Rabu, 23 November 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Fida didekati VIP

Posted:

Fida didekati VIP

Fida didekati VIP

TAHUN 2011 merupakan tahun yang telah memberi impak yang cukup besar kepada Fida Ibrahim sehinggakan namanya acap kali menjadi sebutan di kalangan peminat hiburan tempatan.

Jika sebelum ini dia dikenali sebagai artis yang bersih daripada sebarang cerita panas, kini semuanya mulai berubah apabila sudah ramai yang memperkatakan tentang dirinya terutama yang membabitkan isu kontroversi.

Bermula dengan kisah percintaan yang terjalin antara dia dengan Mohd. Noor Murad atau Mamat yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Sepah, sehinggalah dia dikritik hebat kerana tidak lagi tampil dengan ciri-ciri gadis muslimah.

Malah, sekeping gambarnya tidak bertudung dan telah dimuat naik oleh Mamat menerusi laman Facebook ternyata mengejutkan ramai terutamanya peminat dan seterusnya ia menjadi punca dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan pelawak berkenaan.

Bangkit daripada hujan kritik yang menimpanya, Fida menegaskan bahawa sehingga kini dia masih lagi bertudung dan segala perubahan yang berlaku ke atas dirinya itu adalah sekadar mengikuti perkembangan fesyen.

"Saya tahu ramai yang telah mengkritik saya terutamanya menerusi laman-laman blog hiburan tentang penampilan saya sekarang. Sebenarnya apa yang saya lakukan ini semata-mata ingin mencuba sesuatu yang baharu terutamanya melalui penampilan menerusi gaya dan fesyen yang terkini.

"Sebagai seorang artis sudah tentu saya tidak mahu terus tampil dengan imej yang sama. Cuma saya sedar ada segelintir pihak tidak puas hati dengan penampilan saya sekarang kerana tidak lagi tampil dengan imej bertudung seperti dahulu," tegasnya.

Tambah Fida, dia sendiri cuba mengelak untuk memperkatakan dengan lebih lanjut tentang aurat, namun memberitahu dia masih lagi kekal menutup kepala dan berharap agar peminat dapat menerima perubahan tersebut.

Pada masa yang sama, dia juga menafikan sekeras-kerasnya tanggapan sesetengah pihak mengenai perubahan yang dilakukannya sekarang itu adalah semata-mata mahu mencari publisiti murahan supaya orang lebih mengenali dirinya.

Ujarnya, segala kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya itu dianggap sebagai satu tamparan yang cukup hebat sepanjang berkecimpung dalam dunia seni dan mengakui agak tertekan dengan apa yang menimpa ke atas dirinya itu.


KEGAGALAN cintanya bersama Mamat Sepah telah menjadikan Fida mangsa kritikan ramai.


"Mulanya saya ada membaca komen-komen negatif yang dilemparkan dan secara jujurnya saya memang amat kecewa. Bagi saya masing-masing ada hak untuk membuat kritikan, tetapi yang cukup mengecewakan saya apabila ada yang bertindak keterlaluan.

"Kalau mereka memberi kritikan yang membina terutamanya tentang kerjaya, saya masih lagi boleh menerimanya. Namun apa yang membuat hati saya terguris apabila ada yang sanggup menggunakan kata-kata kesat," luahnya.

Meskipun pada awalnya berasa sedih dan kesal dengan apa yang berlaku, Fida mengakui dia kini sudah dapat menerima hakikat bahawa bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang terutama tentang perubahan terhadap dirinya itu.

Menurutnya, dia sangat bersyukur kerana terus mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan segala yang berlaku ke atas dirinya itu ternyata tidak pernah melemahkan semangatnya untuk terus bergelar anak seni.

"Saya menganggap semua yang berlaku itu ada hikmahnya dan setakat ini saya masih lagi menerima tawaran untuk berlakon dan mengacara walaupun terus dikaitkan dengan isu-isu kontroversi," ujarnya.

Tidak terikat

Pastinya sudah ramai yang mengetahui tentang hubungan cinta yang terjalin antara Fida dan Mamat yang telah putus setelah menjalin hubungan cinta dalam tempoh yang agak singkat.

Mengenai status dirinya ketika ini, Fida memberitahu, setelah hubungan percintaannya putus di tengah jalan, dia mengambil keputusan untuk tidak terikat dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

"Sebenarnya selepas hubungan saya dan Mamat putus memang ramai lelaki yang cuba mendekati saya seperti di kalangan artis dan orang biasa. Malah, saya akui pernah cuba didekati golongan VIP.

"Walaupun ramai yang cuba untuk menjalinkan hubungan serius, tetapi rasanya biarlah sekarang saya solo dahulu. Cuma saya tidak nafikan yang kini agak rapat dengan seseorang," jelasnya.

Menurut Fida, jejaka tersebut adalah seorang ahli perniagaan dan mereka berdua sebenarnya sudah lama saling mengenali iaitu sebelum dia menjalinkan hubungan cinta dengan Mamat lagi.

Ujarnya, selama ini hubungan mereka hanyalah sekadar teman biasa sahaja. Namun, selepas apa yang menimpa dirinya telah menyebabkan hubungan mereka kini menjadi lebih rapat.

"Selepas hubungan cinta saya gagal serta dikritik ramai pihak, dialah lelaki yang banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya. Itu yang menyebabkan kami rapat dan saya memang selesa berkawan dengannya.

"Apa yang boleh saya katakan setakat ini kami masih lagi berkawan dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Lagipun kami belum pernah berbincang untuk menjalinkan hubungan yang serius," ujarnya.

Biisnes tudung


FIDA kini lebih selesa untuk tidak bercinta dengan mana-mana lelaki buat masa ini.



Selain aktif berlakon dan mengacara, kini artis yang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur itu melangkah setapak lagi apabila mula berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Ujarnya, ketika ini jadualnya agak sibuk untuk memulakan perniagaan menjual tudung secara dalam talian dengan menggunakan nama Rafidah Ibrahim Couture House (RICH) dan pembinaan laman sesawang jualan tudungnya itu masih lagi dalam proses.

"Sebagai langkah permulaan, ada tudung yang merupakan hasil rekaan saya sendiri serta tudung yang memang dijual di pasaran. Kesemua tudung yang saya jual itu nanti akan menggunakan jenama RICH.

"Buat masa ini saya agak sibuk menjelajah ke beberapa buah negeri mencari material sesuai untuk tudung yang saya hasilkan nanti dan saya menyasarkan awal tahun hadapan untuk melancarkan perniagaan saya itu," ujarnya.

Ditanya apa yang membuatkan dirinya tertarik untuk menjalankan perniagaan tudung, Fida memberitahu semuanya bermula sewaktu dia menjalani penggambaran drama Kasih Alia.

Ujarnya, dalam drama yang disiarkan pada bulan Ramadan yang lalu, dia telah mengenakan tudung yang menggunakan kain jenis chiffon serta menggabungkannya dengan warna-warna kontra.

"Apabila saya mengenakan fesyen tudung sebegitu dalam drama tersebut, tidak sangka pula ramai yang telah bertanya dan berminat. Sehinggakan saya pernah terfikir untuk melelongkan sahaja tudung yang saya pakai itu.

"Kemudian setelah berbincang dengan seorang rakan iaitu Rafiecca Radzi, dia telah mencadangkan supaya menghasilkan tudung yang sama dan memulakan perniagaan menjual tudung," ujarnya yang turut menjadikan rakannya itu sebagai rakan kongsi.

Katanya lagi, sekiranya perniagaannya itu mendapat sambutan hangat daripada orang ramai, dia turut mempunyai perancangan untuk membuka sebuah butik tudung pada masa akan datang.

"Insya-Allah, kalau ditakdirkan perniagaan saya ini berkembang, ia tidak bermakna saya akan melupakan terus bidang hiburan. Selagi ada tawaran yang diberikan sama ada berlakon atau mengacara saya tetap akan terima," akhirinya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kak Pah terus gigih anjur acara amal

Posted:

Kak Pah terus gigih anjur acara amal

Kak Pah terus gigih anjur acara amal

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


SHARIFAH AINI mahu terus beramal menerusi bidang nyanyian.


SESUAI dengan gelaran Biduanita Negara yang diberikan kepadanya, Datuk Sharifah Aini boleh juga digelar penyanyi amal. Ini kerana percaya atau tidak, penyanyi yang lebih mesra dengan panggilan Kak Pah itu sehingga kini sudah terbabit dengan 3,000 acara amal sepanjang 42 tahun pembabitannya sebagai anak seni.

Bagaimanapun, sejak dua tahun yang lalu Kak Pah yang memulakan karier sebagai penyanyi ketika berusia 14 tahun itu sudah mula menganjurkan sendiri acara bagi membantu golongan yang memerlukan.

"Sehingga sekarang saya telah menganjurkan sebanyak lima acara amal dengan memberi bantuan kepada lima buah sekolah tahfiz serta rumah anak yatim di sekitar Lembah Klang. Sasaran saya buat masa ini adalah untuk membantu 15 buah sekolah.

"Jadi pada 17 Disember ini saya akan menganjurkan sebuah lagi acara yang dinamakan majlis Makan Malam Amal Tiga Sahabat untuk memberi bantuan kepada sebuah sekolah tahfiz dan anak yatim lagi," jelasnya pada satu sidang akhbar baru-baru ini.

Ujar Kak Pah, dua buah sekolah yang akan dibantunya itu adalah Madrasah Tahfiz Tahsin Al-Quran yang terletak di Puchong, Selangor serta rumah anak yatim Baitul Ehsan di Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Menurutnya lagi, jumlah sumbangan yang akan diserahkan itu nanti adalah berdasarkan keuntungan setelah ditolak semua kos perbelanjaan untuk acara tersebut yang akan berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

"Untuk menganjurkan acara-acara amal sebegini, biasanya saya memerlukan kos sekitar RM170,000. Setelah ditolak bayaran kepada pemuzik dan penyanyi undangan, maka selebihnya itu akan diserahkan kepada mereka," ujarnya.

Menariknya tentang acara amal yang dianjurkan kali ini, Kak Pah menerusi syarikatnya iaitu Seri Dewi Production Sdn. Bhd. turut mengundang dua orang penyanyi popular dari Indonesia iaitu Grace Simon dan Dewi Yull.

Ditanya tentang pemilihan Grace dan Dewi untuk menjayakan aktiviti amal yang dianjurkannya itu, Kak Pah menjelaskan kedua-dua penyanyi itu adalah rakan lamanya dan mereka sering bekerjasama dengan mendiang Broery Marantika.

"Apa yang membuatkan saya terharu apabila mereka menunjukkan kesungguhan untuk sama-sama terlibat dengan acara ini, malah mereka langsung tidak bertanyakan tentang soal bayaran untuk persembahan nanti," jelasnya.

Mengenai cabaran sepanjang lima kali menganjurkan acara amal, Kak Pah memberitahu apa yang terpaksa ditempuhi adalah tanggapan serong sesetangah pihak yang mempertikaikan acara yang dianjurkan serta keberkatan sumbangan yang diberikan itu.

Ujarnya, dia tidak akan mengendahkan sebarang tanggapan serong orang yang mempertikaikan usahanya itu kerana niatnya yang paling utama adalah untuk membantu golongan yang memerlukan dan akan terus lebih gigih lagi menganjur acara-acara amal selepas ini.

"Saya tak peduli apa orang nak cakap kerana niat saya memang ikhlas untuk membantu. Dalam kelima-lima acara amal yang dianjurkan sebelum ini saya memang tidak ambil walau sesen pun daripada keuntungan yang diperolehi.

"Lagipun selama 15 tahun, saya telah mempunyai seramai 2,500 anak angkat yang terdiri daripada pelajar tahfiz di seluruh negara. Saya taja mereka dan ambil sebagai anak angkat dan sekarang ini ada yang telah pun berjaya dalam kehidupan masing-masing," luahnya.

Mengenai acara yang akan berlangsung nanti, Kak Pah menjelaskan setakat ini sambutan terhadap penjualan meja sudah 50 peratus terjual dan dia menyasarkan seramai 800 orang yang akan hadir.

Meja-meja yang dijual untuk acara makan malam amal itu adalah berharga RM10,000, RM7,500, RM5,500 dan RM3,500 dan kebanyakan yang terjual adalah menerusi organisasi korporat.

"Kami juga turut mengalu-alukan penjualan tiket untuk perseorangan. Jadi saya berharap agar ada pihak yang sudi untuk hadir kerana selain berhibur mereka juga turut membuat amal menerusi meja atau tiket yang dibeli itu," ujarnya.

Kepada sesiapa yang berminat untuk hadir pada majlis tersebut itu nanti bolehlah menghubungi Puan Shameem untuk mendapat keterangan lanjut berhubung penjualan meja dan tiket di talian 019-2495277.

Full content generated by Get Full RSS.

Ranbir Kapoor tidak senonoh

Posted:

Ranbir Kapoor tidak senonoh

Ranbir Kapoor tidak senonoh


RANBIR KAPOOR


DIA merupakan aktor muda paling hangat di Bollywood saat ini, memiliki wajah yang kacak serta kelihatan seperti seorang jejaka yang baik, namun itu tidak menghalang dirinya untuk berkelakuan tidak senonoh dan memalukan di khalayak.

Baru muncul dengan filem pecah panggung, Rockstar, Ranbir dikatakan telah melakukan sesuatu yang tidak senonoh iaitu membuang air kecil di atas lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang dari Karjat, India.

Ujar sumber: "Ranbir sedang dalam perjalanan pulang dari Karjat pada waktu siang hari. Namun, dia terpaksa menghentikan kereta di tengah-tengah lebuh raya yang kosong ketika itu kerana dia dah tahan mahu membuang air kecil.

"Ketika dia sedang kencing di atas lebuh raya itu, tanpa disedarinya perbuatannya itu telah menarik perhatian sebuah kereta peronda polis dan seorang pegawai polis telah turun dari kereta itu dan menegur perbuatan Ranbir yang memalukan itu."

Tambah sumber tersebut, Ranbir yang terpaksa menahan malu memohon maaf dan dia bernasib baik kerana pegawai polis itu memaafkan perbuatannya itu dan melepaskan dia tanpa sebarang dakwaan kerana melakukan tindakan yang tidak senonoh di kawasan terbuka.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved