Selasa, 4 Oktober 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Hari kemenangan golongan artis

Posted:

Hari kemenangan golongan artis

Hari kemenangan golongan artis

PENYANYI, Jamal Abdillah bertanyakan soalan mengenai isu royalti pada Hari Himpunan Bintang 2011 anjuran MyIPO-Kosmo! di Kuala Lumpur pada Julai lalu.


KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 yang diluluskan di Dewan Rakyat kelmarin disifatkan sebagai detik kemenangan yang paling bermakna kepada penggiat seni tanah air.

Ia juga dilihat berjaya membela artis, komposer, pembuat filem, pelukis dan mereka yang terlibat dalam bidang seni yang selama ini ditindas terutama dalam aspek pembayaran royalti dan masalah cetak rompak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, pindaan yang dijangka berkuat kuasa pada April tahun depan itu akan turut melibatkan penambahbaikan kepada kaedah kutipan dan bayaran royalti.

"Semalam (kelmarin) saya telah membentangkan pindaan Akta Hak Cipta dan mendapat kelulusan Dewan Rakyat. Objektif pindaan ini adalah untuk memperketatkan dan memperjelaskan tentang perlindungan hak karya dan pengkarya seperti artis, komposer, penulis buku dan lain-lain terutamanya dari segi pengagihan royalti.

"Jadi selepas ini, kementerian ada kuasa untuk bertindak," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurut Ismail Sabri, antara peruntukan yang dipinda ialah setiap syarikat yang hendak mewakili artis bagi mengutip apa juga royalti mestilah berdaftar dengan kementerian.

Tegasnya, jika ingkar pihak yang terlibat boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.

Menurut Ismail Sabri, badan pengutip royalti juga wajib mendapat kebenaran daripada artis yang diwakili selain menghantar laporan tahunan kepada kementerian.

Beliau menambah, pihaknya juga telah meminda peruntukan membabitkan aktiviti muat turun lagu dan filem secara digital yang mana kementeriannya akan memantau format itu dalam waktu terdekat ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

MACP setuju mohon lesen kutip royalti

Posted:

MACP setuju mohon lesen kutip royalti

MACP setuju mohon lesen kutip royalti

KUALA LUMPUR - Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) bersedia memohon lesen daripada kerajaan untuk mewakili artis bagi melaksanakan urusan kutipan royalti.

Pengerusi MACP, Habsah Hassan (gambar) berkata, pihaknya tidak ada masalah untuk memohon lesen seperti yang ditetapkan melalui Rang Undang-Undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat kelmarin.

"MACP telah ditubuhkan sejak tahun 1989 dan sebagai sebuah badan yang bertindak sebagai wakil untuk mengutip royalti, ternyata kami telah menjalankan tanggungjawab dengan baik.

"Walaupun ketelusan dan keupayaan kami telah terbukti, namun kami tetap akur dan akan mengikut peraturan seperti yang telah terkandung dalam pindaan akta tersebut," ujarnya ketika dihubungi semalam.

Habsah mengakui selama ini MACP tidak pernah memohon lesen kerana tiada sebarang peraturan yang mewajibkan mereka berbuat demikian.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan selama ini MACP ditubuhkan sebagai sebuah syarikat biasa dan mereka telah melaksanakan segala peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.

"Saya berpendapat pindaan yang dilakukan ini bukan kepada MACP sahaja, tetapi kepada mana-mana pihak yang berminat membentuk organisasi seperti kami,'' ujarnya.

Dijemput ajal ketika tidur

Posted:

Dijemput ajal ketika tidur

Dijemput ajal ketika tidur

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my


tingkat atas rumah kedai yang mengorbankan Yit Kwang semalam.


GEORGE TOWN – Malang bagi seorang tukang kimpal besi apabila dia maut ketika sedang nyenyak tidur akibat ditimpa ketulan konkrit runtuh selepas sebuah kren menara pembinaan hotel terbalik lalu menghempap biliknya di rumah kedai Jalan Sri Bahari di sini semalam.

Mangsa Liang Yit Kwang, 65, yang tidur di tingkat atas kediaman dua tingkat itu mati di tempat kejadian akibat cedera di seluruh badannya.

Rumah yang ditimpa kren itu terletak kira-kira 50 meter dari tapak pembinaan hotel setinggi 20 tingkat. Turut rosak akibat kejadian itu, bangunan Maritim Malaysia (APMM).

Difahamkan, kren setinggi 60 meter itu digunakan untuk mengangkat bahan-bahan pembinaan hotel yang bakal menempatkan 13 aras hotel dan tujuh tingkat tempat letak kereta.

Namun semasa kejadian kren itu tidak digunakan.

Cuaca semasa kejadian baik tiada hujan dan ribut.

Sementara itu, pemilik kedai, Luar Chooi Guan, 78, bersama isteri, Chew Hong Choo, 76, dan anak lelaki mereka, Luar Seong Ean, 54, yang tidur di bilik berasingan cedera parah. Mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat berkata, insiden berlaku pada pukul 12.15 malam dan pasukkan tiba di lokasi kejadian lima minit selepas menerima panggilan kecemasan.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan ke atas rumah yang ranap di tingkat atas itu pada mulanya menemui tiga mangsa yang berada dalam keadaan cedera parah di tingkat atas rumah itu.

"Mangsa keempat ditemui telah meninggal dunia dan pihak kami terpaksa berhati-hati mengalihkan dinding itu kerana struktur rumah itu tidak stabil," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved