Kosmo Online - Negara |
- Pulangkan duit jika tidak dituntut
- Polis siasat Pusat Fidlot Nasional
- Najib pamer kepimpinan hebat - Barack Obama
Pulangkan duit jika tidak dituntut Posted: Pulangkan duit jika tidak dituntut
KUALA LUMPUR - Pihak sekolah diarahkan mengembalikan semula wang bantuan persekolahan RM100 kepada kerajaan sekiranya wang terbabit tidak dituntut oleh ibu bapa pelajar di sekolah anak-anak mereka. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ibu bapa juga boleh membuat pilihan sama ada untuk menerima bantuan itu atau berhasrat untuk menyumbang kepada pihak sekolah. Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, ibu bapa perlu membuat tuntutan ke atas wang berkenaan di sekolah anak-anak mereka sebelum membuat keputusan untuk menyumbang kepada sekolah. "Kalau di sekolah itu ada ibu bapa pelajar yang kata tidak memerlukan (bantuan) dan sebagainya, itu tidak apa. Kita sudah arahkan kepada sekolah, kalau ada lebihan, mereka pulangkan kepada kementerian dan wang itu akan masuk balik dalam tabung kerajaan. Itu duit kerajaan. "Terserah kepada ibu bapa (untuk ambil atau tidak) kerana tujuan kita hendak kurangkan beban sebab awal tahun ibu bapa nak belanja beli kasut dan sebagainya. Kalau ibu bapa kata dah mampu dan ada kemudahan lain dan fikir nak sumbangkan, ibu bapa kena ambil dahulu duit itu," katanya selepas majlis perasmian Hari Unesco Malaysia di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. | |
Polis siasat Pusat Fidlot Nasional Posted: Polis siasat Pusat Fidlot Nasional![]() INILAH Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan yang menimbulkan kontroversi apabila dikaitkan dengan pembelian kondominium bernilai RM9.8 juta di Kuala Lumpur. KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman telah memulakan siasatan termasuk kemungkinan wujudnya elemen pecah amanah atau penipuan berhubung pembelian kondominium mewah bernilai RM9.8 juta yang dikatakan menggunakan dana Pusat Fidlot Nasional (NFC). Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan perkara itu semalam berkata, pasukan siasatan akan memanggil mana-mana individu yang terlibat dalam masa terdekat bagi membantu siasatan. Beliau berkata, siasatan awal sudah pun dimulakan dan ketika ini kes tersebut sedang diteliti oleh Pengarah JSJK, Datuk Syed Ismail Syed Azizan dan pasukannya. "Kita baru dapat laporan daripada SPRM semalam (kelmarin). Pengarah JSJK dan pasukannya sedang meneliti laporan... (tengok) apa kesalahan dia, adakah CBT (pecah amanah), penipuan dan sebagainya," katanya. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. | |
Najib pamer kepimpinan hebat - Barack Obama Posted: Najib pamer kepimpinan hebat - Barack Obama![]() NAJIB (kiri) bersalaman dengan Obama ketika mengadakan pertemuan pada sidang Kemuncak ASEAN di Nusa Dua, Bali semalam. NUSA DUA, Bali - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempamerkan kepimpinan yang hebat bukan sahaja dalam terus meningkatkan ekonomi Malaysia tetapi juga kepimpinan dalam pelbagai forum pelbagai hala. Pemimpin Amerika itu berkata, "Kami mahu menjadi rakan yang akrab dengan Malaysia." "Saya menghargai kerjasama luar biasa yang telah kami terima dalam pelbagai isu. Jadi, terima kasih banyak-banyak Perdana Menteri," kata Obama pada mesyuarat dua hala dengan Najib di sini semalam menjelang Sidang Kemuncak Asia Timur yang dijadualkan diadakan hari ini. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan