ANGGOTA polis mengusung mayat lelaki yang ditemui dalam semak di Presint 11, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Seorang pemandu jengkaut tidak menyangka kehadiran dua ekor ayam hutan yang cantik di kawasan belukar berhampiran landasan Express Rail Link (ERL) di Presint 11 di sini semalam membongkar penemuan mayat seorang lelaki di dalam semak di kawasan itu.

Ketika ditemui pada pukul 9.30 pagi, mayat yang lengkap berpakaian termasuk memakai jaket itu ditemui dalam keadaan hampir reput dan dipercayai telah mati sejak dua hingga tiga minggu lalu. Si mati tidak memakai kasut.

Sepasukan anggota forensik yang melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian bagaimanapun tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa.

Seorang pemandu jengkaut warga Indonesia dikenali sebagai Yan dikatakan pergi ke kawasan semak itu untuk melakukan kerja-kerja menyelenggara landasan ERL tetapi dia tersalah lokasi.

"Semasa pekerja asing itu berada di kawasan tersebut, dia ternampak dua ekor ayam hutan cantik dan cuba menangkap haiwan itu.

"Lelaki itu mengejar ayam itu hingga memasuki kawasan semak sebelum ternampak mayat berulat yang berbau busuk," kata sumber itu semalam.

Pemandu jengkaut yang panik itu terus menghubungi penyelianya sebelum memaklumkan penemuan tersebut kepada polis.

Jarak jalan besar ke kawasan semak lokasi mayat ditemui ialah kira-kira 700 meter. Jalan tersebut menjadi laluan utama bagi penduduk di Kompleks Kejiranan Presint 11. Lokasi mayat itu ditemui juga tidak jauh dari Hospital Putrajaya dan Masjid Putra.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved