Khamis, 20 Oktober 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Culik: Remaja antara yang ditahan

Posted:

Culik: Remaja antara yang ditahan

Culik: Remaja antara yang ditahan

20/10/2011 8:07pm

SHAH ALAM — Polis Selangor menahan enam individu, termasuk remaja perempuan berumur 14 tahun, bagi membantu siasatan kes penculikan seorang Pengurus Insurans di Batu Caves Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd. Adnan Abdullah berkata, remaja perempuan itu ditahan di sekitar Kepong antara 11 malam hingga 12 tengah malam pada hari kejadian.

Beliau berkata, mangsa diculik pada 8 pagi berhampiran sebuah sekolah di Taman Medan Batu Caves oleh tiga lelaki yang bersenjatakan parang dan menaiki sebuah kereta.

Katanya, selepas itu, isteri mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki meminta wang tebusan sebanyak RM350,000 bagi membebaskan suaminya pada hari yang sama.

Bagaimanapun, mangsa kemudian dibebaskan dalam keadaan selamat pada hari berkenaan dan tiada wang tebusan dibayar kepada penculiknya.

Mohd. Adnan berkata, seorang daripada lima suspek lelaki yang ditahan memiliki rekod jenayah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, mereka ditahan reman sehingga 25 Okt dan kes disiasat mengikut Akta Culik 1961.

Katanya, polis turut merampas tujuh telefon bimbit dan dua buah kereta. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Dua parah jatuh bangunan

Posted:

Dua parah jatuh bangunan

Dua parah jatuh bangunan

20/10/2011 7:55pm

KUALA LUMPUR — Dua pencuci tingkap warga asing nyaris maut selepas terjatuh semasa sedang bekerja di tingkat lima sebuah bangunan di Jalan Kia Peng, di sini hari ini.

Bagaimanapun podium di tingkat tiga bangunan berkenaan telah menyelamatkan pekerja asing Indonesia dan Bangladesh berusia dalam lingkungan 20-an itu, kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail.

"Kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila dua pekerja itu melakukan kerja-kerja pembersihan tingkap luar dengan menaiki gondola di bangunan 32 tingkat itu.

"Bagaimanapun, tali gondola itu putus menyebabkan mereka terjatuh di atas podium pada tingkat tiga," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dapat dibawa turun oleh anggota Bomba dengan dibantu orang awam kira-kira setengah jam kemudian.

Azizan berkata, mereka cedera parah termasuk patah kaki dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Dalam kejadian itu, sebuah jentera bomba dari Balai Bomba Hang Tuah dan 14 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kira-kira 2.18 petang. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Penganggur dipenjara empat tahun

Posted:

Penganggur dipenjara empat tahun

Penganggur dipenjara empat tahun

20/10/2011 5:25pm

SHAH ALAM - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merompak seutas rantai emas milik seorang wanita warga Sri Lanka pada Ahad lepas.

Hakim Mohamed Mohzani Mokhtar memerintahkan Ronnie Rikson Aron, 30, berasal dari Sarawak, menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada hari kejadian 16 Oktober lepas.

Dia didakwa merompak Priantha Samara Arachachi, 30, menyebabkan wanita itu kerugian RM1,000 di Persiaran Budiman, Taman Seri Muda, Seksyen 25 di sini, pada 4.40 petang.

Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak menarik rantai mangsa dari belakang ketika wanita itu sedang berjalan bersama suaminya.

Suami mangsa kemudian mengejar tertuduh dan berjaya menangkapnya 20 meter dari tempat kejadian. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved